Saturday, July 14, 2007

Sevilla

Jumaat 13/7/07 - Selepas tukar duit untuk bayar hotel dan minum pagi kami bersiap untuk ke Sevilla iaitu destinasi terakhir di Andalusia sebelum menaiki pesawat Ryanair ke Liverpool. Kami tak boleh berlengah sebabnya selepas tiba di Sevilla kami kena cari stesen bas pula untuk ke lapangan terbang. Mulanya cadang nak naik bas pada jam 1230 tetapi kami tukar selera untuk naik keretapi letrik ke Sevilla. Keretapi dengan tambang murah (7.85E) hanya berlepas pukul 1335. Ini keretapi biasa bukan ekspres tetapi ada ketika agak laju juga mencecah kelajuan 140km/j.

Beratur untuk beli tiket keretapi.

Tempat simpan basikal dalam keretapi.

Suhu 31C pada jam 1317 ditunjukkan pada pintu keretapi. Setiba di Sevilla jam 1456 suhu meningkat sehingga 42C.

GPS menunjukkan bacaan kelajuan keretapi letrik yang kami naiki.

Ladang zaiton sepanjang perjalanan. Kelihatan juga longkang pengairan.

Lorong kereta (kanan), pejalan kaki (tengah) dan basikal (kiri). Agak sunyi waktu ini kerana cuaca panas tidak selesa untuk bersiar-siar. Tapi kami berjalan kaki ke pusat bandar di tengah kepanasan terik matahari. Tujuan asal untuk melihat tempat2 tarikan pelancung tetapi kemudian bertukar untuk mencari stesen bas ke lapangan terbang. Dalam peta asal dinyatakan lokasi stesen bas ke lapangan terbang tetapi setelah kami sampai rupanya bukan. Terpaksa bertanya ke sana sini mana stesen bas yang pergi ke lapangan terbang. Untuk mengenali stesen ini ada tanda EA dan basnya tidak bernombor, tetapi perkataan 'aeroporto' terpampang depan bas. Walaupun masih ada masa untuk berjalan-jalan tapi rasanya cukuplah pengembaraan kami ke Sepanyol kali ini, semua ahli pun dah letih kepanasan jadi kami pergi berehat dan solat ke lapangan terbang. Duit lebih kami beli minyak zaiton. Di Sevilla kami berjalan lebih 5km. Selepas 3 hari 2 malam di Andalusia masing-masing nampak lebih kurus dan hangus terbakar panas.

No comments: