Monday, October 6, 2008

Kayuhan Syawal

Tahun ni agak sedih sikit, tak balik kampung. Raya kat Bangi sahaja. Kepada ayahanda, aku mohon maaf, insyaAllah raya Haji anakanda akan pulang beraya di kampung. Kepada arwah ibu (mek), aku mohon keampunan dari Allah. Allahumma fir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha.

Raya pertama solat sunat idilfitri kat masjid hasanah. penuh juga masjid, ramai bangla dan indon. Raya pertama ada terima beberapa tetamu.
Raya kedua, sunyi tak ada orang datang -semua balik kampung kot. Pagi2 aku kayuh sorang2 menyusur ke hulu sungai langat (Bangi ke Sg Chua). Raya ke 3 kayuh basikal jalan ke limau manis, pinggiran putra, dengkil. Petang bersama keluarga bersiar ke pantai dan makan makanan laut di Sepang Gold Coast. Harganya kira berpatutan, makan ikan, sotong, udang, ketam. Semuanya segar-segar dari laut. Ramai juga orang mandi kat pantai.
Raya ke 4 masuk bukit limau manis dengan basikal gunung. jalan berlumpur kerana baru lepas hujan. cubaan untuk ke alamanda melalui jalan hutan belum berjaya.

Raya ke 5 berjoging sekitar tasik berhampiran PICC. pun masih sunyi tak ada orang kecuali tukang cuci taman yang terdiri dari mat bangla dan mak cik indon.

Raya ke 6 kayuh dari pejabat ke rumah.
Dapatlah bersenam 6.38 jam bagi minggu pertama syawal.
Malam ke 10 syawal. Bulan terang. Nikon 70-300, 1/30s, f/8, ISO-200.

10 syawal - Ambik motor Naza Blade 250 selepas dibaiki (tukar penyerap hentak belakang dan ekzos) di kedai XL motor, Seremban (N2 42.702 E101 56.527).

Inilah ekzos komposit karbon yang dibeli. Regenya boleh tahan, bunyi agak kuat sikit tapi sedap didengar. Kelajuan juga meningkat (lebih 10km/j), kuasa pecutan pun meningkat, penggunaan petrol pun lebih jimat.

11 Syawal - Seperti yang dirancangkan dengan Uncle D, kami berkayuh ke Putrajaya sejauh 50km pergi-balik. Bukit menghala ke Kg Limau Manis memang seronok untuk latihan, jaln pun sunyi tak ada kenderaan bermotor. Kemudian kami berenang di kolam selama lebihkurang 45 minit (2X50, 250, 350, 400). Lebih sebulan dah tak berenang. Terasa keras urat perut.

Malam ke 12 syawal. Bulan terang, langit cerah bersih selepas hujan. Gambar diambil menggunakan DSLR Nikon D40, kanta Nikkor 70-300mm, 1/200s, f/16, ISO-200. Baru nampak cantik gambar yang diamabil setelah diajar Uncle D. Banyak aku belajar dengan uncle D. Beliau cukup berpengalaman dalam fotografi. Beliau jenis yang suka ngokeh. Penggunaan GPS, dll pun aku banyak belajar darinya. Terima kasih Uncle D.

12 syawal - kayuh ke Bagan Lalang dengan Zamani. Kebanyakannya aku cucuk angin belakang Zamani. Dia masih kuat walaupun katanya sejak ramadan tak ada kayuh. Hari ini agak jauh aku berkayuh iaitu 119km.

13 syawal-rehat

Pisang peninggalan arwah ibu. Pokok yang ditanam 20 tahun lalu masih membiak dan mengeluarkan hasil. Cukup untuk bekalan rumah terbuka.

14 syawal- lari kat seksyen 15 selama 45 min. Minggu ke 2 ada peningkatan dalam latihan iaitu 10.58 jam.

Gambar bulan diambil pagi 15 syawal kira-kira jam 0630, ketika bulan akan jatuh di ufuk barat. Warna agak kekuningan mungkin ada pengaruh lampu jalan.

15 syawal petang - rancangan asal nak masuk kolam, tapi cuaca macam nak hujan, jadi aku tukar pelan B iaitu kayuh dan joging. Kayuh 30 min dan joging 30 min. Memang pun eluk lepas kayuh hujan lebat.

Gambar (kanta 70-300mm, 1/320, f/8, ISO400) bulan penuh malam ke 16. Langit cerah selepas hujan, kawah pada permukaan bulan boleh kelihatan. Gambar bulan pagi 17 syawal.

18 syawal - Joging dan gatih sekitar rumah (20 +20 min).
Gambar bulan pagi 19 syawal.

19 syawal - kayuh ke Bagan Lalang dari MTDC, UKM Bangi (105km pergi balik). Ramai yang berkayuh pagi ini, ada kelompok yang kayuh sampai ke Sepang dan ada yang terus ke Bagan Lalang. Antara yang aku kenal ialah Brahim, Faizal, Amin, Zamani, Syam, dan kumpulan Balakong. Cuaca agak panas terik semasa perjalanan pulang.

20 syawwal - Joging sekitar, sempat buat 17 min saja kerana hujan. Rasa malas nak berlari dalam hujan, bukan apa takut kasut basah.

21 syawwal - berenang di UKM. Minggu ke 3 syawwal dapatlah bersenam 7.22jam.

22 dan 23 syawwal - rehat tiada latihan, sibuk dengan kerja/mesyuarat, terpaksa balik lambat. Malam pulak rasa malas ditambah cuaca redup dan sejuk.

24 syawwal - kayuh atas 'trainer' 20 min - hujan kat luar.

25 syawwal - kayuh ke PICC melalui Bangi dan Jenderam sejauh 32 km, jumpa sekumpulan pengayuh, cucuk angin. Berenang bersama Omar di Presint 6. Hari ni pun tak leh nak bermain lama-lama sebab kena banyak buat lawatan kemasyarakatan - kenduri kawin, rumah terbuka dan kenduri haji.
Imej bulan pada pagi 25 syawwal setelah diproses dengan satu program bagi menunjukkan sempadan yang jelas. Untuk gambar bulan dan analisis sila ke blog Islam itu mudah.

26 syawwal - kayuh bersama Uncle D memasuki kebun kelapa sawit belakang UKM hingga ke Bangi Lama. Seterusnya berkayuh atas jalan tar melalui Sg Kembung, Beranang, Semenyih dan Bandar Teknologi Kajang. Dapatlah kayuh sejauh 45km untuk tempuh lebih kurang 3 jam.

27 syawwal - kayuh solo Bangi (0km) - Bangi Lama (10km) -Semenyih (20km) - Empangan (40km) - Batu 14 (52km) - Batu 10 (60km) - Kajang (70km) - Bangi (77km). Mula 0710, tamat 1030 tanpa henti kecuali pada lampu isyarat merah. Joging di trek selama 31 min jarak 4km.

Oleh kerana tiada latihan, Omar belum bersedia untuk berkayuh. Beliau cuba ingin berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan kumpulan motosikal 'The Bladers' lalu membawa motor blade 250 kami ke Awana dan Bukit Tinggi - menyaksikan aksi hebat pengendalian motor blade 250 pada selekoh, pendakian dan penurunan bukit.

28 syawwal - kayuh dari ofis ke rumah (20 min).

29 syawwal - berenang di presint 6. buat 100+300+500+kupu2(25x3)+rampai (45min).

19 comments:

A. H. WAN [uncle.D] said...

ASM G,
Tentunya lebih aman berbasikal semasa cuti perayaan ni. Jalan raya pun lengang.

Bila nak bergatih ke Bagan lalang? Ujung minggu ni OK ke? atau kita gi bergatih ke kolam renang Putrajaya? Lepas bergatih kita bereney.

abuomar said...

wsm D,
hujung minggu ni boleh je nak ggatih. sabtu kita gi kolam presint6 boleh jugak, kita ikut kg limau manis, nanti kawe tunjuk. ahad gi bagan lalang.

zulhassan said...

bestnya habis je puasa terus berlatih. salute. Selamat hari raya.

abuomar said...

Selamat hari raya. dah ketagih bersenam tak leh nak buat apa. kalau berhenti rasa tak sedap badan, mengantuk, berat kepala, dll.

Beskal Chap Ayam said...

ASM G

Ajar saya berenang G

abuomar said...

wsm,
dah ada asas berenang ke? spt berenang kampung?. kalau tak ada (zero) rasanya eluk cari cik gu berenang. saya ni tak lah pandai ngajar sangat, tapi setakat bagi panduan bolehlah. saya banyak belajar sendiri kemudian pernah dapat tip dari guru semasa berkursus ISO9001 di port dickson. kebetulan beliau pun suka berenang. lepas tu perhati cik gu berenang mengajar anak-anak berenang dan tengok VCD. malangnya kebanyakan cik gu renang saya perhatikan mengajar cara yang memenatkan, tidak relax.
jom lah ikut kami berenag di presint 6, sabtu pagi ni jam 0900-1000.

Beskal Chap Ayam said...

Berenang kampung boleh cuma teknik itu tiada. Cepat letih bila berenang tak relaks.Insyallah saya dtg

Terima Kasih G

Mr. T said...

Salam. selamat hari raya aidil fitri. Menarik blog anda dan anda berhampiran dengan kami di selangor. Pohon kebenaran untuk paparkan alamat blog anda dalam blog saya dan sebaliknya. Tq. http://assakinahcc.blogspot.com

abuomar said...

beskal chap ayam,
kami tunggu anda dari 9-10 tapi anda tak muncul-muncul dan hilang tanp berita.

abuomar said...

Mr. T,
terima kasih atas minat tuan. blog ini tempat bertukar pandangan. semuga ianya memberi manfaat kepada kita semua. jika ada yg baik ambillah, jika sebalikya tinggalkan saja. silakanlah buat pautan pada blog tuan.

A. H. WAN [uncle.D] said...

G,
Kohor molek gambar bule demo amik... insyaallah sekali dua pukul lagi tentu sempurna.

Taon der'pe kito gi kelih anok bule ramadhon lak...

abuomar said...

Tu ambo pukul gambar jam 1030 malam, kebetulan langit cerah.

Kelih anak bulan! Bagus jugak cadangan tu. Tempat terdekat mungkin Teluk Kemang, PD.

Beskal Chap Ayam said...

maaf saya kena ke miri maaf G

abuomar said...

no problem, insyaAllah kita boleh jumpa lagi. hari tu sy bagi tip pada uncle D ttg kuak dada. iaitu jangan kayuh serentak kaki dan tangan. selang selikan. buat satu persatu.

Beskal Chap Ayam said...

oic bagus tu

khairi000007 said...

WOW!!!..ade schedule tuuu..mmg hebat laaa

abuomar said...

khairi,
sy cuba kekalkan bersenam (kayuh, renang, joging) 7-10 seminggu.

A. H. WAN [uncle.D] said...

Rasa2 minat pula dgn BLADE bila nengok gambar tu...

abuomar said...

uncle D,
Geng moto blade ni ada forum sendiri di http://superbikemalaysia.com/index/ di bawah tajuk the bladers. banyak maklumat boleh didapati. rege 2nd blade kira murah juga.