Sunday, November 30, 2008

Kayuhan Zulhijjah

Sabtu 1 Zulhijjah - Kayuh bersama Zamani dan Abdul Razak: Bangi>Jenderam>Salak Tinggi>LBJ>Sepang>Sg. Pelek>Bagan Lalang>Banghuris>Sg. Pelek>Sepang>Salak Tinggi>Jenderam>Teras Jerang>Bangi = 123km = 280min = 26.5km/jam. Kenduri Hj Hilmi.

Ahad 2 Zulhijjah - Jalan sekitar Sg Langat = 60min. Renang UKM=30min. Kayuh basikal gunung sekitar Sg Langat =50min. Kenduri Zulkifli

Isnin 3 Zulhijjah - Jalan sekitar Sg Langat 45min. Renang 1000m=25min + rampaian (60 min)

Selasa 4 Zulhijjah - Kayuh sekitar Sg Langat 45min.

Rabu 5 Zulhijjah - Renang 100m+1000m+ rampaian= 40min.

Khamis 6 Zulhijjah - berpeluang ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Menginap di Promenade hotel apartment, Blok 2, Api-Api dengan bayaran RM103 semalam. Ada dapur boleh masak sendiri. Jika ingin makan makanan laut masak sendiri bolehlah mencari apartment seperti ini. Tiada senaman hari ini, kecuali berjalan sekitar KK sambil mencari kedai makan. Jumpa restoran Puteri di blok 4, makan roti sardin + neslo sambil melayari internet menggunakan PDA melalui WiFi percuma. Di hotel2 besar WiFi dikenakan bayaran tapi di restoran kecil WiFi adalah percuma. Lepas makan gunting rambut dengan bayaran cuma RM6 iaitu bayaran termurah menggunakan khidmat tukang gunting pelatih.

Jumaat 7 Zulhijjah - Kota Kinabalu: Selepas sarapan jam 0630 joging sekitar Api-api selama 30 min. Api-api sebenarnya nama tempat, dulu aku agak keliru bila orang sebut Api-api, ingatkan rumah api tetapi sebenarnya nama tempat. Lepas kerja berpeluang ke Pasar Basah di KK. Khabarnya udang murah dan segar boleh dibeli di pasar kemudian dapatkan khidmat pembungkusan. Inilah kali pertama dalam hidup ku berpeluang membeli udang harimau besar dengan harga RM70/kg. Sekadar ingin merasa dan atas permintaan anak2 aku belilah satu kg (=6 ekor). Ketam pun murah dan segar, kira-kira setengah harga di Semenanjung.

Sabtu 8 Zulhijjah - Kangar: Bawa balik 1 van dan 1 motor. Bergilir bawa motor ngan Omar. Lalu ikut Kuala Selangor dan keluar ke Lebuh Raya Utara-Selatan di Cangkat Jering. Dapatlah jimatkan tol dan mengelakkan kesesakan di lebuhraya.

Ahad 9 Zulhijjah - Kangar: Lepas subuh jalan2 (40 min) sekitar Kg Salang. Lepas asar renang (30min) dalam hujan renyai (permulaan yang sejuk) di Pusat Sukan Kangar. Isnin 10 Zulhijjah - Kangar: Lepas subuh joging (40 min) sekitar Kg Salang. Kemudian pi solat sunat aidiladha di masjid permaisuri Raja Perlis, Kangar. Entah macam mana kunci terjatuh dari kilasan kain samping baju melayu. Masa solat dan khutbah tak begitu khusyuk memikirkan kat mana terjatuhnya kunci. Kalau tak jumpa alamak kena tolaklah motor simpan rumah tok wan, jauh juga tu 2km. Bagaimanapun alhamdulillah lepas khutbah jumpa balik kunci kat atas rak pintu masuk. Terima kasih kepada hamba Allah yang meletakkannya memudahkan kami jumpa, semuga Allah balas budi baiknya.

Lepas zohor bertolak ke P Puteh ngan motor. Ini kali pertama aku menunggang motor melalui lebuhraya Timur-Barat. Isteri dan anak2 balik ke Bangi dengan van lepas isyak. Sakinah tak dapat cuti panjang dan Omar kena daftar subjek UM.

Berikut gambar yang aku rakamkan sekitar rumah tok wan pada pagi raya.

