Sunday, June 27, 2010

Gunung Tok Wan, Broga

Selepas hujan kira2 jam 8 pagi Ahad, kami mula mendaki Bukit Broga menuju ke puncak Gunung Tok Wan kira2 6km dari bawah. Hari ini tak ramai orang mendaki Bukit Broga seperti minggu lepas. Mungkin kerana hujan...
Pada kedudukan 2km dari puncak Tok Wan, jalan agak rata selepas melepasi puncak Broga.

Pokok hantu
Ulat hutan
Ulu bulu yang menggelikan
Kulat hutan
Berehat makan di puncak Broga

Puncak Tok Wan, tak nampak apa keliling, cuma ada sedikit kawasan lapang dan bangku duduk

Sunday, June 20, 2010

Kayuhan cuti sekolah3

Ahad - Hari ni ikut PCC kayuh dari UKM ke Bagan Lalang. Lama tak kayuh dalam kumpulan ramai. Dapat draf dengan kelajuan purata 30km/jam untuk jarak kayuhan 100km.
Sabtu - Kami sekeluarga mendaki Bukit Broga. Rupanya ramai sungguh peminat Bukit Broga.

Monday, June 14, 2010

Kayuhan cuti sekolah 2

Tasik Jenderam Hilir
Ahad - Kayuh bersama Ridwan dari UKM ke Taman Cabaran. Buat satu pusingan di Taman Cabaran kemudian balik ikut Jenderam Hilir. Ini merupakan kayuhan paling lama untuk bulan ini (Jamadil akhir 1431). Lepas kayuh sempat pekena badminton pulak sebelum ke kenduri kawin dan beli belah barangan dapur di Giant USJ.Hari ini kira hari yang produktif walaupun penat berkayuh tetapi banyak aktiviti dapat dilakukan. Kayuhan telah meningkatkan produktiviti. Malam pula nagji/usrah ngan Dr Huda, Mustafa, Muhyidin, Syeikh Zainal dan Omar. Baca kifayatul ahyar bab jual beli. Pengarang kitab ini nampaknya lebih menyukai pendapat Imam Malik. Akad tidak begitu penting atas barangan kecil-kecilan asalkan ada ridha meredhai.

Sabtu - Kayuh basikal jalan bersama kumpulan Maplay (Ibrahim, Yazid, Zairi, Azlan, Bahari dan Aini). Laluan: Batu 18-Genting Peras-Empangan Semenyih-Bukit Hantu-Batu 14-Batu 18. Petang kenduri tahlil rumah jiran dan malam kenduri rumah besan di Kelawang.

Selepas 17km kayuh baru teringat nak 'ON' Garmin Forerunner405.
Puncak Bukit Hantu

Sunday, June 6, 2010

Kayuhan Cuti Sekolah

Sabtu - Awal pagi sempat joging di kompleks Sukan. Jiran sebelah rumah kenduri kawin, jadi kenalah tolong sikit sebanyak tak bolehlah nak main banyak. Selepas makan kenduri, kayuh sekitar rumah untuk bakar semula lemak yang dimakan. Aku terima 5 undangan kenduri tapi hanya 2 undangan ditunaikan. Maaf kepada yang tak dapat aku hadiri.

Ahad - Kayuh basikal jalan dari rumah ke Putrajaya (PICC) melalui Sg Merab dan Limau Manis. Hari ini terima 3 undangan kenduri tapi 2 ditunaikan. Kenduri pertama makan nasi, kenduri ke 2 hanya makan bubur dan tapai saja.

Laluan Sg Merab dan Limau Manis mencabar stamina. Bukitnya yang curam dapat mengukur tahap stamina kita samada masih OK atau sudah menurun. Kalau masih belum tolak basikal bermakna OK.