Sunday, April 25, 2010

Selangor MTB - Bukit Lagong

Hari ini, alhamdulillah aku berjaya menghabiskan perlumbaan MTB di Bukit Lagong anjuran Persatuan Lumba Basikal Selangor. Aku masuk kategori veteran (25km). Masa terpantas aku dapat buat ialah 1 jam 25 min. 25 min di belakang no. 1 veteran. Menarik juga laluan. Perlumabaan dimulakan dengan laluan jalan bertar sehinggalah sampai ke puncak Kuari (CP 1). Seterusnya menurni lembah kebun pokok hiasan (Nurseri), memasuki perkampungan orang asli, merempuh sungai dan mendaki bukit sehingga ke puncak (Cp 2) - tempat orang membakar tanah untuk dijadikan baja. Bukit ini agak curam dan hanya mampu menolak basikal sahaja. Semalam bukit ini digunakan untuk acara Downhill. Kemudian menurun bukit melalui nurseri dan tanah perkuburan Cina. Menuruni bukit ini tidaklah begitu merbahaya kerana jalan agak lebar. Bagaimanapun jika terjatuh tentunya cukup sakit kerana jalan dari konkrit dan batu kerikil yang licin. Selepas perkuburan Cina jalan agak rata melalui kampung dan mendaki semula (CP3) sebelum tiba di garisan penamat.
Peserta berasak-asak untuk berada di depan (gambar ehsan OMP)
Yang Berhurmat ahli palimen Subang melepaskan acara (gambar ehsan OMP).

Mula berkayuh (gambar ehsan OMP)
Alhamdulillah sudah hampir ke garisan penamat (gambar ehsan OMP).
Lega dapat minum Gatorade (gambar ehsan OMP). Lepas susah, ada senang begitulah lumrah hidup. Untuk senang kena bersusah terlebih dahulu. Tiada kesenangan (keseronokan) tanpa kesusahan.
Nampaknya aku terikut-ikut dengan rentak kayuhan perlahan kebanyakan orang sekeliling. Aku berada di belakang semasa permulaan kayuh. Degup jantung ku menunjukkan aku agak relak, denyut 140 sahaja.

Sabtu - Buat raptai, walaupun tak begitu menepati tapi agak hampir jugalah.
Raptai semalam tidak memasuki perkampungan orang asli, kerana laluan ini dijadikan untuk perlumbaan Downhill.

Perlumbaan berikutnya samada Xterra atau Hatyai jambore. Mana satu mahu ikut? Langkawi International MTB pada 6-8 Ogos dah daftar tadi bayar RM25. Sibuk sungguh nampaknya main basikal ni.

Berikut ialah sebahagian keputusan yang dipetik dari http://www.selangormtb.com/index.php?p=1_28_XC-Results

RESULTS OPEN CATEGORY 30 KM (A)

1 A3 1.01.40 SHAHRIN AMIR(DUE RODA EXTREME)

2 A031 1.03.15 AZIZUL AZLI SHARI(KT CYCLING KOMUNITY)

3 A040 1.04.49 SHAHROM ABDULLAH(MALAKOF-CANASIA)

4 A186 1.06.15 MUHAMAD ELMI JUMARI

5 A061 1.06.20 GOH YONG CHOON(SIN BOON SENG GIANT RACING TEAM)

6 A2 1.06.33 LEE YEW MENG

7 A030 1.07.45 AHMAD SHAKIR ISMAIL(KY CYCLING KOMUNITY)

8 A010 1.08.56 ZAMZI MOHAMAD(MCC MUAR)

9 A020 1.09.18 JOSEPH KOH(HOOLIGAA)

10 A149 1.11.00 MOHD SHAFARI ABD MALIK

RESULT REMAJA 25 KM (R)

