Saturday, July 28, 2007

Kayuhan ke puncak Genting

Semua kaki kayuh dijemput untuk menyertai cabaran genting;
Tarikh: 12/8/07
Masa mula: 0800
Tempat mula/tamat: Kawasan Rawat & Rehat Genting Sempah.

Mereka yang sudah menyatakan minat ialah:
1- Pauzi (saya)
2- Ibrahim
3- Faizal
4- Omar

Kayuh ikut kemampuan sendiri, insyaAllah kalau kayuh pelan2 boleh sampai puncak walaupun kurang latihan tapi perlu ada stamina dan biasa bersenam. Boleh guna basikal jalan atau basikal gunung. Kepada yang baru disyorkan guna basikal gunung atau guna basikal jalan menggunakan pedal biasa (bukan padel berkelik). Selain itu boleh mengimbangi basikal pada kelajuan perlahan spt 4km/jam adalah kelebihan. Keperluan biasa seperti topi keledar, sarung tangan, tiub simpanan, pam, dll diperlukan. Selain itu eluk juga ada baju hujan sebab masa turun angin sejuk menyebabkan kita rasa tak selesa.

Friday, July 27, 2007

Rentas Desa

Jumaat 27/7/07 - Sebagai persediaan untuk Larian Utusan 2007 pada Ahad ini di Bangi aku pun membuat latihan. Seperti tahun-tahun lepas aku tidak menjangka kemenangan sebab lawan semuanya kuat-kuat belaka dan seluruh Malaysia mengetahui tentang larian ini kerana promosi dari akhbar Utusan ternyata ramai pembaca . Hadiahnya pun lumayan. Aku hanya inginkan medal yang mana sebelum ini sejak tahun 2005 aku belum memperolehnya. Medal diberi kepada yang berjaya sampai pada no. 30 mengikut kategori masing-masing.

Hari ini aku berlari sejauh 6.9km dengan kelajuan 7km/jam. Tersangat perlahan, merosot dari tahun lepas. Semalam aku berlari 5km. Sabtu lepas 4km. Adakah sudah mencukupi untuk masuk lumba?. Bukan niat aku untuk berlumba sebenarnya. Sekadar ingin berlari secara beramai-ramai. Seronok dapat minum percuma dan borak-borak bersama rakan, tengok apa barang yang dijual selepas larian.

Monday, July 23, 2007

Tragedi

Ahad 22/7/07 - Semalam aku bersama rakan kayuh, sdr Ibrahim pergi melawat sdr Rashin yang cedera jatuh basikal pada 7/7/07. Beliau patah tulang 'gagah' semasa jatuh basikal di simpang lampu isyarat berdekatan balai polis Kajang. Kita doakan beliau cepat sembuh dan bersabar menghadapi ujian Allah.
Hari ini pula aku mendapat khabar rakan kayuh sdr Zubir (nama timangan Zoob) meninggal dunia semasa mengikuti acara Triathlon PD. "Inna lillahi wainna ilaihi raa ji uun" Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan". Kebetulan cuaca hari ini agak muram, asyik hujan sejak pagi sampai ke malam. Kita doakan Allah mengampuninya dan merahmatinya, "Allahumma fir lahu war hamhu wa aa fihi wat fu anhu".

Wednesday, July 18, 2007

Tandas

Tandas awam di stesen bas di UK. Untuk masuk kena masukkan syiling 20p.
Satu lagi tandas awam, masukkan syling 20p untuk menggunakannya. Selepas seorang keluar kena tunggu sekejap untuk pencucian automatik. Tandas seperti ini juga ada di Sepanyol.

