Sunday, May 24, 2009

UKM-Port Dickson

Ahad 29 Jamadil Awal - Kayuh basikal jalan bersama Ibrahim (Serdang), Zack (Kajang) dan Won (Cyberjaya). Mula kayuh jam 0730 dari UKM melalui Jenderam, Salak Tinggi, Bukit Pelandok. Ibrahim dan Zack membuat henjutan di Bukit Pelanduk meninggalkan aku agak jauh di belakang. Dapat kejar semula di Lukut. Tiba di pekan PD (Jeti PD-Dumai) sekitar jam 1000. Makan nasi lemak, lontong dan mee hoon pilihan masing-masing. Semuanya berlemak apa nak buat tak ada pilihan lain. Bagaimanapun aku rasa lemak dapat meneutralkan asid dalam perut. Harap-harap ia tidak meningkatkan paras kolestrol yang tidak diperlukan. Tahun ni aku kena periksa balik paras kolestrol dalam badanku. Maklumlah dah berumur ni bimbang juga dengan paras kolestrol.
Dari kanan, Ibrahim, Zack dan Won bergambar depan jeti PD-Dumai. Mungkin satu hari boleh berbasikal di Indonesia.
Jalan lama ke PD agak sibuk juga.

Sekitar jam 1030 kami bertolak pulang. Alhamdlillah semuanya selamat. Aku tiba di rumah jam 1300. Tempuh kayuhan pagi ini ialah 4 jam 50 min dengan kelajuan purata 26km/jam untuk jarak 127km.

Jumlah jam latihan jasmani bulan Jamadil awal ialah 41.5jam, purata 1.3jam sehari.

Sunday, May 17, 2009

Sg Pening3/ Lenggeng

Ahad 22 J'akhir - Kayuh basikal jalan bersama Ibrahim, Abg Razak, Sham, Shahrul, dll (maaf lupa nama). Laluan ialah UKM>Bangi>Semenyih>Broga>Lenggeng>Beranang>Jalan 6'>Sg Kembong>Bangi>UKM=75km=3jam.
Brahim 'menarik' pelaton.

Makan nasi lemak ikan 9 di Lenggeng. Memang spesial nasi lemaknya.
Tengoklah berapa banyak gelas air dihabiskan.

Merah ialah laluan kami
Abang Razak (mantan pelumba negara) yang masih bertenaga membuat kayuhan.


Sabtu 21 J'akhir - Kayuh basikal gunung bersama orang muda, Omar dan Ahnas. Laluan ialah gabungan jalan tar dan tanah merah. 20km (off-road) 25km (road). Bandar Baru Bangi>Jalan Reko>Kajang Utama>Bangi Perdana>Lapang Sasar>Sg Pening>Kg Pasir>Kuari>Kajang Tech Park>Kajang Hill>West Country>Bandar Baru Bangi = 45km=3jam.
Rehat di tanah lapang berhampiran perumahan terbengkalai.
Kuning ialah laluan kami.
Pokok senduduk yang semakin pupus. Masa kecil aku jadikan peluru main tembak-tembak.

Sunday, May 10, 2009

Kg Kapal, Broga

Ahad 15 J'awal aku ikut Muhd Khairul Anuar, Khairil Aslan (www.dueroda.com.my) dan Zul berkayuh basikal gunung di Kg Kapal, Broga. Aku pernah berkayuh dengan PCC di sini pada 25/2/07. Setelah 2 tahun agak banyak berubah. Jalan tar semakin bertambah dan lebih banyak pokok ditebang untuk tujuan pertanian.
Minggu ni aku hanya berkayuh basikal gunung masuk bukit. Cuaca bandar cukup panas untuk berbasikal jalan.Ini bukit tertinggi, boleh nampak pencawang elektrik Lenggeng.

Berehat seketika di puncak bukit.Profil ketinggian Broga loop.

Singgah mandi di Jeram Kedah.
Lebah semacam menjadi kawan bila masuk bukit. Mereka menghurungi baju kita untuk menghisap peluh.
Puting beliung dan rama-rama (tak sempat nak ambil gambar) pun suka berehat di Jeram Kedah.
Khairil bergaya dengan produk Bianchi: baju, seluar, helmet dan basikal Bianchi. Dia memang kaki kayuh, pernah berkayuh secara berterusan 21 jam dari Kajang ke Kedah.

