Thursday, March 29, 2007

Tamar




Tamar atau kurma adalah makanan ruji bagi orang Arab seperti nasi bagi orang Malaysia. Memiliki buah tamar atau beras dengan jumlah tertentu boleh dikenakan zakat. Tamar merupakan buah yang mempunyai diet yang baik dan seimbang. Diriwayatkan bahawa dapur rumah Nabi Muhammad saw pernah tidak berasap untuk tempoh beberapa bulan (maksud hadis Bukhari). Ini memberi maksud Nabi saw dan keluarganya pada waktu itu tidak memakan makanan yang dimasak. Antara makanan utama beliau sekeluarga ketika itu ialah tamar. Cuba teliti beberapa fakta tamar pada keratan akhbar Utusan hari ini.


Saya sendiri biasa mengambil tamar semasa berkayuh atau aktiviti riadah lain. Kami juga menamakan pasukan kami sebagai pasukan Tamar semasa perlumbaan basikal amatur anjuran GP Racespeda (http://fullspeed.to/gpracespeda) satu masa dulu. Tapi sayang GP Racespeda tak dapat bertahan lama, dan sekarang digantikan dengan Cyfora (http://cyfora1.tripod.com/). Setakat ini pasukan Tamar belum menyertai apa-apa perlumbaan kerana ketiadaan ahli.

Wednesday, March 28, 2007

Sifu Basikal





24-8-03: Mula serius berbasikal setelah belajar kayuh dengan Ng Joo Ngan. Nama Joo Ngan terkenal ramai yang tahu. Dan ketika itu saya mengandaikan hanya kedai Joo Ngan yang menjual basikal yang sesuai untuk bersukan. Kemudian ditambah pula promosi LtdL telah menarik minat ku untuk kekal bermain basikal.

Monday, March 26, 2007

Rompin-Pekan (kenangan)





3/6/04 - Jalan dari Rompin ke Pekan menyusur pantai Laut China Selatan. Sunyi....terdapat beberapa perkampungan orang asli. Hakisan pantai agak serius di Rompin.

Triathlon Desa Rhu Pengerang (kenangan)





18-9-05. Kali kedua ikut triathlon. Pantainya cantik dan airnya jernih. Arus laut membuatkan renangan banyak melencung.

Kayuhan antara negeri (Kenangan)





3-5 Julai 2004 - kayuh dari Bangi ke Melaka melalui Port Dickson bersama Ibrahim dan Rashin. Menginap di Shah Resort dan Tg. Bidara. Jarak perjalanan pergi-balik 300km. Terserempak dengan pengembara dari Jepun yang berkayuh dari Utara ke Singapura.

KLIA-Sepang-Bagan Lalang-Morib


Semalam kami (6 orang) berkayuh dari masjid KLIA ke Morib melaui Sepang dan Bagan Lalang. Kami balik ikut laluan sama. Jumlah jarak laluan ialah 130km dengan purata kelajuan 30km/jam. Kebanyakan laluan adalah rata kecuali sedikit berbukit di litar Sepang dan Sepang. Cuaca agak panas terutama masa pulang dan tiada pokok di tepi jalan untuk mengurangkan keperitan panas matahari. Penggunaan kacamata gelap dapat mengurangkan tekanan pada mata. Pengambilan tamar dan air setiap 15-30 minit dapat memulihkan tenaga dan mengurangkan kepenatan melampau.

Saturday, March 24, 2007

Friday, March 23, 2007

Kenangan Masa Silam


GP Respeda 2/2004 di PD (atas) dan 4 /2004 di MCKK, Kuala Kangsar (bawah)






Kenangan Masa Lalu


Bangi_Port Dickson 2004 bersama anak

Kenangan Lalu











Cabaran Genting 2003

Sedih kampungku penuh dengan sampah






Beginilah pemandangan di pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh. Sampah dari jenis plastik, kertas, lampin pakai buang bersepah-sepah di sekitar kawasan perkelahan. Sejak plastik beg (loghat kelantan kata supik) diperkenalkan lebih kurang 30 tahun lalu, barangan ini cukup menyakitkan mata memandang kerana ianya lambat mereput. Pantai Bisikan Bayu cukup cantik dan jernih airnya.
Dari situ kita boleh nampak Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Saya pernah berbasikal ke pantai ini dari rumah semasa saya masih di sekolah menengah sekitar tahun 70an, yang peliknya pada hari raya. Orang lain semua sibuk makan ketupat dan melawat sanak saudara tapi kami berpenat lelah berkayuh ke pantai sejauh 20km dengan basikal besi yang berat.
Tong sampah disediakan tetapi tidak digunakan. Mereka fikirkan ada orang yang akan mengutip sampah yang mereka buang.

