Thursday, September 22, 2011

Hari Bebas Kereta Sedunia

Nampaknya hari bebas kereta sedunia hari ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia. Aku bertanya rakan sepejabat. Mereka tidak tahu pun. Aku pun kebetulan mendengar berita di TV semalam. Mungkin 2020 kot?.
Aku menyambut hari ini dengan mengayuh basikal ke pejabat. Polis Johor juga menyokong program ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Laluan luar jalan ke pejabat aku memang mencabar dan menyeronokkan. Sesuai untuk latihan basikal gunung. Walaupun tidak teknikal tetapi rasanya ia memadai untuk latihan kekuatan fizikal. Bermula dari rumah aku berkayuh di bahu jalan, merentasi bulatan NIOSH yang amat sibuk, melalui kawasan perumahan, menyusuri Sungai Langat, melintasi simpang lampu isyarat Teras Jernang, kembali menyusuri Sg Langat, memasuki ladang sawit yang berbukit dan akhir sekali pintu masuk pejabat. Masa terpantas 40 minit dan terperlahan 50 minit dengan jarak 9.6km.

Sunday, September 18, 2011

Bekam 3

Petang ni (20 syawwal) pergi bekam lagi kat kepala atas nasihat tukang bekam agar dibuat 3 X selang 1-2 bulan kerana darah di kepala agak pekat. Kali ini 3X kali sedutan menggunakan alat bekam saiz kecil. Masih ada sedikit darah pekat ketika sedutan kedua.

Saturday, September 17, 2011

Jamboree Basikal Gunung UKM

Omar (gambar disalin dari Faisal Awang)Abu Omar (gambar disalin dari Faisal Awang)
Zamani (gambar disalin dari Faisal Awang)




Tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menguruskan jamboree ini yang kebanyakan terdiri dari pelajar UKM. Rasanya lebih 50% ialah pelajar wanita dengan pakaian sopan bertudung. Zamani dapat no.2, aku no. 31 (kategori veteran >40th), Omar no. 16 (kategori pelajar IPT).

Sunday, September 11, 2011

Gunung Datuk 2




Bersama anak saudara mendaki Gunung Datuk. Hujan agak lebat dan kami kesejukan basah kuyup. Mendaki 1 jam 30 min. Menurun 1 jam 15 min.

Sunday, September 4, 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru pak su yie dan yana yang telah selamat diijabkabulkan pada malam jumaat lalu (3 syawwal 1432 @ 1 sep 20110) di masjid bukit payung, jertih, t'gnu.



Jumpa rakan sekolah lama Cik gu Nazir Abdul (1970-72, Sekolah Menengah Tok Janggut).