Perjalanan pulang

Rabu 18/7/07 - Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah sebelum maghrib. Semalam bertolak dari Liverpool ke lapangan terbang Heathrow dengan bas (National Express). Perjalanan dari Liverpool ke stesen Victoria mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dari Victoria kami bertukar bas untuk ke Heathrow. Walaupun perjalanan tak begitu lama tapi pemandu bertukar giliran di pertengahan perjalanan. Pemandu bas ekspres yang saya naiki semuanya dah berumur, tiada pemandu muda. Sebelum memulakan perjalanan pemandu akan membuat taklimat keselematan seperti meminta penumpang memasang tali pinggang, larangan merokok, larangan minum arak, menjaga kebersihan tandas dengan mengepam air selepas digunakan, jangan membuang tuala wanita atau lampin dalam mangkuk tandas dan memaklumkan stesen yang akan berhenti dan jangkamasa ketibaan.
Terminal 3 masih macam tahun 1979, kecil dan sesak. Tapi notis ada menyatakan terminal ini akan dibesarkan dan diubahsuai. Ada bilik solat (multi-faith prayer room) di terminal ini iaitu di tingkat 1. Pengguna bilik ini kebanyakannya orang Islam, cuma aku jumpa seorang wanita bersama anaknya masuk dan duduk sekejap di bilik ini (kelihatan semacam buat meditasi).

Tuesday, July 17, 2007

Selamat tinggal England

Isnin 16/7/07 - Besuk selasa, hari terakhir aku berada di England. Hari ini sibuk kemas barang. Sebahagian dihantar melalui kapal laut. Satu kotak dikenakan bayaran GBP27. Orang Melayu kita juga yang menguruskan iaitu En. Nizar dari http://www.shippingtomalaysia.com/
InsyaAllah 7 minggu lagi kami dapat menerimanya. Semoga semuanya selamat!!!.
Walaupun seronok berada di negara orang (negara maju), seronok lagi di negara sendiri. Teringatkan basikal yang hampir 3 minggu tak kayuh. Teringatkan gunung Nuang, dah lama tak mendaki. Teringat kolam renang Uniten yang ditinggal lama. Pada Ahad nanti ada 'triatlon PD', tapi rasanya aku tak dapat ikut. Tapi ada acara merentas desa di pejabatku yang mungkin aku akan ikut serta. Teringatkan kuliah Dr. Huda entah dah berapa mukasurat dah dibaca. Rindu, rindu ku pada tanah air ku. Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami pulang!!!.

Sunday, July 15, 2007

Joging di Liverpool

Ahad 15/7/07 - Tengahari ini aku berlari sejauh 6km dan berjalan 2km sambil pergi ke kedai kasut dan kedai basikal (Bike Center), tapi kedai basikal tutup, tak dapatlah nak tengok barang basikal.
Di sini kalau dikatakan jualan murah, memang ianya cukup murah dan kadang-kadang jauh lebih murah dari Malaysia. Sekarang ini, oleh kerana musim panas mungkin sudah sampai ke penghujung maka barang pakaian musim panas akan dijual dengan harga potongan sehingga 70%. Kasut Clarks wanita serendah GDP5 dan lelaki serendah GDP10. Ada baju sukan (jersey) dengan harga serendah GDP5. Bagaiamanapun semuanya buatan China. Kasut Clarks buatan UK mungkin sudah tiada lagi.

Saturday, July 14, 2007

Kembali ke Liverpool

Sabtu 14/7/07 - Kami tiba di hostel Universiti Liverpool jam 0030, lepas solat jamak akhir isyak dan maghrib kami pun tidor sehingga terbit matahari. Solat subuh pun di penghujung. Hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk pulang ke Malaysia.
Teringat kolam renang kat Universiti, sejak datang baru sekali berpeluang berenang. Jadi hari ini nak berenang sekali lagi. Sebelum ini berenang pada hari kerja tak ramai orang tapi hari ini ramai pulak sehingga berlanggar2. Kolam di sini dibahagi kepada 3 lorong - perlahan, sederhana dan laju. Sebelum ini aku berenang seorang saja di lorong laju, tapi hari ini aku tak larat nak kejar atau mengelak dari dikejar sebab ramai yang berenang laju. Agak tertekan, selepas beberapa ketika aku pindah ke lorong sederhana. Seperti sebelum ini juga hanya aku seorang saja itik berwarna yang lain semuanya itik putih, tapi aku tak kisah.
Selepas 2 hari makan roti, biskut dan buah2an baru tengahari ini dapat makan nasi dengan tomyam campur, ayam goreng dan ikan bakar salmon, sedap!!! Alhmadulillah. Esuk pagi cadang nak berlari untuk kali kedua di UK. Nak berbasikal, basikal tak ada.

