Wednesday, July 4, 2007

Berkereta di UK


Selasa 3/7/07 - Segalanya mudah di UK, cuma sediakan duit. Kita boleh menyewa kereta untuk berjalan-jalan. Pagi ini kami menyewa kereta untuk melawat tasik yang terbesar di UK iaitu di Windermere. Sewa kereta 28 pound (yang termurah) sehari 24 jam, isi petrol 30 pound untuk perjalanan lebihkurang 300km. Syok jugalah dapat memandu kereta 'sport', kereta baru. Panduan peta untuk perjalanan kereta boleh kita rujuk di laman http://www.theaa.com/ Untuk menyewa kereta boleh cari Arnold Clark, Enterprise, dll. Biasanya mereka tanya nak amik insuran dengan tambahan 10 pound. Tapi aku tawakal tak amik kerana nak jimat atas nasihat pelajar yang dah biasa menyewa kereta. Katanya insyaAllah tak ada apa-apa, orang di UK bawa kereta selamat, kalau cuma untuk sewa sehari tak payah katanya. Memang di sini orang bawa kereta penuh bersopan, mereka tidak memotong barisan, mereka patuh arahan had laju.
Kereta jenis Renault, boleh pecut sehingga 150km/jam dengan selesa. Atas lebuh raya M6 boleh pergi lebih laju tapi aku takut kena saman.

Sesuatu yang baru bagiku, kunci kereta elektronik. Pada permulaan aku dimaklumkan cara menggunakan kunci iaitu untuk 'start' dan 'stop'. Untuk kuncikan kereta ni, aku ambil masa dan membuat beberapa percubaan. Bila kunci ni berada dekat kereta atau pintu tak ditutup rapat, pintu akan berada dalam keadaan terbuka. Jadinya setelah mengunci, aku berada jauh sedikit dari kereta dan meminta anak untuk menguji adakah pintu telah benar-benar terkunci.


Selesa memandu di lebuhraya dengan papan tanda yang mudah difahami. Sebenarnya tentang papan tanda ni boleh buat satu PhD. Ada kawan di UKM, pernah buat PhD dalam bidang kejuruteraan dengan tajuk papan tanda trafik.


Pemandangan di tasik Windermere. Seperti di taman Hyde, London di sini pun banyak spesis burung - itik, angsa, merpati, dll. Boleh naik kapal atau feri untuk mengelilingi tasik.


Jeti untuk menyewa kapal


Perahu layar.

No comments: