Monday, June 24, 2019

Perak International Triathlon 23 Jun 2019

Alhamdulillah berjaya menamatkan acara ini dengan cukup seksa semasa mod larian. Langsung tidak mampu berlari hanya berjalan terhenjut-henjut selama lebih 2 jam untuk jarak 10km. Renangan tiada masaalah cuma kawasan yang sempit dengan ramai peserta (lebih 400 bagi jarak olimpik) menjadikannya agak mencabar. Tapi tiada arus yang menghalang. Begitu juga bagi mod kayuhan. Jalan hampir rata dan sesekali menumpang angin bagi melepaskan kepenatan.