Sunday, April 25, 2010

Selangor MTB - Bukit Lagong

Hari ini, alhamdulillah aku berjaya menghabiskan perlumbaan MTB di Bukit Lagong anjuran Persatuan Lumba Basikal Selangor. Aku masuk kategori veteran (25km). Masa terpantas aku dapat buat ialah 1 jam 25 min. 25 min di belakang no. 1 veteran. Menarik juga laluan. Perlumabaan dimulakan dengan laluan jalan bertar sehinggalah sampai ke puncak Kuari (CP 1). Seterusnya menurni lembah kebun pokok hiasan (Nurseri), memasuki perkampungan orang asli, merempuh sungai dan mendaki bukit sehingga ke puncak (Cp 2) - tempat orang membakar tanah untuk dijadikan baja. Bukit ini agak curam dan hanya mampu menolak basikal sahaja. Semalam bukit ini digunakan untuk acara Downhill. Kemudian menurun bukit melalui nurseri dan tanah perkuburan Cina. Menuruni bukit ini tidaklah begitu merbahaya kerana jalan agak lebar. Bagaimanapun jika terjatuh tentunya cukup sakit kerana jalan dari konkrit dan batu kerikil yang licin. Selepas perkuburan Cina jalan agak rata melalui kampung dan mendaki semula (CP3) sebelum tiba di garisan penamat.
Peserta berasak-asak untuk berada di depan (gambar ehsan OMP)
Yang Berhurmat ahli palimen Subang melepaskan acara (gambar ehsan OMP).

Mula berkayuh (gambar ehsan OMP)
Alhamdulillah sudah hampir ke garisan penamat (gambar ehsan OMP).
Lega dapat minum Gatorade (gambar ehsan OMP). Lepas susah, ada senang begitulah lumrah hidup. Untuk senang kena bersusah terlebih dahulu. Tiada kesenangan (keseronokan) tanpa kesusahan.
Nampaknya aku terikut-ikut dengan rentak kayuhan perlahan kebanyakan orang sekeliling. Aku berada di belakang semasa permulaan kayuh. Degup jantung ku menunjukkan aku agak relak, denyut 140 sahaja.

Sabtu - Buat raptai, walaupun tak begitu menepati tapi agak hampir jugalah.
Raptai semalam tidak memasuki perkampungan orang asli, kerana laluan ini dijadikan untuk perlumbaan Downhill.

Perlumbaan berikutnya samada Xterra atau Hatyai jambore. Mana satu mahu ikut? Langkawi International MTB pada 6-8 Ogos dah daftar tadi bayar RM25. Sibuk sungguh nampaknya main basikal ni.

Berikut ialah sebahagian keputusan yang dipetik dari http://www.selangormtb.com/index.php?p=1_28_XC-Results

RESULTS OPEN CATEGORY 30 KM (A)

1 A3 1.01.40 SHAHRIN AMIR(DUE RODA EXTREME)

2 A031 1.03.15 AZIZUL AZLI SHARI(KT CYCLING KOMUNITY)

3 A040 1.04.49 SHAHROM ABDULLAH(MALAKOF-CANASIA)

4 A186 1.06.15 MUHAMAD ELMI JUMARI

5 A061 1.06.20 GOH YONG CHOON(SIN BOON SENG GIANT RACING TEAM)

6 A2 1.06.33 LEE YEW MENG

7 A030 1.07.45 AHMAD SHAKIR ISMAIL(KY CYCLING KOMUNITY)

8 A010 1.08.56 ZAMZI MOHAMAD(MCC MUAR)

9 A020 1.09.18 JOSEPH KOH(HOOLIGAA)

10 A149 1.11.00 MOHD SHAFARI ABD MALIK

RESULT REMAJA 25 KM (R)

