Sunday, February 28, 2016

Vivoactive

Khamis lalu beli jam garmin vivoactive di IOI Mall, Putrajaya dengan harga RM1150. Dengan harga ini apa yang ada dalam kotak ialah jam, pengecas/sambungan USB kepada komputer dan manual. Monitor degupan jantung (HRM) tidak dibekalkan. Isyarat GPS dari satelit cukup cepat dikesan. HRM dari garmin lama seperti forerunner 405 boleh diguna bersama vivoactive. Yang menariknya setiap pagi vivoactive akan mengeluarkan isyarat menyuruh pemakai beraktiviti. Paling kurang berjalan 30 minit. Untuk lari, berjalan dan berbasikal tiada masalah, semua data aktiviti dapat direkodkan. Bagaiamanpun untuk renang rekod yang tepat hanya untuk renangan lap di kolam yang diketahui ukuran. Bagi renangan terbuka, rekod GPs tidak tepat. Jarak renangan menjadi sekitar 2x jarak sebenar jika jama dipakai di tangan. Bacaan lebih tepat jika jama diletakkan di atas kepala (dalam kap). HRM tidak dapat berhubung dengan vivoactive dalam air.