Sevilla

Jumaat 13/7/07 - Selepas tukar duit untuk bayar hotel dan minum pagi kami bersiap untuk ke Sevilla iaitu destinasi terakhir di Andalusia sebelum menaiki pesawat Ryanair ke Liverpool. Kami tak boleh berlengah sebabnya selepas tiba di Sevilla kami kena cari stesen bas pula untuk ke lapangan terbang. Mulanya cadang nak naik bas pada jam 1230 tetapi kami tukar selera untuk naik keretapi letrik ke Sevilla. Keretapi dengan tambang murah (7.85E) hanya berlepas pukul 1335. Ini keretapi biasa bukan ekspres tetapi ada ketika agak laju juga mencecah kelajuan 140km/j.

Beratur untuk beli tiket keretapi.

Tempat simpan basikal dalam keretapi.

Suhu 31C pada jam 1317 ditunjukkan pada pintu keretapi. Setiba di Sevilla jam 1456 suhu meningkat sehingga 42C.

GPS menunjukkan bacaan kelajuan keretapi letrik yang kami naiki.

Ladang zaiton sepanjang perjalanan. Kelihatan juga longkang pengairan.

Lorong kereta (kanan), pejalan kaki (tengah) dan basikal (kiri). Agak sunyi waktu ini kerana cuaca panas tidak selesa untuk bersiar-siar. Tapi kami berjalan kaki ke pusat bandar di tengah kepanasan terik matahari. Tujuan asal untuk melihat tempat2 tarikan pelancung tetapi kemudian bertukar untuk mencari stesen bas ke lapangan terbang. Dalam peta asal dinyatakan lokasi stesen bas ke lapangan terbang tetapi setelah kami sampai rupanya bukan. Terpaksa bertanya ke sana sini mana stesen bas yang pergi ke lapangan terbang. Untuk mengenali stesen ini ada tanda EA dan basnya tidak bernombor, tetapi perkataan 'aeroporto' terpampang depan bas. Walaupun masih ada masa untuk berjalan-jalan tapi rasanya cukuplah pengembaraan kami ke Sepanyol kali ini, semua ahli pun dah letih kepanasan jadi kami pergi berehat dan solat ke lapangan terbang. Duit lebih kami beli minyak zaiton. Di Sevilla kami berjalan lebih 5km. Selepas 3 hari 2 malam di Andalusia masing-masing nampak lebih kurus dan hangus terbakar panas.

Cordoba

Khamis 12/7/07 - Pagi-pagi selepas minum pagi kami mula bertolak ke Cordoba. Rupanya 'breakfast' yang hotel bagi cuma secawan kopi atau teh dengan sepotong kek. Kami berjalan kaki ke stesen bas utama sejauh 7km berpandukan GPS. Perjalanan bas ke Cordoba mengambil masa lebih kurang 2jam. Kebanyakan laluan melintasi ladang zaiton, bunga matahari, gandum dan jagung. Hampir semua tanah sepanjang perjalanan diguna untuk bercucuk tanam.

Di Cordoba kami pun berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Lebih kurang 7km juga lagi kami berjalan. Jumlah jalan kaki pada hari ini 14km. Bila dah letih kadang2 tu masing2 nak marah-marah. Maklumlah cuaca pun cukup panas sehingga 42C.

Berbasikal di sini merupakan perkara biasa, mereka tidak risau kenderaan bermotor lain. Pengguna kenderaan bermotor menghurmati pejalan kaki dan basikal.

Ladang zaiton semacam ladang kelapa sawit di Malaysia.

Keterangan tentang sejarah masjid di Cordoba yang sekarang bertukar nama Meaquita Catedral.

Inilah Mezquita catedral, di dalam masih ada kesan masjid asal. Kami tak sempat untuk memasukinya kerana semasa kami sampai hari dah petang dan pintu telah ditutup. Gambar poskad menunjukkan binaan yang hampir serupa dengan alhambra dan juga binaan masjid di Madinah dan Mekah.


Kaunter masuk hotel Sanmartin tempat kami menginap. Hotel ini tak jauh dari masjid Mezquita. Kami duduk dulu dan bayar masa keluar sebab tak cukup tunai Euro. Bank dah tutup jam 1500. Nak pakai kad kredit katanya mesinnya rosak dan takut tercas berganda. Mereka percaya kepada pelanggan, tidak seperti di Malaysia nak kena bayar deposit dulu sebelum masuk. Hotel ini lebih mahal sedikit dari alhambra iaitu 20E seorang tapi ada pendingin hawa dan TV. 'Breakfast' kat sini selesa sikit ada susu, cornflake, roti, teh/kopi dan jus oren.

Alhambra

Rabu 11/7/07-Jam 0600, menaiki pesawat Ryanair dari Liverpool ke Granada, Andalusia, Sepanyol. Ryanair ni lebih kurang Air Asia, boleh dapat harga tambang murah pada masa-masa tertentu. Di England atau Eropah ni kalau nakkan yang murah, perjalanan perlu dirancang terlebih dahulu dan ditempah lebih awal. Banyak perbezaannya. Contohnya tiket keretapi dari Cordoba ke Sevilla boleh berharga antara 7E hingga 23E.

Kami ingin ke Andalusia kerana ingin melihat kesan tinggalan sejarah Islam yang pernah memerintah Andalusia selama lebih 800 tahun sejak dari penaklukan Khalid al-Walid pada tahun 90 hijrah.

Kami merancang untuk melawat 3 bandar di Andalusia iaitu Granada, Cordoba dan Sevilla.



Peta ringkas Andalusia yang merangkumi pekan Granada, Cordoba dan Sevilla. Ianya berdekatan dengan Laut Mediteranean dan berhampiran juga dengan Morroco.
Peta Granada menunjukkan tempat yang kami lalui. Dari lapangan terbang Granada kami ke Alhambra dengan menaiki bas.


Selepas itu mendaftar masuk hotel murah (hotel pilihan kebanyakan pengembara 'backpacker'). Ini hotel termurah yang dicari melalui internet di laman http://www.hostelworld.com/ dengan bayaran 13E seorang. Walaupun murah tapi ada kolam renang kecil kat bumbung, tapi tak sempat nak masuk kolam kerana masa yang terhad dan keletihan berjalan. Tiada alat pendingin hawa tetapi ada air panas. Pendingin hawa tak diperlukan sangat kerana suhu bilik sekitar 27C. Suhu di luar mungkin 27C di awktu pagi/malam dan 35C waktu tengahari.


Selepas mendaftar di hotel Posada Dona Lupe dan makan tengahari (dengan bekalan nasi bersama ayam goreng yang dibawa), kami pun memasuki kota alhambra dengan bayaran E10 seorang. Cukup ramai pelancung, kena beratur panjang untuk membeli tiket. Tiket kami sah untuk lawatan dari jam 1400 hingga 2000. Dalam kota ini ada 3 tempat utama iaitu alcazaba, istana Nazaries dan taman Generalife. Istana Nazaries hanya boleh masuk pada jam 1430 hingga 1500 sahaja. Kami ronda-ronda kat dalam kota ini dengan berjalan kaki sejauh ~4km.