Buah Tin pun boleh hidup dan berbuah di Perlis
Cukup mencabar menunggang motor kali ini. Tersasar perjalanan hingga ke Sik dan berhampiran sempadan Siam. Sebaik memasuki lebuh raya timur-barat hujan bermula walaupun di Alur Setar sudah terkena hujan tapi di sini keadaan berlainan. Sebaik mendaki ke puncak, hujan dan kabus yang sejuk menyucuk hingga ke tulang. Keadaan ini berterusan hinggalah tiba di Jeli untuk berihat minum milo panas di stesen Petronas. Lebih menyiksa perut lapar dan kedai makan kebanyakannya tutup. Ada ketika badan menggigil memaksa aku berhenti seketika. Perjalanan perlu diteruskan juga kerana lagi lama aku berhenti lagi bertambah kesejukan kerana semua pakaian basah kuyup. Baju hujan yang dipakai tidak mampu menghalang kemasukan air melalui leher dan kasut.Puncak tertinggi di lebuh raya Timur-Barat ialah pada ketinggian 1053m dari aras laut.

Selasa 11 Zulhijjah - P. Puteh: Sebelum maghrib jalan2 (15 min) sekitar PP.
Pantai Bisikan Bayu (Dalam Rhu) yang cantik tapi penuh dengan sampah sarap yang dibuang oleh para pengunjung telah memburukkan pemandangan. Satar dan keropok gotel (Terengganu panggil keropok lekor) merupakan makanan ringan yang popular di sini, harga pun murah. Pemandangan kawasan becah dari Bukit Peraksi.

Rabu 12 Zulhijjah - P. Puteh: Sempat solat subuh berjamaah di masjid Saring. Imam tua (Raja Husin >80th) masih mampu ke masjid. Pak Nik Mud, Nor Lah (solat duduk-berdiri hanya ketika takbiratul ihram), Mak Su Nab, dll antara orang tua yang masih setia ke masjid. Lepas subuh joging (30 min) dari Cabang 3 Saring hingga ke Lubuk Dalam. Lubuk Dalam, Kg. Cengal Batu merupakan lubuk tempat mandi, berenang, menyelam (mengambil tanah liat untuk buat mainan), terjun dan main kejar-kejar masa kecil. Di sinilah aku belajar renang secara tidak formal - meniru kawan2. Sekarang ianya telah menjadi cetek dan tidak lagi dikunjungi.

Petang menunggang motor ke KB mall, nak cari barang motor. Dapatlah beli beg tangki senang sikit nak isi barang. Sekali lagi aku cuai, teringgal kunci motor kat motor sepanjang berada di KB mall. Bila nak pulang seluk saku cari kunci, gelabah sekejap - dah tua rupanya aku, dah banyak sel otak yang mati. Beli bahulu kat Bukit Jawa iaitu produk terkenal Bukit Jawa.

Khamis 13 Zulhijjah - P. Puteh: Lepas subuh joging (30 min) dari Cabang 3 Saring hingga ke Lubuk Dalam. Selepas hujan agak reda mula menunggang motor untuk pulang ke Bangi. Agak terseksa juga menunggang motor hari ini kerana kepala sedikit berdenyut. Mungkin kekurangan minum air atau terlebih makan daging kurban. Alhamdulillah tiba di Bangi sekitar 6:30 ptg, selepas minum teh herba Cina (campuran daun dan bunga2) dan mandi air suam denyutan di kepala mula hilang. Teh herba ni memang berkesan untuk merawat sakit kepala.

Jumaat 14 Zulhijjah - Lepas sarapan, kayuh (30 min) basikal gunung sekitar rumah dan berenang (1000m++ =30min) di Presint 6.

Sabtu 15 Zulhijjah - Kayuh basikal gunung (60 min) bersama Omar sekitar rumah - menyusuri Sg Langat dan menamatkan kayuhan di 2 bukit berhampiran (Mutiara Bangi).

