Sabtu 14/7/07 - Kami tiba di hostel Universiti Liverpool jam 0030, lepas solat jamak akhir isyak dan maghrib kami pun tidor sehingga terbit matahari. Solat subuh pun di penghujung. Hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk pulang ke Malaysia.
Teringat kolam renang kat Universiti, sejak datang baru sekali berpeluang berenang. Jadi hari ini nak berenang sekali lagi. Sebelum ini berenang pada hari kerja tak ramai orang tapi hari ini ramai pulak sehingga berlanggar2. Kolam di sini dibahagi kepada 3 lorong - perlahan, sederhana dan laju. Sebelum ini aku berenang seorang saja di lorong laju, tapi hari ini aku tak larat nak kejar atau mengelak dari dikejar sebab ramai yang berenang laju. Agak tertekan, selepas beberapa ketika aku pindah ke lorong sederhana. Seperti sebelum ini juga hanya aku seorang saja itik berwarna yang lain semuanya itik putih, tapi aku tak kisah.
Selepas 2 hari makan roti, biskut dan buah2an baru tengahari ini dapat makan nasi dengan tomyam campur, ayam goreng dan ikan bakar salmon, sedap!!! Alhmadulillah. Esuk pagi cadang nak berlari untuk kali kedua di UK. Nak berbasikal, basikal tak ada.
No comments:
Post a Comment