Sunday, April 26, 2009

Sg Pening

Ahad 26/4/09 saya, Faizal (Serdang) dan abang Nordin (Bkt Mahkota) berkayuh di Sg Pening. Mula berkayuh jam 0745 depan Tangki Air, Kajang Perdana (N2 59 43.2 E10148 55.6).
Laluan 'single track' yang cantik di kebanyakan pendakian. Agak mencabar, banyak tolak basikal.
Sudah hampir puncak, mengah juga Faizal nampaknya.

Abang Nordin mengawal basikal, jalan agak rata sebelum menurun.
Profail laluan. Menurun kebanyakannya 'double track', banyak batu kerikil, kena hati-hati takut terbabas.
Laluan kuning yang dilalui hari ini ialah sejauh 20km mengambil masa kira-kira 2jam.

Saturday, April 25, 2009

Hari Keluarga

Biasanya sekali seminggu aku lakukan latihan fizikal bersama keluarga. Satu hari lagi bersama rakan-rakan. Kira adil kan ! Hari ini kami ke Ulu Bendul untuk mendaki Angsi. Kami ikut laluan yang dekat. 2.5 jam mendaki dan 2jam menurun.

Beberapa spesis kulat yang dirakam

Spesis-spesis serangga

Lebah-lebah agak banyak di puncak, suka hinggap di badan yang berpeluh.

Kumbang

Semut-semut bekerja mencari makanan untuk Permaisurinya
Ini pokok jarak yang boleh menghasilkan biofuel
Lumut-lumut menempel pada pokok mati
Ini pokok halau nyamok yang mungkin ditanam orang sepanjang laluan

Ini pokok yang aku suka amik gambar. Masa muda cantik tapi bila tua macam biasa saja.

Tiba di puncak, bertemu kumpulan dari Bukit Aman ingin buat latihan sebelum mendaki Kinabalu

Pemandangan bukit lain dari puncak Angsi. Cuaca terang dan agak panas hari ini.

Amaran kepada pengunjung agar tidak membuang sampah.

Inilah latihan aku untuk bulan Rabiul akhir, purata 1.3 jam sehari.

Monday, April 20, 2009

Air

Air cukup menenangkan.....
Sekejap biru........
Seketika hijau.....


Air rahmat........

KL race dan Kajang Tech Park

Sabtu 18/4 - KL race di Presint 6, Putrajaya. Jarak perlumbaan 3x20km. Aku hanya mampu buat 1.5 lap sahaja. Laju, tak mampu nak kejar.
Lap pertama kira kayuhan berkenalan
Masih lap 1.
Ahad 19/4-Kayuhan MTB di Kajang Tech Park

Berkumpul di Taman Industri Mega.
Ramai juga yang ikut. Cuaca agak panas, tapi pokok sawit dan getah menjadi payung.
Profail ketinggian. Puncak tertinggi 122m.

Friday, April 17, 2009

Jakarta-Bandung

11-17 April aku berpeluang ke Jakarta dan Bandung atas urusan kerja. Minggu ini kiranya tak dapatlah nak berkayuh, cuma dapatlah joging dan berenang untuk tempoh masa yang terhad.
Dari lapangan terbang Jakarta ke Kemang. Lebuhraya jalur lebar sudah banyak.
Ketika aku tiba di Jakarta Selatan, Indonesia baru saja selesai pilihanraya umum (pemilu).
Restoran bergerak
Rumah makan
Warga Kemang, Jakarta Selatan menolak aktiviti maksiat
Kesesakan lalulintas di Tanah Abang.
Perjalanan ke Tangkuban Perahu.
Gerai buah-buahan
Mata air panas di Seri Ater
Masjid yang disediakan untuk pengunjung Taman Rekreasi Air Panas, Seri Ater
Khasiat mata air panas
Air panas mengalir atas batu. Gambar telah diubahsuai.
Jeram Air panas
Ladang teh sepanjang perjalanan dari Ciater ke Tangkuban Perahu
Kawah gunung berapi pada ketinggian 1830m dari aras laut.
Profail ketinggian dari Jakarta ke Bandung. Jarak Jakarta-Bandung ialah 170km. Perjalanan pergi melalui lebuhraya dan jalan lama. Perjalanan pulang kebanyakannya melalui lebuhraya.
Kanak-kanak menjual rokok di Bandung.
Pandangan satelit sekitar Institut Teknologi Bandung. Perumahan begitu padat di luar ITB. Begitu jugalah di Jakarta, begitu padat dan sesak. Bagaimanapun tanahnya begitu subur. Tiada tanah lapang di Jawa.

Sawah padi bertingkat di lereng bukit.