Tengahari pi kenduri kahwin YB Dr Che Rosli, ahli Parlimen Hulu Langat, di Dewan Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya. Dapatlah bersalam dengan beliau setelah sekian lama tak jumpa. Beliau adalah ahli qariah surau Damai dan jarang jumpa sejak beliau menjadi wakil rakyat.
Ahad 16 Zulhijjah - Kayuh solo ke Hulu Langat: Bangi-Sg Ramal-Bkt Dokong-Bt9-Bt14-Bkt Ampang-Bt14-Bkt Tekali-Sg Tekala-Semenyih-Bdr Teknologi Kajang-West Country-Bangi=84km=4jam. Singgah minum dan makan tauhu goreng di Semenyih. 2 bukit didaki, lama tak kayuh ke bukit, sakit urat pinggang. Kalau begini keadaannya minggu depan tak mampu nak kayuh ke puncak genting.
Pemandangan KL dari puncak bukit Ampang.
Profail dari Bt14 ke Bangi. Bukit Tekali ialah tempat tertinggi yang dilalui.

Isnin 17 Zulhijjah - Joging (40 min) tepi Sg Langat. Kayuh MTB (120 min) belakang UKM dan MINT TechPark. Malam berenang (40 min) di Presint 6.
Selasa 18 Zulhijjah - Kayuh pergi-balik ofis (45min).
Burung-burung bangau bersantai di tepi kolam oksidasi UKM. Sekarang burung jenis ini cukup banyak. Bukan sahaja di Bangi ini, tapi semasa balik kampung di Perlis dan Kelantan pun ada. Mungkin sekarang musim migrasi ke Malaysia. Seronoknya jadi burung boleh terbang merentasi dunia tanpa perlu kenderaan.

Rabu 19 Zulhijjah - Kayuh (40min) Bangi-Sg Chua-Bangi

Khamis 20 Zulhijjah - Kayuh pergi-balik ofis (45min)

Jumaat 21 Zulhijjah - Kayuh pergi-balik ofis (45min). Joging (30min). Renang (30min).

Sabtu 22 Zulhijjah - Riadah bersama keluarga. Joging (60 min) dan Renang (60min) di Presint 6. Kayuh MTB (60min) bersama isteri sekitar Sg Langat. Makan malam bersama keluarga 'Lamb chop'. 15 keping kambing dibeli di Giant dengan harga RM30. Tapi sekeping kambing makan di restoran RM9. Betapa banyaknya penjimatan jika makan masak sendiri.

Ahad 23 Zulhijjah - Kayuh segar dan bersih bersama Omar ke Hulu Langat: Tekala-Empangan-Bt 14-Bt 18-Peras-Empangan-Tekala= 65.65km=3 jam 15 min.
Papan tanda ini seolah-olah tidak dihirau kaki pancing. Plastik bekas makanan tetap dibuang merata tempat. Selain mereka tidak menyedari amaran kawasan larangan, mereka tidak prihatin terhadap tempat tadahan air untuk minuman.

Isnin 24 Zulhijjah - Kayuh ke UKM (20min)

Selasa 25 Zulhijjah - Kayuh ke pejabat (25 min)

Rabu 26 Zulhijjah - Rehat

Khamis 27 Zulhijjah - Joging kat section 15 (25min) : kenduri anak saudara bertunang (rancang kawin 1 muharram 1431). Renang di Presint 6 (40 min), cukup ramai orang di kolam petang ni.

Jumaat 28 Zulhijjah - Joging Bangi Perdana (35 min). Kenduri doa selamat rumah adik Na

Sabtu 29 Zulhijjah - Jalan2 tepi Sg Langat (30min). Sakit gigi, tak ada semangat nak bersenam. Kenduri kawin anak Hj Zakaria, anak Dr Abu Bakar Ghazali dan anak Hj Hashim.

Ahad 30 Zulhijjah - Kayuh (88min) ke Putrajaya dan berenang (40min) kat Presint 6. Kenduri kawin anak Dr Jamaliah dan naik rumah baru En. Hisham.

Sunday, November 2, 2008

Kayuhan Zulkaedah

Khamis 1 Z'kaedah - Renang 30 min (100+200+250+pelbagai+kupu2). Kali ini cuba lebih banyak gaya kupu-kupu bagi menguatkan teras.

Jumaat 2 Z'kaedah - rehat. Cukup penat hari ini, selepas satu hari audit kat AIROD. Mencari kesilapan orang bukan senang.

Sabtu 3 Z'kaedah - Renang 45 min (seperti di atas). Joging 20min. Petang terasa sedikit sakit kepala mungkin cuaca yang agak panas, bagaimanapun alhamdulillah sembuh setelah minum teh herba cina.

Ahad 4 Z'Kaedah - Kayuh bersama Amin (20 th), Ashraf (15 th) dan Rashin (30+). Bangi-Bangi Lama-Semenyih-Tekala-Genting Peras-BT 18- Bt 14- Bt 10-Kajang-Bangi (112km=266min=25.1km/j). Kayuhan 'endurance' + 'sprint'. Makanan: Garman energy bar, kurma 10 biji, air madu 0.5l, teh herba cina 0.5l dan 100+ 0.5l. Cuaca hari ini cukup baik, redup. Di Genting Peras, kabus pagi cukup menyamankan. Ramai juga yang berkayuh di Ulu Semenyih. Di Puncak Peras, kami bertemu Zack Graphic, Cik gu Syam dan kumpulan Kajang.

Isnin 5 Z'kaedah - joging 35 min.

Selasa 6 Z'kaedah - renang 40 min (rampaian).

Rabu 7 Z'kaedah - Petang ini aku berpeluang meneliti tiang jejambat MRR2 berhampiran stesen KTM Kepong yang telah dibaiki yang kemudiannya rosak semula. Mereka memilih Carbon Fibre Reinforced Plastic (CFRP) bagi membaiki retakan. CFRP ini bukan bertujuan untuk struktur, tetapi untuk tujuan menutup retakan agar telap air dan menghalang kakisan pada tetulang. Kenapa tidak guna keluli sahaja yang lebih murah dan mudah diselenggarakan?. Memang aku pernah hadir pembentangan kertas utama berkenaan CFRP yang digunakan untuk membuat jambatan semasa persidangan Structural Fault and Repair (SFR) di London pada 2003. Aku merupakan satu-satu rakyat Malaysia yang menghadiri dan membentangkan kertas kerja pada masa itu. Masa itu CFRP masih menjadi bahan ujikaji. Kelebihan CFRP ini tentunya kerana ia ringan.
Khamis 8 Z'kaedah - Joging 20 min sekitar rumah.

Jumaat 9 Z'kaedah - Malam renang kat Presint 6 selama 35 min. 250m kuak dada kemudian diikuti gaya bebas 1000m.

Sabtu 10 Z'kaedah - Gatih: Bangi-Kajang Hill-Bdr Teknologi Kajang-Semenyih-Empangan-Genting Peras-Bt 18-Bt 14-Bt10-Simpang Balak-Sg. Ramal-Bangi. Kayuh bersama Rashin. Bertemu Rashin di Semenyih kemudian berpisah di Simpang Balak. Jarak: 108km, Masa 4 jam 34min dan halaju 23.7km/jam.

Ahad 11 Zulkaedah - Nampaknya seminngu akan datang aku tak dapat kayuh kerana ada tugas luar kawasan. Tengahari bertolak ke Bintulu. Menginap di hotel Regency tak jauh dari lapangan terbang Bintulu Lama. Petang berjalan-jalan sekitar Bintulu. Isnin 12 Zulkaedah - Pagi sebelum dan petang selepas kerja berjalan sekitar Bintulu. Warga Bintulu agak suka bersenam. Ramai yang joging sekitar Promenade Water Front dan lapangan terbang lama. Selasa 13 Zulkaedah - Petang berjalan ke Taman Timbuna. Kira-kira 12 km berjalan petang ini.
Rabu 14 Zulkaedah - Petang berenang (25 min) Kolam Awam, Bintulu dalam hujan renyai. Berjalan 25 min ke kolam dan berlari balik 15 min. Umumnya ada beberapa tempat menarik untuk dilawati sekitar Bintulu. Menghala ke Kuching, kira-kira 30 min berkereta ada trek hutan sekitar pantai 'Golden sand'. Menghala ke Miri ada Gua Niah. Tidak jauh dari Bintulu juga terdapat empangan Bakun yang mengandungi 8 terowong air yang bila siap nanti tasiknya akan sebesar 3 pulau Singapura. Jika ada rezeki insyaAllah aku akan datang lagi ke Bintulu untuk bercuti.