1 R63 0.55.00 LAUREL LARIDSEN ADRIAN (PER. BASIKAL SABAH)

2 R59 0.57.21 MUHAMAD HAZMAN AZMAN (TEAM SELANGOR MTB)

3 R71 0.57.22 MOHD ZULASYRAF AZLAN (MSN KEDAH)

4 R72 0.57.23 AHMAD FIRDAUS ABD KARIM (MSN KEDAH)

5 R60 0.57.52 MUHAMAD EMIR SYAFIQ ZAINAL ABIDIN (TEAM SELANGOR MTB)

6 R66 0.59.14 HARITH ISKANDAR JAMAL (GEREK GUNUNG)

7 R73 1.05.02 MUHAMAD AELE SHAFRI RUSLI (FRIM MTB)

8 R62 1.06.44 MOHD SYAMIL KAMARUL JAYA (TEAM MTB MALAYSIA)

9 R80 1.09.09 MUHAMAD KAHIRUL AZMI MAZLAN

10 R56 1.15.44 MOHD HAEKAL AZMAN


RESULTS VETERAN CATEGORY 25 KM (V)

1 V42 0.58.28 PATRICK POTIVIN (UK)

2 V43 1.01.59 DAVID SPENCE (CANADA)

3 V34 1.05.18 CHAMPRUN TAMPASUTI (SAM ENERGY CYCLE THAILAND)

4 V37 1.06.03 AHMAD SAFAWI

5 V24 1.09.39 AHMAD JAAFAR NURI (HTR TEAM IPOH)

6 V31 1.10.50 FARIZUL ZULKIFLI

7 V33 1.11.33 KENNY KWAN

8 V35 1.23.44 ABDUL HAKEEM HOSSEN (REPUBLIC OF MELAWATI)

9 V22 1.24.25 HUSNI MOHD MUSTAFA (MMZ)

10 V16 1.25.50 MUHAMAD FAUZI ISMAIL


RESULTS WOMAN CATEGORY 25 KM (W)

1 W21 1.01.29 MASZITAYON BT MOHD RADZI (KELAB GK2)

2 W19 1.01.50 LAURA AVILA ADRIAN (PERSATUAN BASIKAL SABAH)

3 W20 1.05.10 NURSHUHAINI BT OTHMAN (KELAB GK2)

4 W17 1.12.23 NUR FATILAH BT SAIDEN (GREASE BIKE)

5 W23 1.24.25 LYDIA TAN

6 W33 1.29.37

7 W14 1.47.05 MAZLINA BT PENDEK (SINGURL TREK)

8 W13 1.52.13 SURIYATI BT AKSAH (SINGURL TREK)


Monday, April 19, 2010

Putrajaya-Limau Manis

Sabtu dan ahad lepas aku berkayuh basikal jalan sekitar Putrajaya. Sabtu buat kayuhan solo, agak berat kaki mengayuh disebabkan lama berehat. Kayuh dari rumah melalui Sg Merab, Taman Cabaran, PICC, Pinggiran Putra, Limau Manis, Sg. Merab dan Teras Jernang sejauh 50km. Bukit Taman Cabaran tak mampu kayuh, mungkin agak curam untuk basikal jalan walaupun sebelum ini boleh dengan basikal gunung atau memang kaki dah tak kuat. Di penghujung kayuhan cuba draf belakang lori. Jantung tak dapat bertahan lama. Kemudian ahad berkayuh ikut kumpulan MaPlay yang terdiri dari Pak Ibrahim, Dr K, Yazid, Zairi, Shakri, Wak Jali dan anaknya, Rahman dan kawannya, Bulat, Ibrahim Putrajaya, Zaharin dan Shahrul Hulk. Kayuhan bermula di Taman Warisan. Sepatutnya bermula 745 pagi tapi tertangguh hingga 815 pagi. Beginilah bila ingin berkayuh dalam kumpulan. Budaya Melayu memang susah untuk berubah. Pernah aku menunggu sehingga 1 jam untuk berkayuh dalam kumpulan basikal gunung. Aku memang dah agak kalau cakap 745, kul 8 pun belum tentu lagi. Aku datang awal jam 730 kemudian minum dan makan nasi lemak pengalas perut.
Jam 8:25 kami pun mula kayuh menghala ke Kg Limau Manis. Bila tiba di kawasan pendakian, nampaknya masing-masing ingin mendapat gelaran raja bukit. Aku belum panas lagi, terasa masih berat. Kekalkan rentak kayuhan pada degupan sekitar 140. Apabila menuruni bukit terus kekalkan kayuhan sehingga tiba di jalan rata menuju ke PICC. Dari PICC kami buat sedikit lawatan ke perkuburan presint 20 dan kembali semula ke PICC untuk menuju ke Istana. Hanya aku dan Pak Brahim terus mendaki istana dan Shangrila. Kelihatan pak brahim agak keletihan, katanya tadi tak sarapan. Memang akan terdapat perbezaan jika kita tidak sarapan pagi.
Aku dan Dr K (gambar ehsan Pak Brahim)Kayuhan pemanasan (gambar ehsan Pak Brahim)
Mengambil selekoh depan PICC.