Citarasa Baru




Semasa saya pulang ke kampung di Pasir Puteh awal minggu ini, saya dapati ramai kalangan veteran meminati basikal terpakai yang di impot dari Jepun. Sekurang-kurang saya lihat 2 kedai basikal di pekan kecil Pasir Puteh menjual basikal jenis ini. Harganya sekitar RM170-RM200. Kumpulan veteran ini biasanya berkayuh sebelah malam selepas solat isyak. Basikal siap dipasang lampu depan dan belakang serta penunggangnya memakai baju pemantul cahaya.

Saturday, March 17, 2007

Laluan Bangi-Broga-Lenggeng-Rinching



Laluan ini antara laluan kegemaran Abang Abdul Razak Jaafar, orang lama basikal jalan sezaman dengan Ng Joo Ngan. Saya banyak belajar darinya tentang cara kayuhan basikal jalan, cara cucuk angin dan sebagainya. Dia suka buat kayuhan jauh melebehi 100km dan pernah beberapa kali membuat kayuhan antara negeri. Tapi saya rasa dia kurang gemar bukit.

Kebanyakannya laluan ini ialah jalan kampung yang teduh dan Bukit Lenggeng ialah antara laluan LtdL 2007 iaitu Putrajaya-Kelawang-Seremban. Bukit Lenggeng agak tinggi tapi pendakiannya agak lembut dan selesa sambil dibelai angin sepoi-sepoi bahasa.




Saturday, March 10, 2007

Laluan Kegemaran Dr K








Salah satu laluan basikal jalan kegemaran Dr K ialah Putrajaya. Biasanya setiap sabtu kami berkumpul di Taman Warisan dan memulakan kayuhan jam 0800. Laluan ini mempunyai jarak pergi balik lebih kurang 50km. Kami akan berkayuh dari Taman Warisan sehingga ke Tol Putrajaya Link E6 dan kemudian patah balik ikut laluan berbeza. Kadang-kadang jauh kadang-kadang dekat bergantung pada stamina semasa. Profail laluan di Putrajaya boleh kita katakan jenis turun-naik dan agak memenatkan. GP respeda pernah mengadakan perlumbaan untuk amatur di putrajaya satu ketika dulu begitu juga Pesta sikal anjuran perbadanan Putrajaya mengadakannya setiap tahun dinamakan Cabaran Malam Terbuka.

Thursday, March 8, 2007

Sg Pusu (UIA)





Jejak ini tak jauh dari UIA. Tapi sudah banyak pembinaan. Banyak tanah milik orang perseorangan telah dibangunkan. Pemandangan sekitar empangan masih menarik, berkabus.

Empangan Batu, Ulu Yam




Denai ini menarik juga tapi banyak pacat. Ramai kaki pancing di sini. Kena sapu penghalau serangga. Pacat mungkin naik juga tapi ia tak berselera menghisap darah kita. Satu lagi tip orang-orang kampung ialah guna tembakau atau halia. Letakkan dalam poket seluar atau dalam seluar dalam. Tujuannya supaya pacat atau lintah tak masuk pada liang-liang sulit.

Berbasikal di Shanghai


Di Shanghai, basikal merupakan kenderaan utama. Ini gambar tahun 90an. Masa tu kalau nak pergi China kena lapur ke Bukit Aman. Bos pun kayuh basikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Mungkin sekarang dah banyak kereta.

Wednesday, March 7, 2007

Basikal Jalan - Hulu Langat









Tempat ini cukup popular bagi warga sekitar KL. Jalan tak sibuk dan kalau berkayuh awal pagi kabus akan kelihatan dan menyejuk mata memandang. Pendakian Peres melibatkan jarak lebih kurang 12km. Saya pernah jatuh dan hampir tergolek ke dalam longkang di laluan ke Peres sekitar tahun 2003 iaitu ketika baru mula kenal basikal jalan dan kayuh mengguna kasut yang melekat di pengayuh (pedal). Masa tu baru 3 bulan pakai pedal jenis ini. Saya merana sebulan sakit belakang. Orang Kelantan kata 'nyetak urat'. Sakit nyetak urat ni hanya sakit bila ingin ubah kedudukan, dari berdiri ke duduk dan dari duduk ke baring dan sebaliknya. Bagaimanapun saya masih boleh memandu motosikal (Honda Hurricane) dari Bangi ke Kelantan untuk pulang berubat. Di Pasir Puteh jumpa bomoh patah (Ustaz Lah anak Mak Su Tijah) di Padang Pak Amat. Selepas ditekan urut di bahagian paha dan belakang, terasa sungguh kelegaannya.




Jejak Basikal Gunung di FRIM





Ini ialah profail dan peta laluan di sekitar FRIM bermula dari Hospital Kusta, Sg Buluh memasuki hutan FRIM, berehat minum pagi di Kantin FRIM dan kemudian balik ke hospital.