Sunday, May 24, 2009

UKM-Port Dickson

Ahad 29 Jamadil Awal - Kayuh basikal jalan bersama Ibrahim (Serdang), Zack (Kajang) dan Won (Cyberjaya). Mula kayuh jam 0730 dari UKM melalui Jenderam, Salak Tinggi, Bukit Pelandok. Ibrahim dan Zack membuat henjutan di Bukit Pelanduk meninggalkan aku agak jauh di belakang. Dapat kejar semula di Lukut. Tiba di pekan PD (Jeti PD-Dumai) sekitar jam 1000. Makan nasi lemak, lontong dan mee hoon pilihan masing-masing. Semuanya berlemak apa nak buat tak ada pilihan lain. Bagaimanapun aku rasa lemak dapat meneutralkan asid dalam perut. Harap-harap ia tidak meningkatkan paras kolestrol yang tidak diperlukan. Tahun ni aku kena periksa balik paras kolestrol dalam badanku. Maklumlah dah berumur ni bimbang juga dengan paras kolestrol.
Dari kanan, Ibrahim, Zack dan Won bergambar depan jeti PD-Dumai. Mungkin satu hari boleh berbasikal di Indonesia.
Jalan lama ke PD agak sibuk juga.

Sekitar jam 1030 kami bertolak pulang. Alhamdlillah semuanya selamat. Aku tiba di rumah jam 1300. Tempuh kayuhan pagi ini ialah 4 jam 50 min dengan kelajuan purata 26km/jam untuk jarak 127km.

Jumlah jam latihan jasmani bulan Jamadil awal ialah 41.5jam, purata 1.3jam sehari.

27 comments:

won said...

Well done doc, ibrahim and zack. being new to cycling and with full of enthusiasm make me achieve many impossible at least to myself. i never know that i can cycle this far (almost 120km) and complete within such a good timing (4hr 30min) with you all. thank you all for the encouragement. looking forward to joining you all again in another challenging ride.

abuomar said...

Won,
Thank you for the comment and also for joining us the ride this morning. Riding in group is enjoyable and safer. We try to go faster and this will improve ourself. I would like to suggest we ride for Kelawang loop. UKM-Semenyih-Peras-Titi-K Kelawang-Lenggeng-Beranang-Jalan 6'-Bangi (~150km).

zackgrafik said...
This comment has been removed by the author.
zackgrafik said...

Salam Doc!

Akhirnya tercapai gak cita2 sy nk ride ngan Dr Fauzi & ride ke PD.... terima kasih Doc! memang bestt.. very energetic ride.. rasa mcm nk mati tapi amat puas hati!!

Bila nk buat Klawang Loop tu? gitau awal2 sket... nak kena mantapkan fizikal n mental... hehe

ibrahim said...

route dia memang cantik dan tak lah mencabar sangat biasa aja,cuma mental dan fizikal aja yg kena kuat.
Lain kali saya dan doc akan buat plan nak berkayuh keKuala Linggi dan tidur semalam diKM Chalet Kuala Linggi.cam maner doc bolehker?

abuomar said...

Zack,
Bila kayuh berkumpulan yang seronoknya ialah saling kejar mengejar. Tarik menarik, cucuk angin, recovery.
Saya cadang tahun ni kena buat juga walau sekali. Apa kata kita buat 14 Jun 09 atau ada cadangan lain?.

abuomar said...

Ibrahim,
Eluk juga cadangan Brahim tu, boleh mandi laut sama, tapi bila? Pergi hari sabtu balik ahad. 20-21 Jun?

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Assalamualikum nak ikut.....

abuomar said...

Waalaikum mussalam CUBE,
Silakanlah, sapa nak tempah penginapan? Apa kata brahim uruskan, dia biasa dengan chalet kat Linggi.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

betul betul betul 20-21 June sesuai kalau 14 ada duathlon kids kat Cyberjaya anak join sekali tak syok la anak masuk kita tak deberi sokongan

won said...

i would support and like to join this ride on 20-21 jun. can we invite my riding friends to join this ride? thank you

abuomar said...

won,
boleh saja ajak, lagi ramai lagi bagus. bagaimanapun kita tunggu ibrahim cek tempat penginapan di Linggi dulu.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

good idea Pak Ibrahim rasanya sudah biasa di sana kan.

ibrahim said...

boleh bisa diatur penginapan di kuala linggi,disana terdapat dua kategori chalet yg kipas dan aircon kipas punya RN60.00 dan aircon RM110, untuk 2 orang satu chalet saya rasa baik yg kipas aja,so kena tengok berapa ramai yg nak join this short interstate...won how many of your friend are going to join us.Basikal Cap Ayam aka Azizi ne mesti power sebab baru balek dari kayuhan Krabi Thailand mu pulak ader member lain nak join ker?

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

hahahahah Pak memandai jer lorr yang pasti kaki bukit Wan Kelian bukan semua org boleh panjat KOM jer boleh tu ala ala giro de italia tu.

maTTa said...

wah syok nyer rider...lama x dapat rider dgn otai2 semua,xspecialay pak berahim,rindu...hehhehe

ibrahim said...

Hi Matta, aper khabar iyerlah memang dah lama kita tak ride samakan kalau tak salah lepas kita balek dari Interstate kePengkalan Balak kan,oklah kalau nak ride sama nanti kita orang nak buat ride keKuala Linggi Melaka dekat ALAM cam maner nak ikut tak?Kalau ramai lagi baguskan....ehhh Zizi itu hari saya nampak awak 'climb'
bukit Wang Kelian selamba aja thehehe...almaklumlah basikal pun dah baru high/end lagi...

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

kutuk tak kesian Pak

abuomar said...

Ahad ni saya cadang nak berkayuh dari bangi ke Melaka. Kebetulan saya ada kerja di Melaka (31/5-2/6). Mula 0715. Jom ikut saya, tapi balik sendiri-sendirilah.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Assalamualaikum Doc macam mana dengan perancangan ker Kuala Linggi ?

ibrahim said...

Perancangan keKuala Linggi masih on,tapi saya nak tahu jugaklah berapa ramai yg nak pergi interstate tu nanti,sebab kalau ramai aper kata kita tidur diPantai
Pengkalan Balak aja,sebab kat sana waktu malam dia happenning sikit,ader tempat lepak-lepak sampai pagi tu dan satu lagi ader chalet yg berkembar dua kita boleh lepak seberapa ramai yg boleh dan jugak dia jauh sikit daripada Linggi cam maner doc?dalam 150km aja.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Ok gak idea tu pak berahim boleh buat BBQ malam2

abuomar said...

Salam,
Saya setuju saja insyaAllah OK. Maaf lambat jawab, hari ni baru balik rumah. Ada kerja luar di Melaka sejak ahad. Tak sempat nak tengok internet.
Nak BBQ tu sempat ke? Kut dah sampai sana dah tak larat.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Assalamualaikum Doc pasal BBQ tu cuma nak tahu bila tarikh setuju semua insyallah saya boleh sediakan bawak dari sini(Umah).Suporting car saya bawak sekali nanti cuma nak tahu tempat tu ada tempat nak BBQ tak. Ada cadangan lain ?

abuomar said...

salam,
itu sudah bagus. ada support car lagi. nampaknya yg betul minat saya, brahim dan cube. yang lain macam mana?

ibrahim said...

Salam,
haha zizi nak drive support car ker?moleklah tu nanti kalau tertinggal jauh dibelakang masa ride boleh jugak bergayut kat kereta awak kan,macam awak buat masa kayuhan Yan ke Wang Kelian tempoh hari siap bye bye pulak dengan saya tu hihihi,tak aper kalau zizi nak bawak kereta lagi bagus boleh tumpangkan bag,oh iyer tempat tu ader tempat BBQ kalau nak buat BBQ boleh dirunding dengan pakcik tuanpunya chalet tulah...tapi berapa ramai yg nak join ne?ataupun saya proceed dulu dengan tempahan untuk tarikh 20hb dan 21hb Jun ne cam maner....

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

walaikumsalam pak berahim yer la apa2 pun saya balik kg terus