Monday, May 10, 2010

Semuga Allah memberkati kamu berdua

Dari Anas r.a. "Sesungguhnya Nabi s.a.w mengucapkan selamat kepada Abdur Rahman bin Auf r.a. ketika ia mengabarkan bahawa ia telah menikah : Baarakal laahu lak -Semuga Allah memberi berkah kepadamu" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Makruh mengucapkan selamat kepada orang yang baru nikah dengan kalimat: Semoga berbahagia dan banyak anak.

(dipetik dari terjemahan kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi).

Alhamdulillah pada Jumaat 22 Jamadil Awal 1431 (7 Mei 2010) lebih kurang jam 9:30 malam, anak perempuan sulong aku (Sakinah) telah aku nikahkan dengan jejaka pilihannya (Fairuz) dari Kuala Kelawang. Kuala Kelawang merupakan antara destinasi utama basikal jalan. Setiap tahun sekurang-kurang sekali aku akan berkayuh ke sana. Pengantin berinai sebelum malam nikah.
Ketibaan rombongan pengantin lelaki untuk majlis pernikahan.
Jurunikah Bandar Baru Bangi, Tuan Syed Othman membacakan khutbah nikah.
Akad nikah (ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin)
Pengantin perempuan bersama suami serta ibu dan bapa mertua. Mulai saat ini terlepas satu tanggung aku sebagai wali.
Pengantin bersama ayah, abang, adik dan anak saudara. Pengantin bersama keluarga adik lelaki ku.
Pengantin bersama sebahagian keluarga sebelah perempuan. Alhamdulillah semua adik beradik ku dapat hadir walaupun mereka datang dari jauh, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia satu perhimpunan keluarga yang besar.
Rakan basikal gunung dan jalan juga turut hadir termasuk Ar. Zamani dan Pak Ibrahim.

Bersama sepupu (Datuk Prof Dr Nik Anuar - profesor sejarah) dan adik ipar.

Mebuka hadiah. Alhamdulillah hadiah ini sedikit sebanyak membantu urusan keluarga pengantin baru.
Mudah-mudahan 3 lagi anak dara ku akan bertemu jodoh bila tiba masanya nanti.

Alhamdulillah dengan majlis perkahwinan ini, kami dapat berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dan seterusnya memupuk silaturrahim.

4 comments:

NIZAM(REALX) said...

Salam Dr...
Tahniah dan semoga kedua mempelai diberkati oleh Allah swt hendaknya..amin
Saya mintak maaf banyak2lah Dr kerana tak dapat hadir pada majlis perkahwinan anak Dr tempoh hari kerana pada hari yg sama family saya pun ada majlis pernikahan utk adik lelaki saya kat rumah pengantin perempuan kat Keratong,Pahang...28 May ni adik bongsu saya pulak buat majlis pernikahan dia kat Taiping dan 5 Jun kat rumah orang tua saya kat Cheras...
Mintak tolong Dr sms alamat rumah Dr...utk jemputan..
Cuba lawati blog saya http://www.familyxtvt.blogspot.com/

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail said...

Salam,
Terima kasih. Tak apa dah bertindeh nak buat macam mana.

Azizan Zolkipli said...

selamat pengantin baru !!

abuomar said...

Terima kasih.