Pintu masuk ke kota al-hambra.Tanda arah ke istana Nazaris, al-cazaba dan taman generalife.

Pandangan dalam istana Nazaris.


Pada dinding tertulis kalimah yang mengagungkan kebesaran Allah seperti "Wallahu ghaa libahu illa Allah"
Istana Nazaris
Al-Cazaba ialah bangunan pertahanan dan penempatan tentera yang terletak disebelah istana Nazaris.

Al-Cazaba mempunyai beberapa menara tinjau.

Tidak jauh dari Istana Nazaris terdapat satu lagi Istana Sultan Yusof

Istana Sultan Yusof yang lebih kecil bangunan tapi ada taman yang besar dengan beberapa air pancut.

Stoke-on-Trent


Selasa 10/7/07 - Mencari barangan pinggan mangkuk. Keluar awal pagi dan balik lewat petang kerana untuk mendapat tiket bas murah kami ke ke Stoke-on-Trent dengan menaiki bus National Express. Dari Liverpool, kira 1.5jam dengan bas. Yang ingin dicari ialah jenama Royal Doulton, iaitu jenama asal buatan England (bagaimanapun sekarang dibuat di China). Tapi taklah banyak pilihan, mungkin syarikat ini semakin merosot jualannya. Kedainya di Pusat Belibelah pinggan-mangkuk pun dah ditutup, kami kena pergi ke pusat jualan kilangnya. Selain itu beli juga alat basikal iaitu 2 pam kecil dan alat buka tayar basikal. Pam basikal murah saja di sini berbanding dengan Malaysia.

Tuesday, July 10, 2007

Chesire Oaks

Isnin 09/07/07 - Sebelum memulangkan kereta yang disewa kami ke Chesire Oaks iaitu kira-kira 30 batu dari Liverpool. Bertolak jam 0900 dan tiba jam 1000. Ada 2 jam masa membeli belah dan jam 1230 kena balik ke Liverpool kerana ingin mengembalikan kereta. Kena basikan sedikit masa kot tersilap jalan pulang.
Barang pakaian banyak dijual di sini. Harganya kira masih mampu dibeli dan potongan harga sehingga 70%. Contohnya kasut Clarks dengan harga GDP10 boleh didapati di sini akan tetapi pilihan saiz agak terhad.

Monday, July 9, 2007

Mendaki Snowdon

Ahad 08/07/07 - Selepas mengemas khemah kami bersiap dan menunggu untuk mendaki puncak Snowdon. Kami menaiki keretapi gunung untuk ke puncak gunung Snowdon. Jarak dari kaki gunung ke puncak Snowdon ialah 6 batu. Keretapi gunung hanya mendaki sehingga batu ke 5. Untuk sampai ke puncak kenalah berjalan lagi sejauh 1 batu.
Setiap tahun pada 4 Julai ada pertandingan larian ke puncak Snowdon. Rekod terbaik yang dicapai pelumba ialah sekitar 42 minit. Untuk 1 batu terakhir kami ambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak. Kemudian kami turun ke bawah dengan berjalan selama 3 jam.

Stesen keretapi gunung.
Tempat berhenti terakhir. Tahun depan katanya trek akan siap sepenuhnya sehingga ke puncak.


Mendaki ke puncak



Bila hampir ke puncak, kabus mula meliputi kawasan dan mengurangkan penglihatan. Terasa gerun dan takut. Kalau di Angsi dan Nuang kita takut kerana hutan tebal tetapi di sini takut kerana kabus tebal. Ada beberapa kes kematian sebelum ini kerana terjatuh.



Burung merpati jinak di puncak.



Puncak pada ketinggian 1085m dari aras laut.
Pandangan puncak gunung Snowdon yang diselaputi awan.
Pemandangan tasik Padarn.
Dalam perjalanan pulang ke Liverpool, kami singgah sebentar di Taman Bordnant - sempatlah masuk sekejap (1 jam) dengan bayaran GDP16. Di sini tiada yang percuma. Ini gambar burung merak di luar taman sebagai daya tarikan kepada pelancung.