1 R63 0.55.00 LAUREL LARIDSEN ADRIAN (PER. BASIKAL SABAH)

2 R59 0.57.21 MUHAMAD HAZMAN AZMAN (TEAM SELANGOR MTB)

3 R71 0.57.22 MOHD ZULASYRAF AZLAN (MSN KEDAH)

4 R72 0.57.23 AHMAD FIRDAUS ABD KARIM (MSN KEDAH)

5 R60 0.57.52 MUHAMAD EMIR SYAFIQ ZAINAL ABIDIN (TEAM SELANGOR MTB)

6 R66 0.59.14 HARITH ISKANDAR JAMAL (GEREK GUNUNG)

7 R73 1.05.02 MUHAMAD AELE SHAFRI RUSLI (FRIM MTB)

8 R62 1.06.44 MOHD SYAMIL KAMARUL JAYA (TEAM MTB MALAYSIA)

9 R80 1.09.09 MUHAMAD KAHIRUL AZMI MAZLAN

10 R56 1.15.44 MOHD HAEKAL AZMAN


RESULTS VETERAN CATEGORY 25 KM (V)

1 V42 0.58.28 PATRICK POTIVIN (UK)

2 V43 1.01.59 DAVID SPENCE (CANADA)

3 V34 1.05.18 CHAMPRUN TAMPASUTI (SAM ENERGY CYCLE THAILAND)

4 V37 1.06.03 AHMAD SAFAWI

5 V24 1.09.39 AHMAD JAAFAR NURI (HTR TEAM IPOH)

6 V31 1.10.50 FARIZUL ZULKIFLI

7 V33 1.11.33 KENNY KWAN

8 V35 1.23.44 ABDUL HAKEEM HOSSEN (REPUBLIC OF MELAWATI)

9 V22 1.24.25 HUSNI MOHD MUSTAFA (MMZ)

10 V16 1.25.50 MUHAMAD FAUZI ISMAIL


RESULTS WOMAN CATEGORY 25 KM (W)

1 W21 1.01.29 MASZITAYON BT MOHD RADZI (KELAB GK2)

2 W19 1.01.50 LAURA AVILA ADRIAN (PERSATUAN BASIKAL SABAH)

3 W20 1.05.10 NURSHUHAINI BT OTHMAN (KELAB GK2)

4 W17 1.12.23 NUR FATILAH BT SAIDEN (GREASE BIKE)

5 W23 1.24.25 LYDIA TAN

6 W33 1.29.37

7 W14 1.47.05 MAZLINA BT PENDEK (SINGURL TREK)

8 W13 1.52.13 SURIYATI BT AKSAH (SINGURL TREK)


6 comments:

Ridwan said...

Salam Dr. Pauzi, tahniah telah menyertai dan menamatkan perlombaan MTB Selangor Challenge 2010. Saya nampak Dr. gunakan basikal Trek Hardtail ya? Apakah ada perbezaan dari segi performance jika dibandingkan dengan Trek Fullsus utk race MTB? Tapi saya lihat kebanyakan atlit pro MTB, mereka menggunakan Hardtail.

Mat_Yo said...

Salam ziarah.Tahniah saudara kerana berjaya dalam perlumbaan mtb yang mencabar ni.bangga pun ada,sebab ada juga orang dari pasir puteh yang turut serta...:)

abuomar said...

Salam Ridwan,
Ya saya guna hardtail selepas melihat trek. Trek tidak begitu teknikal ia lebih menguji kekuatan kita semasa pendakian dan ketangkasan menggunakan gear yang sesuai semasa mendaki, rata dan menurun. Hardtail lebih ringan berbanding fulsus dan memberi kelebihan semasa mendaki.

maTTa said...

congrat dr pauzi!aritu x jumpa doc tp sempat jumpa omar je...anyway ada member jatuh time selekoh aritu dgn gg patah kat depan...mmg teruk sgt nampak.

abuomar said...

Salam Mat Yo,
Tujuan berlomba adalah untuk keseronokan kayuh beramai-ramai dalam suasana kejar mengejar. Ia mengukur tahap kecergasan kita. Bagi saya berada di kedudukan pertengahan sudah memada.

abuomar said...

Salam Matta,
Masa awal pelepasan sudah ada seorang jatuh. Heran jalan lurus pun boleh jatuh. Satu lagi jatuh semasa mengambil selekoh 90 darjah sebelum memasuki kebun nurseri. Bila ramai-ramai macam tu lah. Banyak tekanan, asakan dari belakang dan ingin mengejar ke depan. Seronok juga treknya, gabungan jalan tar, berbatu, berpasir, sungai, titi, berlumpur, licin, berlumut dsbnya.