Saturday, September 8, 2018

1st Asia Pacific Masters Game 2018, Penang

Alhamdulillah berpeluang menyertai acara renang selama 3 hari (dari 5 hari) pada 6-8 September 2018. 200m, 400m dan 800m gaya bebas telah dipilih. Ini merupakan kali pertama menyertai renang kolam dengan permulaan pada tapak lompat (start jump). Tidak seperti renang terbuka (OWS), masa yang singkat menyebabkan kita agak gementar dan bimbang. Antara kebimbangan ialah air memasuki goggle semasa terjun dan penyumbat telinga tertanggal. Gementar telah menjadikan renangan agak penat dan pada denyutan jantung yang tinggi (sekitar 170 degup).