Wednesday, June 29, 2011

Pengumuman


Untuk sementara waktu saya menyekat komen terhadap blog ini kerana telah diserang SPAM. InsyaAllah bila reda saya akan buka semula. Harap maaf, komen anda memang dialu-alukan tetapi kehadiran pengganas siber telah menyusahkan kita semua.

Saturday, June 25, 2011

Mendaki Nuang


Pagi ni mendaki Nuang bersama anak dan anak saudara hingga ke Kem Pacat. Tegang juga urat betis semasa mendaki mungkin sebab dah agak lama tak mendaki.

Monday, June 20, 2011

Jejak Kota Warisan

Ahad 19 Jun. Bersama Mosyawir, Faizal, Rahman, Zulkifli dan Assry berkayuh basikal gunung di Kota Warisan. Laluan tidak begitu teknikal tetapi banyak pendakian yang curam. Sesuai untuk latihan kekuatan. Jarak kayuhan ialah 30km dengan tempoh kayuhan 3jam (4 jam termasuk rehat dan berhenti).
Puncak pertama (gambar disalin dari kamera Rahman Rasul)
Puncak ke ? (gambar disalin dari kamera Rahman Rasul)
Rehat lagi

Saturday, June 18, 2011

Green Ride

Pagi ini menyertai Green ride anjuran Cyberview Sdn. Bhd. Masuk kategori MTB veteran 16km (4 pusingan). Hanya mampu buat 37min, purata 26km/jam sahaja.
Gambar disalin dari kamera Rahman Rasul

Sunday, June 12, 2011

Kelawang loop 2011

Alhamdulillah pagi ini dapat buat kayuhan Kelawang loop sejauh 142km dalam masa 7jam. Ini sebagai latihan persediaan untuk LIMC2011 dan lain-lain perlumbaan seperti Bikezooka, PD triathlon, dll. Bahanapi yang digunakan 1 liter air kosong, 1.5l 100+, 0.5l Coke, 20 biji kurma dan roti kerim 2 bungkus.

Bermula 0740 dari rumah (Bandar Baru Bangi) melalui Bandar Teknologi Kajang, Semeyih, Broga, Ulu Beranang, Lengeng, Jeram Toi, Kelawang, Titi, Peras, Empangan, Sg. Tekala, Semenyih, Bandar Teknologi, West Country, Bandar Baru Bangi. Tiba di rumah 1508. Cuma berhenti rehat 2 kali di Petronas Kelawang dan Sg. Tekala.

Pada mulanya ingin ikut kumpulan Zaman Ken yang mula dari Batu 14 dengan menunggu di Lenggeng sambil menikmati nasi lemak ikan keli, tapi meneruskan kayuhan sehingga Kelawang setelah berjumpa dengan kumpulan 3 pengayuh Cina (1 perempuan, 2 lelaki) di Ulu Beranang. Kata Raymond kumpualn Ken buat ikut jam. Kumpulan Raymond bertolak lebih awal (jam 0700 dari Bt 14 melalui Bukit Antu). Kumpulan Ken mungkin mula 0730. Kami harap dapatlah berselisih di Kelawang, tapi rupanya tidak. Rasanya mereka pun ikut lawan jam. Raymond memang biasa dengan Kelawang loop, beliau buat setiap bulan. Dengan ada wanita dalam kumpulannya, maka aku bolehlah mengejar mereka dan kayuh bersama.
Meter jarak menunjukkan jarak kayuhan 142.24km.
Berhenti rehat di Petronas, Kuala Kelawang. Meter jarak menunjukkan 80km.
Aku bawa basikal proton T-sprint yang agak berat. Walaupun agak berat semasa mendaki tapi cukup laju semasa menurun. T sprint R yang ringan aku rehatkan kerana tayar bocor.

Thursday, June 2, 2011

Kayuhan Jeram Pasu

Jejak Cherang Tuli - lubuk yang ditinggalkan
Air Terjun Jeram Pasu
Haiwan kecil
Sebelum ke kenduri kawin sepupu di Alur Pasir, kayuh ke Jeram Pasu melalui Cherang Tuli. Masuk kebun getah dan sawit. 26.8km = 2jam. Jeram Pasu semakin cantik, ada warung yang baru dibina kerajaan.