Sunday, May 26, 2013

Jambori Basikal UiTM Jengka

Alhamdulillah selesai jambori sejauh 40km merentasi kebun sawit dan getah serta hutan simpan sekitar UiTM. Laluan agak licin di beberapa tempat. Masa terbaik aku ialah 2 jam 45 min. dengan kedudukan no 26 veteran dan no 296 keseluruhan. Penyertaan tak begitu ramai sekitar 500 peserta sahaja.
Penganjuran cukup baik; makan dan minum mencukupi, tanda arah yang jelas. Tahniah kepada penganjur.


 Bersedia untuk kayuh
 Basuh basikal dengan bantuan Bomba
Tahniah along, walaupun pertama kali masuk jamboree tapi telah meninggalkan 1 jam paklong di belakang

Thursday, May 23, 2013

Basikal Baru

Sabtu lepas (19 Mei 2013), aku telah beli sebuah basikal seluruh muka bumi (all terrain) 29" berjenama Charge, model Cooker Ti buatan Taiwan, rekabentuk England http://chargebikes.com/products/cooker-ti/

 
 Gambar diambil oleh Omar MP
 Gambar diambil oleh mekanik Wan Suhaimi
Gambar diambil oleh Azlisham (penjual).

Terasa sedikit kelainan mengayuh basikal 29" berbanding dengan 26" atau 27"(basikal jalan). Ini kerangka saiz terkecil yang ada, iaitu 15" (small). Kedudukan tempat duduk agak sedikit rendah dengan hendal. Semasa mula-mula kayuh terasa agak gayat disebabkan kedudukannya agak tinggi dari paras tanah.
Ia meluncur laju dan lancar semasa menurun dan pemegang hendal terasa sedikit berat bila mengambil selekoh. Manakala semasa pendakian, terasa sedikit berat tetapi lebih mudah diimbang. Basikal ini mempunyai 2 gear depan dan 10 gear belakang. Apabila menurun kita akan terasa ingin guna gear yang berat manakala bila mendaki akan menggunakan gear yang ringan. Perbezaan pertukaran gear yang besar ini akan menyebabkan ketegangan kepada otot kaki dan paha.
Ia memerlukan lebih masa untuk membiasakan gear yang optimum agar kayuhan menjadi seragam dan lancar.

Monday, May 20, 2013

Klinik Traithlon 2

Taklimat dan tip oleh Mr Chan
Gambar kumpulan

Klinik tri ke 2 telah berlangsung semalam di Avillion, PD. Renang 2 pusingan, joging tepi pantai, kayuh 20km dan joging di jalan 3km.
Tip kali ini lebih kepada kaedah melakukan pemanasan sebelum beraktiviti juga beberapa tip renang. Terima kasih Mr Chan atas tip percuma. Ia telah memberi ilmu baru yang sangat berguna kepada saya. Alhamdulillah dapat peluang belajar dengan pakar (yang benar2 ahli).
Pada hari sabtu berkayuh basikal gunung bersama anak saudara (along) merentasi jalan dan luar jalan sekitar Dengkil, Jenderam dan Nilai Springs sejauh 60km dalam masa 5 jam. Longlai seluruh badan tapi puas.