Thursday, October 25, 2007

Semenyih-Kg Chennah/Sg Mahang, Nilai



Sabtu 27/10/07- Kayuh basikal jalan.
Laluan: Masjid Semenyih-Tekala-Genting Peras-Kg. Chennah dan balik.
Jarak: ~90km
Masa mula: 7:30 pagi di simpang lampu isyarat, depan masjid semenyih.
Sarapan: Nasi lemak sambal spesial jam 8:00 pagi di Kg Pasir.
Peserta yang dah bersetuju ikut: Zamani, Azhar n Pauzi.

Ahad 28/10/07 - Kayuh basikal bukit bersama kumpulan Nilai di Sg. Mahang. Tapi sayang selepas aku kehilangan telefon bimbit, aku tidak menghubungi lagi dengan kumpulan ini.

Wednesday, October 24, 2007

Dato' Hasan Nawawi

Semalam 23/10/07 aku berpeluang ke pejabat YDPertua MPKj bersama Ab Razak Jaafar, Ishak Amin dan Din. Aku hanya tumpang mengikuti perbincangan mereka yang merancang untuk pelajar Ishak Amin (KUKTEM) berkayuh ke Mekah menunaikan ibadat haji ikut jalan darat.
Antara tip yang berguna;
1-mengembara tidak digalakkan dalam kumpulan yang ramai, satu pasukan 2 orang agar senang mencari tempat penginapan.
2-bajet RM100 sehari
3-mengetahui entry point sesebuah negara
4-Myanmar tidak membenarkan pengembara memasuki negaranya
5-Iraq juga tidak selamat dilalui
6-Pelabuhan Karachi hanya membawa penumpang pada masa tertentu sahaja spt musim haji, pilihan lain ialah carikan pelabuhan dalam negara Iran
7-Mendapatkan visa lebih awal di Msia untuk semua negara yang akan dilalui.
8-dapatkan maklumat di lonely planet.

Monday, October 22, 2007

Laporan kayuh kg chennah

Ahad 21/10/07- Kami (Zamani, Azhar, Pauzi, Azizul dan Man dari penjara Kajang) berkayuh dari Masjid, Kg Chennah ke Lata Kijang. Jarak perjalanan pergi-balik lebih kurang 45km. Keadaan jalan ialah jalan kampong bertar dan tanah merah berbukit dengan ketinggian maksimum 470m. Seronok dan agak mencabar juga. Ada yang basikalnya putus rantai, nasib baiklah juga ada bawa alat pembuka dan pemasang rantai. Basikal saya pula bocor, mungkin kurang angin sebab lama dah tak kayuh.
Garisan kuning ialah laluan kami. Masih jauh lagilah jika ingin ke Janda Baik iaitu garisan merah laluan Joe Adnan. Khabarnya juga ada tanah runtuh pada laluan merah.
Pokok tumbang merentasi jalan sebelum sampai ke Lata Kijang.

Air terjun Lata Kijang.

Azhar berbual-bual dengan orang asli bertanyakan pasal kat mana nak beli makanan, beliau dah cukup lapar. Kami jumpa 5 orang orang asli kat Lata Kijang, ada yang mandi dan menjala. Tempatnya bersih tiada plastik atau napkin.

Orang asli Kg Tohor tempat kami berehat membeli air dan roti untuk mengalas perut.

Friday, October 19, 2007

Kg Chennah

Ahad ini (21/10/07) kami bercadang nak kayuh basikal gunung di Kg. Chennah, Jelebu, N9. Laluan ini boleh keluar hingga ke Janda Baik. Kali ini kami menyesuri denai ini sehingga 10km dan keluar balik. Ini sebagai latihan awal sebelum kami berkayuh sepenuhnya Chennah-Janda Baik atau sebaliknya, insyaAllah bulan Nov nanti. Idea pertama datang dari Sdr Azhar (Semenyih). Berikut ialah peta laluan yang Azhar dapatkan dari Joe Adnan.

