Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Eidul adha

Jumaat 10 Zulhijjah 1430: Selamat Hari Raya semua. Mana mau kayuh? Lepas jumaat berkayuh basikal jalan ke Nilai. Buat satu pusingan. Bangi-Jenderam-Salak Tinggi-Nilai-Bukit Mahkota-Bangi=54km. Rasanya sebulan juga aku tak kayuh basikal jalan.
Omar tolong ambil gambar. Kami bertemu di Nilai 1 untuk makan aiskrim sedap.

Inilah restoran aiskrim di Nilai 1.

Inilah rupanya aiskrim sedap harga RM7.90. Boleh tahan juga.
Lepas makan aiskrim (sekitar 4:15ptg) hujan turun dengan agak lebat. Seronok main hujan, 1 jam jugaklah.

Sunday, November 22, 2009

KL MTB Carnival

Ahad - Hari ini tanpa persediaan mencukupi aku gagahi juga menyahut cabaran KL MTB Carnival 2009 di Bukit Kiara. Denai ini cukup teknikal dan aku cukup tidak menyukainya. Tapi jika dibiasakan rasanya lama-kelamaan boleh juga. Profailnya jenis beralun memang mencabar jantung kita. Walaupun kebanyakannya aku menolak basikal degup jantungku telah mencapai maksimum.
Untuk saringan, peserta kategori 41 tahun dan ke atas dikehendaki membuat 2 pusingan sejauh 4km seawal jam 0730. Jam 0630 aku dah kena bertolak dari Bangi. Aku ambil masa 50 minit sedangkan peserta terpantas Pat Bronson ambil masa 25 minit saja. Basikal Pat nampak macam jenis 'downhill' tapi cukup ringan. Bila tanya harga - badan saja RM10,000 jika dimasukkan 'groupset XTR' menjadi RM14000. Rimnya entah berapa pula. Kira 3X harga basikal aku.
Selepas gagal ujian saringan aku pun membawa diri kayuh ke 'Twin Peak'. Dari puncak Bukit Kiara ini kita boleh menyaksikan pemandangan menarik bandaraya Kuala Lumpur. Aku kayuh lagi untuk tempoh 2 jam. Bukit Kiara memang baik untuk latihan basikal gunung - banyak denai-denai menarik. Beruntung orang KL. Dari Bangi ia agak jauh dan mahal bayar tol.

Sunday, November 15, 2009

TTDI

Ahad 27 Zulkaedah - Kayuh basikal gunung bersama Nasrul, Deni dan Faizal di Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail. Lama betul tak kayuh di sini. Dua kali aku terjatuh - sakit juga. Malam pergi berurut kat section 15. Lepas urut terasa sedikit kelegaan.
Dari kanan: Nasrul, Faizal, X dan Deni di kuil.

Sunday, November 8, 2009

Cabaran M2M2009-Gunung Bujang

Ahad 20 Zulkaedah: Alhamdulillah hari ini aku telah berjaya menamatkan cabaran M2M 2009 di Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak. Jumlah jarak perjalanan ialah 21km. Halaju perjalanan 3km/jam, tempuh 7 jam 35 min (pergi-balik). Degup jantung 130-140. 2.5 jam pertama aku mengekalkan degup 130-140, tapi kemudiannya semakin letih dan malas dan inginkan rehat (degup 100). Semasa menurun kebanyakan degup 120 sahaja. Garmin forruner 405 hanya sempat merekod data sehingga 6 jam sahaja. Kuasa bateri pada paras 80% semasa awal permulaan tidak cukup untuk tempoh aktiviti - mungkin jika dicas penuh ianya mencapai tempoh 8 jam.
Peserta cabaran ini dikategorikan kepada lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki dan wanita IPTA/IPTS, lelaki dan wanita media. Kumpulan media hanya perlu sampai ke CP1 (sekitar kebun durian jeram Batu Berangkai, 300m dari aras laut). IPT wanita ke CP2 (kem Lebah pada ketinggian 1010m). Untuk tiba ke kem Lebah ni pun cukup mencabar. Wanita terbuka dan lelaki IPT perlu tiba di CP3 (Permatang, 1160m). Hanya lelaki terbuka perlu sampai ke puncak (1255m). Aku tiada pilihan kena masuk kategori lelaki terbuka, terpaksa bersaing dengan orang muda dan kuat. Rasanya no. 1 dan 3 dimenangi oleh orang negro. Komando tempatan no. 2. Itu pun saingan agak kuat antara no. 2 dan 3. Aku peserta terakhir yang berjaya menamatkan cabaran. Tiba di garisan penamat sewaktu upacara penyampaian hadiah. Bagaimanapun sijil kosong ditulis sendiri nama dan acara diberi beserta air mineral 2 botol dan 100+ 1 tin. Terima kasih penganjur atas hadiah dan ucapan tahniah dan jemputan untuk turut serta di masa akan datang. Bayaran RM30 sudah lebih dari berbaloi. Selain itu dapat T-shirt dan powerbar.
Peserta lelaki terbuka dilepaskan dari Komplek Rakan Muda, Kampar jam 0803 yang beberapa minit kemudian diikuti perserta lain.
Jeram dengan air yang jernih di Batu Berangkai. Anak dan isteri tidak mendaftar cabaran tapi ikut berjalan sehingga CP1 dan menikmati kedamaian jeram Batu Berangkai.
Batu hampar yang besar. Mungkin ini juga sempena nama batu berangkai.
Terjumpa awek yang sama-sama menyahut cabaran M2M tak jauh dari kem Lebah.
Bergambar bersama pihak penganjur di CP3 (Permatang), kira-kira 1/2jam lagi untuk sampai ke puncak.
Puncak gunung Bujang Melaka pada ketinggian 1255m dari aras laut. Tiba di puncak jam 1153 (masa luput 1200). Bekalan - 2 liter air mineral, 20 biji kurma, sekeping Garman dan 1 powerbar. Minuman/makanan pemulihan - 1 tin 100+, segelas cincau, 1 gelas air pemulihan powerbar, segelas pepsi dan set dinner plate KFC. Kecederaan - sedikit calar pada betis terlanggar kayu. Alhamdulillah. Hutan semacam ubat buatku, dengan lumpur herba asli, air sungai bermineral dan bauan aroma hutan yang cukup mesra dengan badan manusia.

