Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Ramadhan

Syaaban 29, 1430 - Besuk Sabtu merupakan 1 ramadhan 1430hijrah. Umat Islam akan mula berpuasa fardhu esuk. Malam ni solat sunat tarawih sudah dimulakan. Ada yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat. Tak kisahlah 8 atau 20, kedua-duanya boleh saja. Berikut ialah rakaman 2 rakaat solat tarawih yang dipimpin oleh Ustaz Ridhuan al-hafiz di Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi.
http://www.imeem.com/people/2D6981N/music/Uyiwh8jx/ust-riduanwma/

Nampaknya latihan jasmani terpaksa dikurangkan. Bulan ramadhan harus dilebihkan dengan latihan kerohanian kerana banyaknya kelebihan bulan ramadhan. Renang terpaksa direhatkan sepenuhnya. Kayuh dan joging bolehlah dibuat ringan-ringan, mungkin sebelah petang sebelum waktu berbuka.

Latihan jasmani bulan ramadhan tentunya menurun secara mendadak berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bulan syaaban merupakan antara latihan jasmani terbanyak aku buat sebelum menjelang ramadhan. Antaranya kayuhan ke Kelawang dan kayuhan PCC presidential ride. Kedua kayuhan ini menyumbangkan jumlah jam yang besar.


Sunday, August 16, 2009

PCC-Nexus Presidential Ride 2009


Ahad 24 Syaaban - Ikut kayuh basikal gunung bersama PCC. Seramai 1040 orang telah mendaftar untuk kayuhan ini. Walaupun mungkin tak semua datang, tetapi memang sesak jugalah pada peringkat permulaan.
Permulaan kayuh terpaksalah tolak basikal.

Selepas loop 1, rehat - tambah air bekalan dan makan pisang 3 biji.
Selepas loop2, rehat - dapat minum revive 1 tin dan bekal 1 tin, makan tembikau 5 keping.
Laluan lebar ladang kelapa sawit
Selepas loop 1 kira-kira 20km, ramai juga yang sudah krem paha.

Semasa rehat selepas loop 3 makan roti kerim dan tambah air. Keseluruhannya makan 2 powerbar (triple threat), 2 powerbar gel, pisang 6 biji, 2 tin revive, air 3 liter.
Profail laluan. Jarak keseluruhan 61km, tempuh kayuhan 7 jam, kelajuan purata 8.5km/jam. Walaupun bukit tak begitu tinggi, tapi profail turun-naik cukup meletihkan. Pada loop 4 (terakhir), banyak kali berhenti kerana kepenatan.

Peta laluan PCC2009.

Wednesday, August 12, 2009

Pantai Beserah

Minggu ini aku tak dapat berkayuh kerana balik kampung (Pasir Puteh) dan kerja luar di Kuantan. Sabtu bertolak ke Pasir Puteh melalui Gua Musang. Singgah minum kopi asli (RM2.40) di Stesen Petronas (sebelum tol ke 2 lebuhraya Karak). Kopinya cukup berkesan untuk menghilangkan mengantuk. Sebelum tiba singgah makan tengahari di warung2 berhampiran UiTM, Machang. Makan nasi sup tulang Kelantan kegemaranku. Yang baiknya balik kampung ni dapat menghilangkan ketegangan dan kekusutan mental akibat banyak berfikir. Udara di kampung pun segar tanpa jerebu. Ianya satu perjalanan yang berbaloi. Selain itu dapat mengurangkan risiko terkena selsema babi yang begitu meriah sekarang ini di bandar. Melawat orang tua ni ada keberkatan yang ramai orang tidak menyedarinya. Kita gembira, orang tua pun gembira dapat bersama kita. Saudara mara, adik beradik pun begitu juga. Kira menang-menang, walaupun sekejap ia sudah memada.
Hanya satu malam di kampung, ahad bertolak bersama ayah pula ke Kuantan untuk urusan kerja. Bertolak dari Pasir Puteh ke Kuantan ikut lebuhraya Jerangau-Jabor melalui Chalok, Kuala Berang, Bukit Besi, Cheneh. Singgah makan nasi gulai tempoyak ikan patin dan sayur kampung di Kuala Berang. Sedap tak terkira.

Ayah menginap di rumah adik di Indera Mahkota dan aku pula berpeluang menginap di hotel Swiss Garden atas biaya pejabat.
Pantai Beserah yang panjang sekitar 7km ini cukup sesuai untuk joging. Joging tanpa kasut pun tiada masaalah.
Pandangan matahari naik yang sungguh cantik, sehingga ada yang sanggup menyembahnya. Airnya cukup tenang di awal pagi dan seronok berenang.
Beginilah cantiknya pantai Beserah, pantai dengan pasir halus lembut yang lebar dan landai. Pantai yang lebar rata cukup seronok untuk berjoging di awal pagi. Walaupun tidak dapat berkayuh, joging dan berenang sebagai ganti.

Sunday, August 2, 2009

Sg Pening 5 /Limau Manis

Ahad, 10 Syaaban- Kayuh basikal gunung bersama Nasrul (Kajang) di Sg Pening. Ini kali ke 5 dalam tahun ni aku berkayuh ke Sg Pening. Sg. Pening memang sesuai untuk latihan pendakian dan penurunan teknikal. Kami mengambil masa 3 jam 15 min berkayuh untuk jarak 30km dengan 2 bukit dan purata kelajuan ~9km/jam.
Dua bukit ini cukup sukar untuk ditawan. Sejak 2007 aku berkayuh di sini belum pernah sekali dapat membuat kayuhan pendakian tanpa menolak basikal baik bukit pertama atau bukit kedua.
Yang bagusnya berkayuh di Sg Pening, kita boleh mengambil rehat dan minum di warung Kg Pasir.

Mengikut jentolak yang membuat kerja di kawasan perumahan tergendala berhampiran Kg. Pasir.
Maaf Nasrul, ini saja gambar yang sempat dirakam. Bateri habis tak sempat nak ulang.

Sabtu 9 Syaaban - Berkayuh basikal jalan bersama Ibrahim, Wak dan Emi. Kami ikut laluan sekitar pinggiran putra. Antara kawasan berbukit yang dilalui ialah Kg Limau Manis. Jalan agak sunyi dan selesa untuk berkayuh.

Berhenti minum di warung Kg Sg Buah depan padang golf Bukit Unggul. Ini memang warung utamaku semasa bekerja di Nuklear Malaysia. Makanan kegemaran aku di sini ialah roti bakar atau roti kukus, telur setengah masak, mee hoon sup, kopi susu kambing atau kopi sauda.
Hanya tinggal 20 hari saja lagi untuk kita umat Islam mula berpuasa bulan Ramadhan al-mubarak. Minggu depan insyaAllah akan cuba buat kayuhan percubaan kat Broga sebelum ikut PCC pada 24 Syaaban (16 Ogos) nanti.