Monday, November 28, 2011

Kayuhan Tahun Baru 1433

Berehat di Jenderam
Menghampiri puncak bukit pinggiran putra
Ambil nafas sebelum ke puncak
PICC dari puncak pinggiran putra
Tiga bukit berjaya ditawan

Jumlah jam latihan bagi tahun lepas.

Sunday, November 20, 2011

Jambo Jamboree Felda Ride 2011



Melalui ladang sawit dan getah sejauh 42km (=3 jam 8 min). Tidak teknikal tapi agak licin kerana jalan berlumpur disebabkan hujan lebat sejak kebelakangan ini di seluruh Malaysia. Dapat no. 80 keseluruhan.

Sunday, November 13, 2011

Letua XXX


Basikal jalan dilepaskan terlebih dahulu dan diikuti basikal gunung.
Kayuhan bermula di atas jalan tar dengan kelajuan mencapai 40km/jam.
Kayuhan diperlahankan bila melalui jalan tanah berbatu kerikil. Pertama kali mengikuti kayuhan sebegini, menggunakan basikal jalan untuk berkayuh di luar jalan. Agak bimbang juga di permulaan. Bimbang tayar bocor kerana terpaksa meredah batu kerikil hancur yang tajam (Gambar ehsan Madee Rahman).
Laluan adalah rata gabungan jalan tar dan tanah merah menyusuri batas tali air sejauh 80km. Kayuhan atas tanah berpasir memenatkan. Ambil masa 3 jam untuk menghabiskan kayuhan.
Terima kasih kepada Hj Zamani kerana menumpangkan dan belanja makan serta penginapan.

Monday, November 7, 2011

Kayuhan Kurban

Raya haji tahun ni tak ke mana-mana kecuali di Bangi dan sekitarnya. Raya pertama melawat besan di Kelawang dan adik di Sg Ramal. Raya ke 2 kayuh masuk hutan Sg Pening bersama MKA dan rakan-rakan dari Kajang.Puncak Bukit Botak yang banyak terhakis akibat penggunaan racun rumpai yang berleluasa

MKA membuat kayuhan terakhir sebelum tiba di puncak. Granit hancur yang digunakan untuk menutupi jalan bagi mengurangkan hakisan menyusahkan kayuhan.


Profail kayuhan di Bukit Botak (300m dari aras laut), 20km jalan + 30km off-road.
Kayuhan sebelum raya di ladang sawit belakang UKM bersama Arue dan rakan-rakan Bangi
Jumaat malam sabtu (2 hari sebelum raya) cadang nak berenang di Presint 6 tapi terlupa bawa seluar renang, lalu berjalan sekitar tasik dan ambil gambar guna Samsung Galaxy SII, boleh tahan juga gambarnya walau sedikit goyang.