Sunday, April 8, 2007

Berbasikal ke pejabat



Saya berbasikal ke pejabat 2-3 kali seminggu sejak dari 2003. Jarak rumah ke pejabat dekat saja lebih kurang 8km.

Bangi-Broga




8-4-07 Hari ini kami (Zamani, Abd Razak, Ibrahim dan Pauzi) kayuh ke Broga melalui Bangi, Rinching Hilir, Jalan 6 kaki, Beranang, Lenggeng, Broga, Semenyih, Bangi. Jalan kiranya turun-naik (undulating). Seronok juga berkayuh melalui jalan kampung. Jumlah jarak yang dilalui lebih kurang 70km.

Monday, April 2, 2007

Genting Sempah





31-3-07 Kami (saya, Omar, Aliman dan Dr. Suhaimi) berkayuh dari Gerai sebelah Universiti Islam Antarabangsa ke Genting Sempah. Ini ialah jalan lama yang menghubungkan pantai barat ke pantai timur. Jalannya berliku-liku terutamanya bila menghampiri puncak. Genting Sempah merupakan puncak dengan ketinggian 630m, lebih tinggi sedikit dari Peres (480m), Hulu Langat. Ramai juga yang kayuh hari tu. Antara yang saya kenal ialah En. Zamani dari Kelab Le Tua.