Saturday, July 28, 2007

Kayuhan ke puncak Genting

Semua kaki kayuh dijemput untuk menyertai cabaran genting;
Tarikh: 12/8/07
Masa mula: 0800
Tempat mula/tamat: Kawasan Rawat & Rehat Genting Sempah.

Mereka yang sudah menyatakan minat ialah:
1- Pauzi (saya)
2- Ibrahim
3- Faizal
4- Omar

Kayuh ikut kemampuan sendiri, insyaAllah kalau kayuh pelan2 boleh sampai puncak walaupun kurang latihan tapi perlu ada stamina dan biasa bersenam. Boleh guna basikal jalan atau basikal gunung. Kepada yang baru disyorkan guna basikal gunung atau guna basikal jalan menggunakan pedal biasa (bukan padel berkelik). Selain itu boleh mengimbangi basikal pada kelajuan perlahan spt 4km/jam adalah kelebihan. Keperluan biasa seperti topi keledar, sarung tangan, tiub simpanan, pam, dll diperlukan. Selain itu eluk juga ada baju hujan sebab masa turun angin sejuk menyebabkan kita rasa tak selesa.

4 comments:

maTTa said...

akum doc,27hb tu sy g mendaki mlm gunung dato,pegi cuma org jer..tapi suasana mlm atas puncak cukup cantik,sebab mlm tu cerah...bila doc nak naik gng dato sbb dier x der beirut cuma batu besar beirut dia

tamar said...

berilah cadangan bila nak pi, insyaAllah kalau tak ada apa hal saya boleh ikut.

beskaltua said...

Akum bro

Apa sofware bro pakai bikin peta tu?

tamar said...

waalaikum mussalam,
masa saya beli GPS jenis Garmin 60CSx tempoh hari saya dapat satu perisian namanya 'MapSource', kemudian saya muat turun pula 'Malsing installer' (http://www.malsingmaps.com/forum/index.php) bagi dapatkan peta Malaysia.