
Jumaat 2 Z'kaedah - rehat. Cukup penat hari ini, selepas satu hari audit kat AIROD. Mencari kesilapan orang bukan senang.
Sabtu 3 Z'kaedah - Renang 45 min (seperti di atas). Joging 20min. Petang terasa sedikit sakit kepala mungkin cuaca yang agak panas, bagaimanapun alhamdulillah sembuh setelah minum teh herba cina.
Ahad 4 Z'Kaedah - Kayuh bersama Amin (20 th), Ashraf (15 th) dan Rashin (30+). Bangi-Bangi Lama-Semenyih-Tekala-Genting Peras-BT 18- Bt 14- Bt 10-Kajang-Bangi (112km=266min=25.1km/j). Kayuhan 'endurance' + 'sprint'. Makanan: Garman energy bar, kurma 10 biji, air madu 0.5l, teh herba cina 0.5l dan 100+ 0.5l. Cuaca hari ini cukup baik, redup. Di Genting Peras, kabus pagi cukup menyamankan. Ramai juga yang berkayuh di Ulu Semenyih. Di Puncak Peras, kami bertemu Zack Graphic, Cik gu Syam dan kumpulan Kajang.
Isnin 5 Z'kaedah - joging 35 min.
Selasa 6 Z'kaedah - renang 40 min (rampaian).
Rabu 7 Z'kaedah - Petang ini aku berpeluang meneliti tiang jejambat MRR2 berhampiran stesen KTM Kepong yang telah dibaiki yang kemudiannya rosak semula. Mereka memilih Carbon Fibre Reinforced Plastic (CFRP) bagi membaiki retakan. CFRP ini bukan bertujuan untuk struktur, tetapi untuk tujuan menutup retakan agar telap air dan menghalang kakisan pada tetulang. Kenapa tidak guna keluli sahaja yang lebih murah dan mudah diselenggarakan?. Memang aku pernah hadir pembentangan kertas utama berkenaan CFRP yang digunakan untuk membuat jambatan semasa persidangan Structural Fault and Repair (SFR) di London pada 2003. Aku merupakan satu-satu rakyat Malaysia yang menghadiri dan membentangkan kertas kerja pada masa itu. Masa itu CFRP masih menjadi bahan ujikaji. Kelebihan CFRP ini tentunya kerana ia ringan.
Jumaat 9 Z'kaedah - Malam renang kat Presint 6 selama 35 min. 250m kuak dada kemudian diikuti gaya bebas 1000m.
Sabtu 10 Z'kaedah - Gatih: Bangi-Kajang Hill-Bdr Teknologi Kajang-Semenyih-Empangan-Genting Peras-Bt 18-Bt 14-Bt10-Simpang Balak-Sg. Ramal-Bangi. Kayuh bersama Rashin. Bertemu Rashin di Semenyih kemudian berpisah di Simpang Balak. Jarak: 108km, Masa 4 jam 34min dan halaju 23.7km/jam.


Khamis 15 Zulkaedah - Tengahari bertolak ke Kota Kinabalu. Menaiki pesawat MAS Wing (pesawat pakai kipas - terbang rendah). Cadang ingin menginap di Hotel Tabung Haji tapi dah penuh, mencuba di Dynasty pun penuh, kemudian ke Sutera tersangat mahal yang murah dah penuh. Akhirnya ke Promenade murahlah sedikit. Tempah untuk 3 malam. Silap tak tempah lebih awal, baru teringat rupanya sekarang musim cuti sekolah - hotel penuh.
Jumaat 16 Zulkaedah - Lepas kerja jalan-jalan (90 min) ke bandar KK dan jeti untuk bertanya tentang perjalanan ke pulau-pulau berhampiran. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi ialah pulau perkelahan (Taman Tuanku Abdul Rahman). Pulau Gaya seolah-olah sudah menjadi milik pendatang haram Filipina. Tambang bot ke pulau-pulau peranginan tak mahal iaitu RM17++ seorang tetapi untuk menginap di sana pakejnya agak mahal- kalau pergi seorang memang tak berbaloi. Aku bercadang besuk untuk ke sana tanpa bermalam.
Sabtu 17 Zulkaedah - Lepas sarapan roti telur kedai mamak (Islamic restaurant) di bandar KK aku terus ke jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Tambang bot RM25+ cukai RM6+ tiket masuk taman RM3. Mula berjalan ikut jejak yang dibuat sepanjang pulau kecil ini kira-kira 2km sahaja. Bunyi cengkerik seolah-olah menjadi muzik semulajadi Manukan. Setelah jemu berjalan aku mandi laut pula sambil melihat ikan di celah-celah pokok rumpai laut. Jarak antara pulau Manukan dan Mamutik tak jauh mungkin sekitar 1.5km sahaja. Kalau nak berenang antara pulau-pulau pun boleh, tapi mungkin dilarang berbuat demikian kerana antaranya banyak bot penumpang berulang alik.


Isnin 19 Zulkaedah - rehat
Selasa 20 Zulkaedah - kayuh basikal gunung 60 minit sekitar Sg. Merab.
Rabu 21 Zulkaedah - kayuh ke pejabat pergi-balik (45min).
Khamis 22 Zulkaedah - berenang di Presint 6 (60 min).

Ahad 25 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar rumah 60min.
Isnin 26 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar Selesa resort 60min.
Selesa 27 Zulkaedah - joging sekitar Selesa resort 30 min
Rabu 28 Zulkaedah - renang 2x500m di Presint 6. Kali pertama berenang waktu rehat tengahari selama 30min, ikut gaya orang Australia. Semasa aku menjalani latihan di Australia pada 1981/82 dahulu aku perhatikan orang putih ni suka bersenam waktu tengahari, ada yang berenang di kolam, main kriket di padang pejabat mereka. Mereka makan tengahari secara ringkas saja, makan sandwich atau buah epal/limau dan air.
Khamis 29 Zulkaedah - rehat
Jumaat 30 Zulkaedah - kayuh pergi-balik ofis 45min.
6 comments:
Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga sy bersua muka dgn idola saya..
Zack,
maaf hari tu agak tergesa-gesa sebab kawan-kawan lain tunggu kat bawah, risau kot mereka cedera atau tayar pancit. tiada yang spesial tentang saya, masuk lumba pun tak pernah menang. cumanya basikal dan renang sudah sebati dan menjadi sebagian cara hidup.
salam,
doc kita naik genting amacam bln 12?ajak omar skali
matta,
boleh jugak tu, tapi bila? setakat ni saya ada kelapangan pada 21, 25, 27 dan 28 disember.
21hb tu ok kot doc..anyway nt kita diskas blk doc,blog saya dah bley tgk dah doc..hehehe
InsyaAllah 21/12/08 kita kayuh ke puncak genting. 25/12/08 sebenarnya saya tak boleh, kena hadir majlis bertunang anak saudara. Esuk kita bincang masa kayuh ke PD.
Post a Comment