Friday, April 16, 2010

PASAK

Pengukuhan akeedah melalui penghayatan Sains dalam al-Qur'an, begitulah tajuk ceramah yang diberikan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Arip, pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau berpendidikan asas dalam bidang Sains tetapi kemudiannya membuat PhD tentang pentafsiran ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan sains. Tesisnya beliau namakan PASAK

Banyak ayat al-Qur'an menceritakan tentang Sains seperti teori 'Big Bang', surah Besi (al-hadid), kejadian manusia dalam perut ibu, ilmu bintang, kisah-kisah semut, labah, lebah dsbnya. Al-Qur'an boleh menjadi sumber rujukan ahli sains. Keajaiban al-Qur'an boleh dibuktikan dengan aqal (sains). Bagaimanapun untuk kita memahaminya kita perlu kepada kemahiran Bahasa Arab. Rupa-rupanya Bahasa Arab adalah satu-satu bahasa di dunia yang tidak berubah mengikut zaman. Bahasa lain spt Sanskrit, bahasa kitab asal Taurat dan Injil sudah tidak dipakai lagi. Jika diperhatikan juga bahasa Melayu, ianya juga berubah. Aku mempunyai salinan lapuran polis pada tahun 1915 dalam tulisan jawi dan aku dapati sukar untuk memahaminya kerana kebanyakan perkataan sudah berubah dan tidak dipakai lagi zaman ini (tahun 2000). Itulah kelebihan al-Qur'an yang tidak berubah sejak 1431 tahun lalu dan Allah janjikan ia akan kekal hingga akhir zaman.

Era tahun 2000 ini muncul satu kitab yang ingin dibuat menyerupai al-Qur'an yang dinamakan al-Furqan al-hak yang ditulis oleh orientalis barat. Ia seolah-olah menyahut cabaran Allah supaya manusia mencipta surah seperti al-Qur'an. Bagaimanapun ia tidak mampu menandingi al-Qur'an contohnya dari segi bilangan surah dan jumlah ayat. Bahkan dari segi susunan tidak sehebat susunan al-Qur'an. Allah menyatakan bahawa manusia dan jin seluruh alam ini tidak akan mampu membuat surah dan ayat2 seperti al-Qur'an.

Monday, April 12, 2010

Bandar Teknologi Kajang

Semalam kayuh basikal gunung bersama Nasrul, Amir, Nadza, Haro, Arue, Hamid, Danny, Saipol, Jumat, Azli, Azmi, Noto, dll semuanya 17 orang di Bandar Teknologi. Maaf tak dapat ingat semua nama. Mereka ini semuanya tinggal sekitar Bangi dan Kajang. Lama dah tak kayuh di sini. Banyak laluan ditutup kerana kebanyakan laluan adalah milik tanah persendirian dan sebagian telah menjadi tapak pembinaan. Kayuhan agak perlahan kerana banyak berhenti dan halangan. Antara sebabnya ialah rantai putus, tayar bocor, tersilap jalan dan kepenatan serta ada kalangan pengayuh yang masih baru dalam sukan basikal gunung. Peminat sukan basikal terutama basikal gunung sudah semakin meningkat dan semakin digemari ramai penduduk sekitar Bangi dan Kajang.