Thursday, November 5, 2009

Gadget Latihan

Sdr Ridwan bertanyakan gadget yang aku gunakan semasa latihan. Aku telah beli 2 peralatan GPS untuk tujuan latihan. Yang pertama model Garmin 60CSx yang biasa digunakan untuk berkayuh basikal gunung semasa memasuki hutan sebagai panduan arah tuju dan profail ketinggian. Selain itu aku gunakan juga mendaki gunung seperti Nuang, Angsi, Datuk, hutan Janda baik dll. Juga aku pernah gunakan semasa mengembara di UK, Sepanyol, Bali, Jakarta, Bandung, Selatan Thai. Ianya cukup berguna dan seronok menggunakannya.
Contoh jejak Sg. Pusu, Gombak yang direkodkan dengan CSx60. Sg Pusu antara jejak yang panjang. Sg Pusu ialah jejak yang cukup panjang yang boleh sampai ke Kemensah dan seterusnya ke Sg Congkak. Aku pernah buat cubaan dari Sg Congkak ke Kemensah tapi hanya mampu separuh jalan saja, terlalu banyak pacat dan kebanyakan jejak hampir tertutup dengan semak dan jarang dipakai sekalipun orang asli. Begitu juga pernah ku cuba dari Kemensah menghala ke Congkak. Itu pun separuh jalan. Pacat besar berjalur hijau tidak mampu aku meredahnya. Takut pun ada.
Yang terbaru aku beli jam Garmin Forrunner 405 (https://buy.garmin.com/shop/shop.do?cID=142&pID=11039 ). Ianya boleh digunakan untuk latihan kayuh dan joging. Dilengkapi dengan monitor degup jantung, ianya dapat mengawal rentak larian atau kayuhan.
Data dari jam Garmin ini boleh dipindahkan ke dalam komputer. Gambar menunjukkan peta laluan (atas), tarikh (kiri), degup jantung, ketinggian, dll (bawah).

Sunday, November 1, 2009

Kayuhan Nuang

Ahad 13 Zulkaedah - Kayuh basikal gunung di hutan Nuang. Kayuhan bermula dari kaki gunung nuang (puncak niaga). Semasa pendakian, separuh tolak dan separuh kayuh. 1 jam dah sampai hujung jalan lebar (air terjun Lolo). Terasa terlalu awal pulak sampai. Nak mendaki ke atas lagi takut pula nak tinggl basikal, nanti dicuri orang basikal baru ni. Lepas makan powerbar turun. 1/2 jam dan sampai di bawah. Masih belum puas kayuh lalu berlayuh turun pergi makan nasi lemak di Sg Congkak iaitu tempat nasi lemak kegemaran Dr. K dan kawan karibnya. Ingat boleh jumpa beliau, tapi beliau belum tiba lagi. Kebiasaan rutin beliau ialah berkayuh ke Genting Peras setiap ahad.
Degupan jantung meningkat mengikut ketinggian pada awalnya tapi berikutnya kebanyakannya rendah. Mungkin tanda kemalasan. Mungkin ada baiknya lain kali apabila mendaki Nuang, kayuhan dibuat sehingga Lolo kemudiannya berjalan ke puncak. Lebih cepat sampai dan kembali pulang. Basikal dikunci dan ditinggalkan di Lolo.
Sabtu 12 Zulkaedah - berkayuh basikal gunung di atas jalan dan luar jalan sekitar Kg Limau Manis dan perkampungan orang asli. Berkayuh dalam hujan renyai - separa kering dalam cuaca sejuk. Tak begitu terasa kepenatan. Profail degupan jantung seiring dengan paras ketinggian.