Sunday, August 2, 2009

Sg Pening 5 /Limau Manis

Ahad, 10 Syaaban- Kayuh basikal gunung bersama Nasrul (Kajang) di Sg Pening. Ini kali ke 5 dalam tahun ni aku berkayuh ke Sg Pening. Sg. Pening memang sesuai untuk latihan pendakian dan penurunan teknikal. Kami mengambil masa 3 jam 15 min berkayuh untuk jarak 30km dengan 2 bukit dan purata kelajuan ~9km/jam.
Dua bukit ini cukup sukar untuk ditawan. Sejak 2007 aku berkayuh di sini belum pernah sekali dapat membuat kayuhan pendakian tanpa menolak basikal baik bukit pertama atau bukit kedua.
Yang bagusnya berkayuh di Sg Pening, kita boleh mengambil rehat dan minum di warung Kg Pasir.

Mengikut jentolak yang membuat kerja di kawasan perumahan tergendala berhampiran Kg. Pasir.
Maaf Nasrul, ini saja gambar yang sempat dirakam. Bateri habis tak sempat nak ulang.

Sabtu 9 Syaaban - Berkayuh basikal jalan bersama Ibrahim, Wak dan Emi. Kami ikut laluan sekitar pinggiran putra. Antara kawasan berbukit yang dilalui ialah Kg Limau Manis. Jalan agak sunyi dan selesa untuk berkayuh.

Berhenti minum di warung Kg Sg Buah depan padang golf Bukit Unggul. Ini memang warung utamaku semasa bekerja di Nuklear Malaysia. Makanan kegemaran aku di sini ialah roti bakar atau roti kukus, telur setengah masak, mee hoon sup, kopi susu kambing atau kopi sauda.
Hanya tinggal 20 hari saja lagi untuk kita umat Islam mula berpuasa bulan Ramadhan al-mubarak. Minggu depan insyaAllah akan cuba buat kayuhan percubaan kat Broga sebelum ikut PCC pada 24 Syaaban (16 Ogos) nanti.

10 comments:

ahmad zulhilmi said...

Nama sy Zulhilmi dr..panggilan pendek emi..hehe..wow!kayuhan yg amat menyeronokkan sabtu lepas..

ahmad zulhilmi said...

Terima kasih bnyak-banyak sbb blanja hanya rm1 utk sarapan pagi ye..:)

abuomar said...

Salam Emi,
Sama-sama. Kalau boleh gilir2 tarik (drafting) lagi seronok. Belanja minum? Hal kecik aje.

maTTa said...
This comment has been removed by the author.
maTTa said...

wah ni anak buah pak berahim nie...mesti power

abuomar said...

Emi memang power, orang muda. Tapi pak berahim boleh kejar dia. Bagusnya training ngan orang muda ni, yang tua boleh jadi muda.

Riezal said...

fuh memang betul2 prepare utk PCC ni.. all the best bro.. rugi tak dapat nak register sebab dah penuh.. tapi rasa nak join jugak ari kira tak berdaftar :). harap2 boleh laa join 65km tuu . salam ziarah dari sahabat MTB - rezdrake

abuomar said...

Salam,
Tahun lepas pun sy tak daftar, tapi sy masuk juga. Tapi saya mula kat 2nd loop. Ni trail baru bagi saya. Mudah-mudahan boleh habis.

hanif said...

salam doc abuomar. izinkan sy terus melawat blog ini dari masa ke masa. i am a beginner swimmer. only know a few stroke :- breast stroke (tendang cara competitive & tendang cara katup tapak kaki), front crawl & back stroke. still improving my water treading. going to learn butterfly someday insyaallah. browsed on the net regarding total immersion. was quoted as useful for long distance open water. planned to look for the material at mph or borders if available. i am 31 but the most i can swim continuous was 10x25m breast stroke (tendang cara katup tapak kaki). didn’t check the time properly. smthg like 15 minutes. (was wearing jam casio analog dgn jarum2 stop watch – rupa2nya lebih mudah lihat stop watch dgn sebarang jam digital g-shock). hope to inspire me & the rest of us. selamat maju jaya dari sy & isteri (kami yg baru berjinak2 dgn renang). insyaallah

abuomar said...

waalaikum mussalam hanif,
saya kebanyakan renang gaya bebas. pernah renang 2jam 40 min tanpa henti (kuak dada + bebas). saya ada beli beberapa vcd renang, nak pinjam boleh. tapi kena datang rumahlah bandar baru bangi. mesej kat saya 013-3809631.