Petang-petang hujung minggu, aku suka ambil gambar 'close-up' pokok-pokok sekitar rumah.

Gambar 'close-up' menggunakan Olympus Tough 8000.

Gambar malam dengan bulan purnama di Pusat Sukan Air, Presint 6. Lepas renang sambil tunggu anak-anak bersiap, ambil gambar dulu. Agak fleksibel Olympus ni, boleh ambil gambar malam.

Sabtu 14 J'awal berkayuh basikal gunung bersama Omar di Presint 20. Tak ramai pengunjung kali ini. Mungkin ramai dah jemu atau ramai yang dah serik dengan laluan 'downhill' dan 'roller coaster' yang cukup merbahaya bagi orang baru. Laluan pun agak pendek, satu pusingan hanya 10km saja.
Walaupun bukit ini terletak dalam bandar, ada juga lebah-lebah yang merayau. Tentu sarangnya tak jauh.

Awal minggu Isnin-Rabu aku berbengkel di Port Dickson.
Walaupun angin tak sekuat mana, Mat Salleh ni mencuba juga perahu layarnya.
Di Bangi cuaca agak panas, tapi tidak pula di pantai PD. Bayu laut memberi kesegaran kepada pengunjungnya.

Sunday, May 3, 2009

Sg Pening 2

Cuti Hari Pekerja dihabiskan dengan aktiviti renang dan kayuh. Zaman telah berubah, dulu aku banyak jalan-jalan ke komplek beli belah atau berkunjung ke rumah saudara mara atau balik kampung. Bila dah berumur, anak dah besar panjang, masing-masing dengan hal masing-masing, maka kita yang dah tua ni mencari aktiviti sendiri dengan bermain basikal, masuk hutan dsbnya. Bagaimanapun hari ini ada jemputan kahwin, kena balik awal.

Pada hari pekerja (Jumaat) aku berkayuh sekitar rumah dan berenang, Sabtu kayuh basikal jalan (80km) dan Ahad berkayuh basikal gunung (29km).

Hari ini sekali lagi aku berkayuh ke Sg Pening bersama Ameer dan Rebeca (kawan ameer). Agak mencabar kali ini 2 bukit perlu didaki, laluan tunggal dan laluan lebar. Menurun melalui laluan tunggal cukup menyeronokkan, mengawal brek dan keseimbangan. Dua bukit berjaya ditawan. Jarak kayuhan ialah 29km untuk tempoh kira-kira 4jam. Di awal pagi agak lembap dan seekor pacat sempat menikmati darahku sebagai sarapan paginya. Dalam perjalanan pulang, agak terkejut juga aku terserempak dengan seekur burung Merak. Ekor tak berapa panjang, mungkin Merak jantan. Tak sempat nak ambil gambar, walaupun tak boleh terbang, laju juga ia menyelinap masuk semak.

Garis kuning ialah kayuhan hari ini. Laluan basikal Sg Pening ni memang cukup panjang. Tepuk dada tanya selera, pilih saja mana laluan nak diikut. Nak kayuh sampai petang pun boleh kalau larat.
Pandangan menarik dari bukit ke 2. Kumpulan motosikal scrambler pun bermain di laluan lebar ini. Bimbang juga kami bila mereka lalu, mana tau kot terbebas, naya kita.
Rebeca masih boleh tersenyum menolak basikal ketika pendakian. Kata Ameer dia ni kuat berlari, walaupun kurang cekap berbasikal.
MTB = Mari Tolak Basikal.
Comel Rebeca ni, masih belum kahwin tapi sudah ada 'boyfriend'. Tak leh kacau.

Sabtu sempat berkayuh basikal jalan dengan Ibrahim, Dr K dan Folizan. Ibrahim dan Folizan buat kayuhan persediaan untuk berkayuh ke Krabi, Thailand minggu depan bersama kumpulan Malakoff.
Folizan mencucuk angin belakang Dr K. Ibrahim jauh di depan meninggalkan kami. Masih mantap kayuhan Pak Brahim. Dr. K cukup bertenaga di bukit yang tidak disukai Folizan.
Lepas berkayuh sempat ambil gambar kumbang menikmati madu bunga pokok Inai tepi rumah.
Pandangan sebelah malam di pusat rekreasi sukan air Presint 6. Sebelum renang amik gambar dulu.