Monday, July 2, 2007

Joging di London

Sabtu 30/6/07 - Aku dan isteri bercuti ke England atas ajakan anak supaya menghadiri upacara konvokesyennya di Universiti Liverpool. Jadi kami pun ambil cuti dari 29 Jun - 17 Julai 07. Belanja tiket k/terbang MAS lebih kurang RM4500 seorang. Tiada tiket tambang murah untuk musim panas ini. Petang jumaat 29/6/07 kami tiba di lapangan terbang Heathrow, kemudian dengan menaiki k/api bawah tanah (Tiub) kami menuju ke tempat penginapan di Dewan Malaysia di Bayswater. Tambang tiub 4 pound seorang. 2 malam kami tidur di Dewan Malaysia dengan bayaran 12 pound seorang semalam. Hari ini subuh pukul 3:30 pagi dan 4:45 pagi matahari dah terbit. Lepas subuh aku tak dapat tidur, jadi seawal 6:00 pagi kami sudah merayau-rayau dan berjoging di taman Kensington.

Basikal roda 3 di Jalan Oxford, London. Aku terserempak dengan 4 buah basikal macam ini, tapi tak ada penumpang.
Inilah Dewan Albert tempat Dato' Siti Nurhaliza pernah menyanyi.

Tupai sekitar taman Kensington dan Hyde.

Tasik di taman Kensington. Banyak itik, angsa, gagak dan merpati menginap di sini.

Peta ringkas GPS sekitar taman Hyde dan Kensington. Puas aku mencari di internet peta jalan England yang lebih lengkap tapi tak jumpa. Tidak macam negeri kita, kita boleh muat turun secara percuma melalui laman malsing.com dengan peta jalan yang agak lengkap terutama peta KL dan Selangor.

2 comments:

Anonymous said...

slm, tahniah atas kejayaan anak menamatkn pengajian di UK.

yg. x tahan nyer kos trip ke sana x sesuai dgn kiter...

wbagaimana pong, mcmana dgn harga dan mutu brg2 basikal di sana?

abuomar said...

waalaikum mussalam,
terima kasih. memang belanja kat london ni mahal. makan, tempat tinggal dan pengangkutan semuanya mahal. saya ada jumpa kedai basikal (On your bike) tak jauh dari stesen tiub 'London bridge'. kami beli produk camelbak dengan harga lebih kurang kat msia dan lebih banyak pilihan. baju dan seluar basikal agak mahal. mungkin mutunya lebih baik sikit tapi bergantung pada jenama juga.
tapi di liverpool saya jumpa kedai kamera yang menjual kamera DSLR jenis Nikon D40 dengan harga tawaran yang jauh lebih murah dari msia.