Rabu 18/7/07 - Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah sebelum maghrib. Semalam bertolak dari Liverpool ke lapangan terbang Heathrow dengan bas (National Express). Perjalanan dari Liverpool ke stesen Victoria mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dari Victoria kami bertukar bas untuk ke Heathrow. Walaupun perjalanan tak begitu lama tapi pemandu bertukar giliran di pertengahan perjalanan. Pemandu bas ekspres yang saya naiki semuanya dah berumur, tiada pemandu muda. Sebelum memulakan perjalanan pemandu akan membuat taklimat keselematan seperti meminta penumpang memasang tali pinggang, larangan merokok, larangan minum arak, menjaga kebersihan tandas dengan mengepam air selepas digunakan, jangan membuang tuala wanita atau lampin dalam mangkuk tandas dan memaklumkan stesen yang akan berhenti dan jangkamasa ketibaan.
Terminal 3 masih macam tahun 1979, kecil dan sesak. Tapi notis ada menyatakan terminal ini akan dibesarkan dan diubahsuai. Ada bilik solat (multi-faith prayer room) di terminal ini iaitu di tingkat 1. Pengguna bilik ini kebanyakannya orang Islam, cuma aku jumpa seorang wanita bersama anaknya masuk dan duduk sekejap di bilik ini (kelihatan semacam buat meditasi).
No comments:
Post a Comment