Sunday, October 27, 2013

Tahniah Sakinah

Tahniah kepada anakanda Sakinah di atas anugerah Sarjana Undang-undang yang diterima pada Sidang ke 3 Majlis Konvokesyen ke 41 UKM yang telah berlangsung pagi tadi.






Keindahan Cameron Highland

Berbagai pokok herba dan bungaan




Saturday, October 26, 2013

Cameron Funride 2013

Kayuhan bermula dari Tanah Rata (sebelah hotel Cool Point), menuruni bukit sejauh 25km menghala Ringlet kemudian memasuki simpang ke Sg Koyan.  Seterusnya pendakian bermula setelah melalui jalan 'off-road', melalui trek tunggal melalui perkampungan orang asli, seterusnya pendakian landai panjang (20km) melalui ladang teh. Acara penamat di Kg Habu.

 

Sebaik tiba di garisan penamat dan berehat seketika sambil memakan beberapa biji tamar dan air, kayuhan mendaki (8 km) ke tempat letak kereta di Tanah Rata disambung semula.


Kayuhan melonggarkan otot sebelum 'Funride'. Kayuhan sekitar Tanah Rata dibuat bagi melonggarkan segala sendi dan otot sekitar Tanah Rata selama 1 jam.





Saturday, October 12, 2013

Latihan Tri-2


Joging 60min, basikal gunung 70min dan renang 36min(=1500m). Eluk habis renang, wisel dibunyikan jam 1100 hujan turun. Ingatkan tadi tak sempat renang kerana langit dah mendung.
 Basikal baru lepas servis, terasa sayang nak masuk lumpur.
Jumpa rakan basikal jalan pak brahim dan folizan di PICC semasa joging


Saturday, October 5, 2013

Latihan Tri di Presint 6

Pagi ini buat latihan triathlon di Putrajaya. Mula dengan lari 50min, renang 15min dan kayuh basikal gunung di Taman Cabaran 1jam 20min.


Hari ni cuba kaedah TI yang diajar anak saudara (along). Mungkin terlebih hayun, jari kaki kejang selepas renang 600m. Cuba urut dan buat regangan tapi tak mau hilang. Mula-mula urut kaki kanan. Bila nak masuk air, kaki kiri pulak kejang. Kedua-dua jari yang kejang ialah jari sebelah ibu jari. 

Tapi kekejangan ini alhamdulillah tidak berulang semasa kayuh. Heran aku memikirkan. Selasa lepas buat renangan 1100m tak ada masaalah. Catatan masa dijimat sekitar 2-3 min dari biasa. Mungkin otot yang ingin digunakan ialah otot baru atau penat setelah berlari tadi.

Lepas kayuh, sambil minum dan makan tamar layan tengok orang main kereta kawalan jauh.