Beginilah contoh laluan di Bandar Teknologi, kebanyakan lebar, tidak begitu teknikal dan sesuai untuk pengayuh baru, tetapi memerlukan sedikit stamina kerana jarak laluan yang agak panjang (20km). Gambar ehsan Arue.
Bergambar depan restoran Madinah di Taman Universiti.
Bergambar depan restoran Madinah di Taman Universiti.

Ceria dengan keringat membasahi badan sambil berehat makan roti canai, tosai di restoran Madinah, Taman Universiti setelah 15km berkayuh. Ada 5km lagi untuk tiba ke destinasi asal.

Monday, April 5, 2010

Formula One

Petang semalam aku berpeluang menyaksikan F1 di litar Sepang. Dapat tiket percuma (Kencana Bikeathon). Pergi bersama Omar dengan motosikal. Jalan agak sesak beberapa km sebelum litar. Motosikal taklah ada masaalah sangat boleh menyelit. Itu pun aku terlepas nak tengok persembahan udara MIG 29. Sesiapa yang berkereta kenalah bayar parkir RM50. Makanan dan minuman tak boleh bawa masuk. Air tebu 500ml dijual RM5. Begitu juga makanan spt nasi lauk ayam berharga RM20. Ini kali pertama tengok lumba F1, rupanya ramai juga peminat. Bunyi deruman enjin kereta F1 cukup menyakitkan telinga. Eluk bawa penutup telinga. Aku hanya sanggup duduk 1 jam dalam litar, tak tahan dengan bising dan panas. Lumba mula kul 4 ptg, pukul 5 aku dah balik.
Peminat F1 sudah bersedia untuk menonton kereta yang akan dimulakan beberapa minit saja lagi. Ramai orang putih juga yang datang.
Dengan lensa 55mm tak dapat amik gambar dekat. Pembesaran digital tidak memuaskan.
Sakit telinga mendengar deruan enjin F1.
Kelajuan kereta F1 sukar dirakam dengan lensa murah 70-300mm tanpa tripod. Nak kena pakai lensa anti getaran.

M. Schumacer:








Saturday, April 3, 2010

Denai Basikal Gunung Jitra

Sabtu 3 April - Sebelum balik ke Bangi, aku sempat berkayuh semula sebahagian RUN10 atas undangan Ari dan kumpulan Perlis Power
Menyambung semula rantai basikal Ari yang putus ketika mendaki. Dalam kebanyakan kes, kejadian putus rantai ni berlaku semasa pendakian. Sebabnya mungkin kebanyakan pengayuh terlupa menukar gear lebih awal. Bila gear ditukar ketika pendakian, biasanya rantai boleh tertuil lalu putus.
Berehat seketika di puncak Bukit Botak.

Dari arah selatan kelihatan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (kanan).
Dari arak utara sayup kelihatan pekan Dan Nok, Thailand (kurang jelas sebelah kanan).
Lagi gambar boleh di lihat di blog Perlis Power .

Jumaat 2 April, aku berpeluang berkayuh basikal gunung bersama kumpulan Jitra. Cuma masa agak pendek, kami berkayuh sebelah petang bermula jam 4 ptg.
Ron (kanan) rakan basikal gunung dari Perlis yang ku kenali semasa berkayuh ke Satun beberapa tahun lalu. Beliau mengajak mencuba denai di Jitra. Ron merupakan kaki kayuh. Beliau sering berkayuh ke Siam. Bulan disember nanti beliau bercadang untuk kayuh ke Chiang Mai selama 14 hari. Teringin juga aku nak ikut tapi cuti lama mungkin susah bagiku waktu ini.
Beberapa ketika selepas kayuh, hujan turun dengan agak lebat. Kami basah kuyup.
Pemandangan pun kurang jelas, cuaca gelap.
Denai yang diikuti ialah campuran atas jalan dan luar jalan. Tidak teknikal tapi melalui bukit-bukit yang agak mencabar.
Melalui jalan raya.
Ada denai luar jalan yang melalui bukit yang tak sempat kami lalui. Denai ini ialah denai jambori Kedah tempoh hari.