Sunday, March 30, 2014

Latihan Ironman

Sebagai persediaan ironman pada 13 april nanti beberapa siri latihan telah dan sedang dilakukan.

Pantai Bagan Pinang dan pantai Cahaya Port Dickson  sesuai untuk latihan renang open water.


Monday, March 24, 2014

Gerik-Titiwangsa

Alhamdulillah program kayuh dari Gerik-Titiwangsa telah berjaya dilaksana semalam. Lima pengayuh dan dua penyokong menyertai program ini. Pengayuh terdiri dari Pauzi, Abg Razak, Ibrahim, Azlan dan Hj Farridun. Penyokong pula oleh Omar dan Yan yang mengiringi pengayuh di beberapa check point.

Kayuhan bermula dari Sri Inai Inn, Gerik pada jam 0800. Kemudian singgah di kawasan rehat Gerik untuk sarapan. Kayuhan sebenar bermula 0900 menuju ke Pulau Banding. Selepas kira-kira 20km kayuh tayar belakang basikal Ibahim bocor. Bantuan diberikan dengan menukar tayar baru. Kayuhan diteruskan sehingga ke Belum Rainforest Resort. Pendakian ke Banding agak sederhana, bagaimanapun 5km turun ke Tasik Banding begitu mendebarkan.
Setelah rehat seketika, kayuhan diteruskan. Pendakian 30km bermula dengan agak landai tetapi agak curam dihujungnya, terutama 10km terakhir.










Friday, March 14, 2014

Ironman 70.3

Alhamdulillah berjaya menyertai ironman 70.3 relay team pada 13 April 2014 di Putrajaya atas tajaan SBR magazine. Terima kasih. Pasukan kami terdiri dari MKA (basikal), Ajo (lari) dan aku (renang). Lama dah tak berlatih renang jauh. Kali ini kena mula praktis renang 1.9km.

Kolam tertutup Marina Putrajaya ini sesuai untuk berenang waktu tengahari dan ketika hari hujan. 

Sunday, March 9, 2014

MH Cyclemotion Jamboree

Alhamdulillah selesai jambori MH yang disertai oleh 2180 orang. Ia merupakan jambori paling ramai yang prnah aku sertai. Jam pertama kayuhan agak membosankan kerana kesesakan. Beberapa pendakian dan turun naik cerun, Bukit 360 merupakan yang tertinggi. Jalan kering dan berdebu. Laluan lembap dan berlumut sebelum ini dapat dikayuh dengan mudah.
Kayuhan ini boleh dinamakan juga MH360 kerana bukit tertinggi di sini dinamakan Bukit 360. Kayuhan ini juga sebagai tanda simpati terhadap MH370 yang hilang semalam.