Tuesday, December 29, 2009

Taman Cabaran dan Marathon

Sempena menyambut cuti rehat (28-31 Dis 09), hari ini aku merayau-rayau dengan basikal jalan ke Putrajaya. Dari rumah berkayuh melalui Sg Merab, Limau Manis dan PICC ke presint6. Selepas renang 25 min di kolam Presint 6, aku pergi mendaftar untuk cabaran basikal gunung pada 10 Jan 2010. Bayaran cuma RM8 sahaja. Isi borang je dulu nanti bayar pada 9 Jan 2010. Perlumbaan akan bermula di Taman Skateboard, Presint 5 dan akan melalui jalan raya dulu sebelum memasuki jejak 'luar jalan'. Ini bertujuan untuk menjarakkan pelumba agar tidak sesak di jejak 'luar jalan'. Kemudahan panjat dinding di presint 5 ini percuma (termasuk peralatan panjat) sehingga 15 Jan 2010. Tak ada orang pun, dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 mlm.

Setelah itu aku berkayuh lagi ke Perbadanan Putrajaya untuk mendaftar 'half marathon' pada 6 Feb 2010. Bayaran cuma RM30.

Hari ini dapatlah berenang 25 min dan berbasikal 2 jam.

Lepas Asar, aku bersama anak-anak pergi sekali lagi ke Taman Cabaran untuk mencuba pendakian dinding.

Monday, December 28, 2009

Sesak lalulintas - Jalan Pintas

Semalam (Ahad) kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Kira-kira jam 11 kami bertolak dari Bangi dan tiba di tol Air Keroh jam 12. Dari tol ke Melaka, jalan agak sesak. Ambil masa 1/2 jam untuk tiba di Bukit Piatu.

Lepas kenduri kami pulang melalui jalan yang sama untuk ke tol Air Keroh. Sekali lagi kami terperangkap dengan kesesakan. Terfikir eluk saja ikut jalan pantai melalui Masjid Tanah ke Port Dickson. Jadi dah berada dalam perangkap mana boleh keluar lagi, ikut sajalah. Mungkin jika ikut jalan pantai pun perlahan juga.

Apabila memasuki lebuhraya Utara-Selatan, perjalanan lancar sehingga kami tiba sebelum tol Senawang. Lama juga tersangkut walaupun kira2 5km saja lagi nak masuk tol Senawang. Mula ingat nak tunggu hingga sampai tol PD. Tapi kami dah tak sabar lalu mengambil keputusan untuk keluar dari kesesakan di tol Senawang.

Sebaik bayar tol, kami cuba menghala arah Seremban untuk ke PD. Sekali lagi sesak. Sambil melihat peta dalam GPS kami mendapat idea untuk membuat jalan pintas melalui kawasan perumahan dan terus keluar tak jauh dari tol Seremban-PD. Peta di bawah menunjukkan jalan pintas meleui kawasan perumahan. Ada GPS ni cukup memudahkan perjalanan.
Selepas memasuki jalan ke PD, kami guna GPS untuk ke Labu melalui Mambau. Sebelum tiba Labu kami ubah pula destinasi terus ke Bangi. GPS menyuruh kami ke Nilai, tapi disebabkan kami sudah agak biasa dengan jalan ini kerana pernah menggunakannya untuk laluan basikal, maka paksakan GPS membuat 're-route' sehinggalah akhirnya tiba di Salak Tinggi. Peta di bawah menunjukkan jalan pintas dari tol Seremban-PD ke Salak, iaitu melalui Mambau, Felda Sendayan, Felda LBJ, Enstek dan Salak Tinggi.


Friday, December 25, 2009

Kenduri Kahwin

Boleh dikatakan bulan 12 ni bulan kenduri kahwin. Setiap minggu ada jemputan kenduri. Kenduri kahwin telah mengganggu aktiviti kayuh. Aku tak dapat ikut Monsoon ride pun kerana kenduri kahwin. Sedih...Apa nak buat tanggungjawab dan hak keluarga dan jiran perlu diutamakan. Tahun ini 2 anak saudaraku telah melangsungkan perkahwinan, iaitu anak sulung abang sulung dan anak adik perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan aman. Dan kebanyakan majlisnya dalam hujan lebat.
Anak angah
Anak along

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Mulai terbenam matahari sebentar tadi maka kita telah memasuki tahun baru mengikut kelendar Hijrah, 1 Muharam 1431. Selamat tahun baru hijrah semua!!! Semuga kayuhan kita lebih mantap lagi. Walaupun umur semakin meningkat kayuh tetap juga diteruskan kerana kayuhan ternyata baik untuk mengekalkan kesihatan kita. Ya, semua orang akan mati tapi kita tidak disuruh menunggu kematian tanpa apa-apa amal, samada dunia atau akhirat. Kita disuruh supaya sentiasa bertenaga dan tidak lemah atau malas.