Thursday, October 18, 2007

Hari Raya Eidul fitri

Raya tahun ni jatuh pada hari Sabtu 13/10/07. Kami beraya di Kelantan dahulu. Tahun ni agak meriah jugaklah semua adik-adik berserta anak saudara balik kampung kecuali sorang adik dan keluarganya balik pada raya ke 2. Jalan tak begitu sesak tahun ni, cuma sedikit perlahan bagi perjalanan dari Bentung ke Merapuh. Bertolak hari khamis jam 1 pagi dari Bangi dan tiba jam 11pagi di Pasir Puteh. Kami sempat solat terawih akhir bersama Juara Akademi al-Qur'an tahun lalu iaitu Sdr Abdullah Fahmi anak kepada arwah Ustaz Syukri, bekas imam masjid P. Puteh.
Malam raya ke 2 lepas isyak kami bertolak ke Perlis ikut lebuh raya timur-barat. Buat pertama kali kami dapat melihat 4 ekur gajah di tepi jalan, 2 ibu bersama 2 anak. Tak sempat nak amik gambar kerana tidak menyangka gajah melintas jalan, nasib baik kami tak melanggarnya. Semasa di Perlis aku sempat ambil gambar pokok orkid liar yang tumbuh di pucuk pokok yang mati dipanah petir.
Nikon D40 - 270mm; F5.6; 1/250s; ISO200; 4 syawal 1428; Kg. Salang, Kangar, Perlis.

Monday, October 8, 2007

Hadis Muslim tentang amalan bulan puasa

Kita hanya ada 3 hari sahaja untuk meninggalkan ramadhan. Semakin hujung semakin banyak amal ibadat yang Nabi saw lakukan.



Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1182

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1219

Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1985

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1998

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2008

Hadis Ibnu Umar r.a:
Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2002



sumber: http://quran.al-islam.com/

Lailatul Qadar

Maksud surah al-qadr,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Bilakah malam lailatulqadar?
Nabi saw kata yang bermaksud carilah pada 10 malam terakhir.

Ada yang berpendapat malam ini ialah malam ke 27 melalui penafsiran pada ayat di atas. Iaitu pada perkataan lailatulqadar ada 9 huruf dan 3 kali disebut pada surah di atas, jadi 9x3=27.

Pendapat Imam Ghazali pula tahun ni kita puasa hari khamis, jadi malam lailatulqadar jatuh pada malam ke 25 (sumber: tazkirah oleh Ustaz Syauqi surau Madani). Beberapa ketika dulu aku pun ada menerima e-mail yang dihantar oleh kawan tentang hal ini.
"Aku segera teringat artikel yg ku baca di akhbar tabloid perdana keluaran 8dis. 02 m.s 21. Penulisnya menukilkan bahawa imam al-ghazali pernah mencatatkan bahawa ''Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari isnin, maka turunnya lailatulqadar pada malam 21. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari selasa/jumaat, maka turunnya lailatulqadar pada malam 27. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari rabu/ahad, maka turunnya lailatulqadar pada malam 29. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari khamis, maka turunnya lailatulqadar pada malam 25. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari sabtu, maka turunnya lailatulqadar pada malam 23" (sumber: http://rohani.blogspot.com/2002_11_24_rohani_archive.html).

Apa-apa pun yang penting bulan ramadhan ini, kita jadikan sebagai latihan (riadah) untuk membuat amalan baik dengan meninggalkan yang buruk supaya kita terus meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Dengan memperbanyakkan amalan sunat, iman kita boleh meningkat. Amalan ni sebaiknya kita terus kekalkan pada bulan-bulan lain. Contohnya amalan yang sangat digalakkan ialah solat berjamaah, solat malam, solat witir dan solat duha. Sebagai permulaan kita cuba kekalkan solat berjamaah isyak dan suboh terlebih dahulu. Kita solat witir sebelum tidur malam sekurang-kurangnya satu rakaat. Kita solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat sebelum masuk waktu suboh. Begitu juga kita cuba amalkan sunat duha 2 rakaat. Ini kita lakukan setiap hari secara berkekalan dan tidak hanya di bulan ramadhan sahaja. Wallahu a'lam.