Friday, June 28, 2013

Kayuhan sekitar Pantai Klebang


 Rumah Melayu Melaka
 Rumah China
 Jalan kampong
 Belakang Klebang Beach resort
 Pantai buatan
 Restoran Kemboja
Kumpulan Bangau bersantai di persimpangan sungai
 Kayuhan kampong (kuning) kebanyakan menyusuri sungai-sungai sekitar
 Pantai Klebang sebelah masjid Kg Asam
Pemandangan dari hotel Holiday Inn. Kerja penambakan laut masih berjalan.

Saturday, June 22, 2013

PD TriEAThlon




Gambar dipetik dari FB Jom TRIATHLON 2013
Renang 500m x 3 = 30min, Kayuh 40km=90min dan joging 4km=30min. Ini latihan persediaan untuk triathlon pada 7 Julai nanti. Lama tak kayuh basikal jalan, terasa tegang juga urat saraf.  Terima kasih Tadonamo atas penganjuran ini. Berenang di laut memang menyegarkan, tetapi perlu kawan sebagai teman. Berenang seorang terasa gayat dan takut. Semuga banyak lagi penganjuran renang di laut. Laut tidak seperti di kolam, ianya tidak sama, arus dan ombak berubah2 mengikut masa. Tiada masaalah kesesakan seperti kolam. Kolam presint 6 sentiasa sesak kecuali sesi tengahari.

Sunday, June 16, 2013

Renangan Air Terbuka (Open water)

Mengikuti acara renangan air-terbuka di pantai Cahaya, Port Dickson yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Akuatik Putrajaya dan Berenang Itu Best (BIB). Cuaca pagi ini agak redup dan berangin serta sedikit berombak. Dismaping itu juga mendaftar untuk kursus renang kaedah Total Immersion (TI).