Bunga raya pun boleh hidup di taman ini


Teratai pelbagai warna - putih, merah dan kuning.

Llanberis

Sabtu 07/07/07 - Kami ke Llanberis (disebut Eanberis) di Negeri Wales kira-kira 160km ke selatan Liverpool. Ianya sebuah kawasan pergunungan dan tasik. Di sini juga dahulunya sebuah kuari besar yang memecahkan batu gunung untuk dijadikan kepingan-kepingan batu untuk binaan. Kami menyewa kereta untuk 2 hari dengan kos GBP70 termasuk insuran dengan akses GBP100. Kalau apa-apa hal, kereta calar atau kemek atau cermin kena batu ke, denda maksimum ialah GBP100. Kadar standad ialah akses GBP500. Kali ni kami sewa kereta kecil saja, untuk perjalanan 300km cuma menggunakan petrol sekitar GBP20. Sewa kereta bermula sabtu jam 1430 dan tamat isnin jam 1430.

Kali ini kami bercadang untuk berkhemah satu malam. sebab pagi ahad kami cadang nak mendaki Gunung Snowdon.

Peta lokasi

Jalan menghala ke Wales

Tasik Padarn yang jernih airnya

Keterangan tentang aktiviti kuari di Padarn suatu ketika dahulu (1870). Perhatikan ada 2 bahasa digunakan iaitu bahasa Wales dan English.
Berkhemah di kaki Gunung, sepatutnya kena bayar GBP4 tetapi kami tak dapat menghubungi tuan punya lapang kem ini kerana kami sampai agak petang dan kami keluar pula awal pagi. Puas mengetuk pintu rumahnya tetapi tiada jawapan.

Walaupun musim 'summer' tetapi cuaca di sini sejuk, aku tak dapat tidur nyenyak kerana kesejukan. Kami hanya bawa satu gebar untuk alas tempat tidur dalam khemah. Wudhu pun guna air sejuk. Solat pula buat sambil duduk dalam khemah.
.

Friday, July 6, 2007

Majlis terima ijazah undang-undang Univ Liverpool

Khamis, 5/7/07 merupakan hari bersejarah bagi kami sekeluarga kerana anak pertama kami menerima ijazah sarjana muda undang-undang (LLB). Tahniah diucapkan!!!
Sebelum pengurnian ijazah pelajar berkumpul di sekolah undang2.

Bergambar beramai2, ada ramai lagi yang tak hadir.

Pembukaan majlis oleh VC. Kemudian bacaan biodata bagi 2 penerima anugerah kedoktoran kepada 2 hakim. Penerima anugerah ini seterusnya dijemput untuk memberi ucapan. Isi ucapan banyak berbentuk nasihat kepada para graduan. Antara yang menarik ialah katanya satu ketika sekitar tahun 90an keluar berita mengecam para peguam yang mengatakan para peguam penipu, rasuh dan sebagainya. Kita pun biasa dengar perkataan 'loyar buruk'. Baru-baru ini kita pun ada dengar di M'sia peguam melarikan wang pelanggannya. Jadi tanggapan ini merupakan cabaran bagi para graduan undang2. Akhlak perlu dibaiki dan dipertingkatkan.
Berjabat tangan dengan VC tanda pengesahan anugerah ijazah. Biasanya kat M'sia kita terima skrol kosong, tapi di sini hanya berjabat tangan. Sijil nanti diberi semasa keluar dewan.

Majlis tamat selepas 1.5 jam. VC diiringi keluar dewan.
Dewan tempat pengurnian ijazah bagi University of Liverpool.

Bergambar bersama guru besar iaitu dekan sekolah undang2.

Bergambar kenangan di bilik kuliah.

Membaling topi tanda satu kejayaan dan kesyukuran.