Sunday, January 24, 2010

Kencana-SIC Bikeathon

Hari ini perlumbaan basikal di Litar Sepang telah diadakan - basikal jalan (criterium) dan basikal gunung. Kategori - remaja, veteran, terbuka dan kanak-kanak. Hadiah diberikan kepada 10 teratas. Aku masuk lumba basikal gunung. Tak jauh cuma 6.5km sahaja, tapi degupan jantungku sekitar 150-160 degup seminit untuk tempuh setengah jam.
Peluang naik podium pertama kali di Litar Sepang
Denainya tidaklah begitu teknikal, tapi kekuatan semasa mendaki diperlukan.
Ramai juga yang menyertai lumba basikal gunung. Penyertaan keseluruhan sekitar 500. Pada mulanya aku agak kecewa kerana tak sempat untuk masuk kriterium dalam litar sepng bagi acara basikal jalan. Perubahan jadual di saat akhir bagi kategori veteran menyebabkan ramai juga yang kecewa.
Syukurlah dapat no. 8, dapat duit RM100 dan 2 tiket Formula 1.

Thursday, January 21, 2010

Latihan 'interval' dan 'endurance'

Latihan berbentuk 'interval' diperlukan untuk membiasakan jantung dan otot dengan 'stress' yang maksimum. Latihan begini disyorkan sekali seminggu oleh kebanyakan atlet.

Latihan berbentuk 'endurance' dibuat untuk ketahanan. Degupan jantung dikekalkan pada julat yang selesa untuk tempoh yang lama.

Melalui kedua-dua kaedah latihan ini kelajuan boleh meningkat walau pada degupan jantung yang rendah.

Sunday, January 10, 2010

Perasmian Taman Cabaran Putrajaya

Hari ini Taman Cabaran Presint 5 telah dibuka dengan resminya. Beberapa acara telah dipertandingkan sempena pembukaan taman cabaran ini. Antaranya ialah perlumbaan basikal gunung. Perlumbaan dimulakan dengan melepaskan peserta supaya berkayuh di jalan raya terlebih dahulu sebelum memasuki jejak luar jalan.
Peserta menunggu ketibaan VIP untuk majlis perasmian.
2 jam juga kami menunggu untuk msjlis perasmian.

Isteri kepada artis Arash Muhammad juga turut ikut serta bersama suaminya.

Peserta veteran dilepaskan kira-kira jam 1025.

Aku dapat menamatkan dalam tempoh 1 jam. Penat juga. Alhamdulilah tiada kemalangan.

Anak dan isteri bergambar dengan artis Arash Muhammad

Anak dan isteri bergambar dengan artis Shamsul ghau-ghau.

Anak gembira dapat bergambar dengan artis Ezlynn

BWM X5 dengan harga 1/2juta lengkap dengan tempat letak basikal atas bumbung dan belakang. 5 buah basikal boleh dimuat serentak. Basikal BMW juga dijual dengan harga RM15k.

Semua gambar hasil OMP production.

KEPUTUSAN VETERAN 8 km

1 V011 40.00 Kwan Kah Young

2 V005 41.06 Stephen Rsuch

3 V003 41.18 Farizul Latif Zulkifli

4 V007 Criss Sulivian

5 V001 Mohd Nazarudin Husin

6 V012 Markus Oszwala

7 V004 Md Yusof Bin Muhamad

8 V009 Abdul Rahim Muhamad

9 V002 Muhamad Pauzi Ismail

10 V006 Zainal Azhar Zainudin

11 V008 Mustaffa Kamal

12 V010 Lam Wei Ping

13 V013 Suhaimi Hashim


(dipetik dari Selangor MTB)


Tuesday, January 5, 2010

Mendaki Dinding

Satu aktiviti baru bagiku, mendaki dinding. Seronok dan takut pun ada. Tapi ianya baik untuk menguatkan otot jari dan tangan serta abdomen. Jika basikal dan joging lebih kepada kaki, maka renang dan mendaki dinding baik untuk tangan. Pada awalnya aku hanya ingin berlatih pada dinding yang rendah saja, yang bila penat boleh jatuhkan badan atas tilam. Ini boleh dibuat secara solo.
Bagaimanapun atas bantuan Faizal Matta, aku mencuba pula dinding yang tinggi dengan bantuan tali dan cawat keselamatan. Agak berdebar dan gayat juga. Terima kasih Matta atas nasihat percuma yang diberikan.
Dinding dengan pelbagai tahap kesusahan mendaki (gambar OMP production)
Faizal memberi nasihat untuk pendakian (gambar OMP production)
Terima kasih Faizal, berjaya juga aku ke puncak yang paling mudah (gambar OMP production).