Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa

Hari ini khamis 1 ramadhan (13 sept) kita telah berpuasa 1 hari sebagai menyempurnakan tuntutan agama iaitu kewajipan berpuasa sebulan dalam setahun. Aku rehat tak berlari dan berenang tapi terus mengekalkan kayuhan ringan sejauh 19km sehari pergi-balik pejabat. Ada rakan mengajak untuk berkayuh sebelah malam, tapi rasanya aku tak ingin kayuh malam, nak rehat lepas tarawih.

Berikut ialah terjemahan al-qur'an (http://quran.al-islam.com/) dalam surah al-baqarah tentang kewajipna berpuasa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui (184).

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur (185).

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa (187).

Hadis-hadis berhubung puasa ramadhan (http://hadith.al-islam.com/bayan/)

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793

Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam (tarawih) pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1266

Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1835

Saturday, September 8, 2007

Sg Pening (laporan)

Sabtu 8/9/07- Kami berlima kayuh ke Sg Pening; Zamani, Azhar, Nasarudin, Pauzi dan Omar. Seronok juga, banyak laluan basikal boleh dipilih.

Kami mula dari Kajang Perdana, agak jauh pendakian. Pemandangan yang cantik bila tiba di puncak.
Sdr. Zamani (46th) cukup bertenaga bila membuat pendakian.
Peta laluan, jumlah jarak kayuhan 55km, jalan tar 20km dan jalan tanah 35km.
Aku dan Zamani di kawasan pembinaan terbengkalai, berhampiran Kg Pasir.
Dari kiri-Azhar, Nasarudin, aku dan Zamani (terlindung). Nasarudin nampak cukup penat.
Pembinaan terbengkalai di tengah hutan. Agak pelik, binaan dibuat tapi jalan tak ada.

Perjalanan pulang selepas minum di kg Pasir, melalui Kuari berhampiran pondok Naqsanbandi.

Wednesday, September 5, 2007

Sg Pening

Sabtu 8/9/07 - Sesiapa yang berminat dijemput ikut kami kayuh di Sg. Pening. Masa: 0800, Mula/tamat: Simpang Ke Sg Pening (papan tanda menunjukkan arah lapang sasar). Sehingga kini yang berminat ialah Zamani, Azhar, Pauzi dan kumpulan Semenyih. Jangka berkayuh 2-3 jam atau kita bincang masa nak mula. Tidak sesuai untuk orang baru berkayuh. Boleh hubungi saya, pauzi 013-3809631.

Sunday, September 2, 2007

Lembah Kelawang

Ahad 2/9/07 - Pagi ini aku kayuh secara solo ke Kuala Kelawang. Laluannya ialah Bandar Baru Bangi-Bandar Teknologi Kajang-Semenyih-Tekala-Empangan Semenyih-Genting Peres (472m)-Titi-Kelawang-Jeram Toi-Lengeng-Beranang-Semenyih-Bandar Teknologi Kajang-Bandar Baru Bangi. Jarak keseluruhan ialah 140km. Masa 0800 hingga 1600. Cabaran utama di Genting Peres, Lembah Maut (antara Peres dan Titi) dan Jeram Toi.
Peta laluan
Profail ketinggian dari Bangi ke Tekala

Profail Lembah Maut

Jeram Toi

Jeram Toi ke Lenggeng.
Semasa di Empangan Semenyih aku jumpa dengan Sdr Zamani berkayuh dari arah bertentangan. Kami bincang pasal basikal gunung. Katanya dah lama dia tak kayuh basikal gunung. Jadi aku ajak dia kayuh di Sg Pening sabtu ini (8/9/07). Sesiapa yang bolehlah ikut kami.