Khamis 15 Zulkaedah - Tengahari bertolak ke Kota Kinabalu. Menaiki pesawat MAS Wing (pesawat pakai kipas - terbang rendah). Cadang ingin menginap di Hotel Tabung Haji tapi dah penuh, mencuba di Dynasty pun penuh, kemudian ke Sutera tersangat mahal yang murah dah penuh. Akhirnya ke Promenade murahlah sedikit. Tempah untuk 3 malam. Silap tak tempah lebih awal, baru teringat rupanya sekarang musim cuti sekolah - hotel penuh.

Jumaat 16 Zulkaedah - Lepas kerja jalan-jalan (90 min) ke bandar KK dan jeti untuk bertanya tentang perjalanan ke pulau-pulau berhampiran. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi ialah pulau perkelahan (Taman Tuanku Abdul Rahman). Pulau Gaya seolah-olah sudah menjadi milik pendatang haram Filipina. Tambang bot ke pulau-pulau peranginan tak mahal iaitu RM17++ seorang tetapi untuk menginap di sana pakejnya agak mahal- kalau pergi seorang memang tak berbaloi. Aku bercadang besuk untuk ke sana tanpa bermalam.

Sabtu 17 Zulkaedah - Lepas sarapan roti telur kedai mamak (Islamic restaurant) di bandar KK aku terus ke jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Tambang bot RM25+ cukai RM6+ tiket masuk taman RM3. Mula berjalan ikut jejak yang dibuat sepanjang pulau kecil ini kira-kira 2km sahaja. Bunyi cengkerik seolah-olah menjadi muzik semulajadi Manukan. Setelah jemu berjalan aku mandi laut pula sambil melihat ikan di celah-celah pokok rumpai laut. Jarak antara pulau Manukan dan Mamutik tak jauh mungkin sekitar 1.5km sahaja. Kalau nak berenang antara pulau-pulau pun boleh, tapi mungkin dilarang berbuat demikian kerana antaranya banyak bot penumpang berulang alik. Ahad 18 Zulkaedah - Sebelum pulang aku berjalan-jalan ke Menara Jam, kemudian masuk pasar Tamu beli kulit siput besar, pokok orkid Kinabalu dan belimbing. Manis sungguh belimbing Sabah ni, hanya RM2.50/kg. Banyak barangan menarik di Pasar Tamu ni, berbagai jenis ikan mainan, arnab, kura-kura, anjing dan kucing peliharaan. Kebiasaan orang bila datang ke KK akan membeli udang, aku pun beli juga sebagai buah tangan untuk anak isteri. Jam 1130 aku sudah keluar hotel untuk ke Lapangan Terbang walaupun waktu berlepas jam 1530. Nak guna sepenuhnya kemudahan 'Business Lounge' - makan, solat dan internet. Dulu aku pernah berjalan dari KK ke lapangan terbang (pergi-balik) tapi kali ini tak boleh sebab beg dan komputer yang dibawa tak mampu dipikul.

Isnin 19 Zulkaedah - rehat

Selasa 20 Zulkaedah - kayuh basikal gunung 60 minit sekitar Sg. Merab.

Rabu 21 Zulkaedah - kayuh ke pejabat pergi-balik (45min).

Khamis 22 Zulkaedah - berenang di Presint 6 (60 min).

Jumaat 23 Zulkaedah - joging ke stadium Bangi (60min).

Sabtu 24 Zulkaedah - kayuh mengiringi pengayuh-pengayuh dari Bangi ke Pengkalan Balak. Rashin, Saiful Gaweng, Berahim dan Faizal Matta buat kayuhan antara negeri. Aku dan abang Razak mengiringi bagi memeriahkan kayuhan mereka. Kami iring sehingga Bukit Pelanduk kemudian berpisah (100km=235min).

Ahad 25 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar rumah 60min.

Isnin 26 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar Selesa resort 60min.

Selesa 27 Zulkaedah - joging sekitar Selesa resort 30 min

Rabu 28 Zulkaedah - renang 2x500m di Presint 6. Kali pertama berenang waktu rehat tengahari selama 30min, ikut gaya orang Australia. Semasa aku menjalani latihan di Australia pada 1981/82 dahulu aku perhatikan orang putih ni suka bersenam waktu tengahari, ada yang berenang di kolam, main kriket di padang pejabat mereka. Mereka makan tengahari secara ringkas saja, makan sandwich atau buah epal/limau dan air.

Khamis 29 Zulkaedah - rehat

Jumaat 30 Zulkaedah - kayuh pergi-balik ofis 45min.