Tahun 1430 aku telah mengekalkan senaman secara purata 1 jam sehari. Kecuali pada penghujung bulan ini agak kurang disebabkan masaalah kesihatan, cuaca asyik hujan dan kesibukan urusan kerja. Terdapat penurunan, mungkin umur juga memain peranan atau sudah semakin malas dan tidak teruja lagi. Renang laut terbuka dah buat, separuh orang besi dah buat. Orang besi penuh nampaknya tidak terbuat lagi. Rasanya cukuplah tu, tidak mahu lagi aku mendera badan ku lagi. Masuk lumba pun asyik di belakang saja. Cukup-cukuplah tu.

Vertigo

Vertigo, or dizziness, refers to the sensation of spinning (subjective vertigo) or the perception that surrounding objects are moving or spinning (objective vertigo). Some patients describe a feeling of being pulled toward the floor or toward one side of the room. Moving the head, changing position, and turning while lying down often worsen vertigo.
The sudden onset of vertigo usually indicates a peripheral vestibular disorder (inner ear disturbance; e.g., BPPV, Ménière disease, vestibular neuritis).
Symptoms of benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) usually last a few seconds to a few minutes and are intermittent (i.e., come and go). They also may include lightheadedness, imbalance, and nausea, usually as a result of a change in position (e.g., rolling over in bed, getting out of bed).

Vertigo Causes
Vertigo, or dizziness, usually results from a disorder in the peripheral vestibular system (i.e., structures of the inner ear). Dizziness also may occur as a result of a disorder in the central vestibular system (i.e., vestibular nerve, brainstem, and cerebellum). In some cases, the cause of vertigo is unknown.

Dipetik dari http://www.neurologychannel.com/vertigo/symptoms.shtml

Sudah 2 minggu aku mengalami penyakit ini secara 'On/Off', sekejap ada sekejap tiada. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Pernah jumpa doktor perubatan moden dan diberikan ubat saraf dan ubat pening. Nampaknya tidak banyak perubahan. Paling menyeksakan ialah bila bangun pagi. Ambil masa untuk mengimbangi badan yang terasa huyung. Terasa macam nak muntah dan berangin. Bila dapat sendawa, bersin dan melepaskan angin melalui mulut atau buang air terasa kelegaan. Semalam aku pergi jumpa doktor homeopathy pula. Mungkin kesan ubat yang diberikan terasa huyung dan mual. Mungkin akan cuba meneruskan ubat homeopathy untuk sehari dua ini.

Kepada kawan-kawan yang ada maklumat ubat yang sesuai dengan penyakit ini harap dapat dikongsi bersama. Allahumma salli 'ala Muhammad.

Friday, December 11, 2009

Labuan

Minggu ini aku berpeluang ke Labuan atas urusan kerja - memberi kuliah bagi kursus Radiografi industri kepada sebuah syarikat NDT di Labuan. Ini kali pertama aku tiba di Labuan. Aku pernah datang ke Kota Kinabalu untuk belajar di tahun 1 UKM Limauan sekitar tahun 1976. Walaupun setahun aku berada di KK tapi tidak berpeluang ke Labuan. Masa tu aku bukan jenis suka merantau, lagipun ketika tu duit tak pernah cukup untuk aktiviti2 yang kurang perlu.
Waterfront - warung makanan laut. Ada ikan, udang dan sotong dengan harga berpatutan.

Setiap pagi sebelum kuliah aku sempat joging 1 jam. Petang jumaat aku menaiki bot ke Pulau Papan. Tak jauh cuma 20 min saja perjalanan. Tak ada pengunjung di pulau ini kecuali pekerja yang membersih kawasan chalet. Pulau ini tidak begitu menarik untuk dikunjungi cuma ada pantai untuk mandi manda. Tidak ada ikan untuk 'snorkling'. Bagaimanapun banyak kapal2 berlabuh di Labuan memberikan pemandangan yang agak unik. Aku berenang di tepi pantai beberapa minit. Tak ada orang, takut nak berenang ke tengah. Setiap pagi sabtu dan ahad ada pasar tani di pusat bandar. Makanan tempatan boleh dikatakan murah. Nasi lemak lauk sotong/udang cuma RM2. Banyak tempat yang tak sempat diterokai. Aku tak sempat ke kompleks sukan (sebelah hospital Labuan). Khabarnya banyak juga kemudahan spt kolam renang awam.
Menaiki bot ke Pulau Papan Jeti Pulau Papan