Sunday, July 26, 2009

Bandar Baru Bangi- Kelawang


Ahad 3 Syaaban - Pagi ini aku telah membuat kayuhan solo basikal jalan : Bandar Baru Bangi-Kajang Hill-Bandar Teknologi Kajang-Semenyih-Tekala-Genting Peras-Titi-Kelawang-Lenggeng-Beranang-Jalan 6'-Sg Kembung-Bangi Lama-Bandar Baru Bangi.
Masa mula: 0820
Masa tamat : 1615
Bahanapi : Sebelum kayuh-Sarapan 2 biji telur, sandwich tuna. Semasa kayuh- 1.5 liter kosong, 1 tin 100+, 1 botol kecil 100+, 1 biji kelapa muda wangi, 1 gelas air tebu, 1 power bar, 1 power gel, 2 roti krim. Selepas kayuh- beberapa gelas air soya dan milo ais, makan nasi n lauk, makan KFC 2 ketul. Lega dan pulih selepas bini urut seluruh badan menggunakan minyak kelapa dara 'aromatherapy'.
Jarak laluan: 141 km
Halaju purata: 21km/jam
Halaju minimum: 6km/jam
Halaju maksimum: 66km/jam
Tempoh kayuhan: 7 jam
Rehat: Peras, Kelawang (stesen Petronas), Simpang Jeram Toi/Lenggeng (kelapa muda wangi)
Peserta: solo
Pekan Kuala Kelawang. Cuaca mendung, kebanyakan laluan teduh. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat.

8 comments:

won said...

Doc, congratulation and you really make my envy your ride. i got your sms this morning and agreed it was raining so did not want to ride. instead i should have called you then we would have gone riding together. However, i cannot wait any longer so i went out for my brisk walk while still drizzling at 8am. Managed to walk for 2hr 15min in cyberjaya where the sun is getting too hot to continue walking. Anyway, i just missed the golden chance to ride with you on this nice ride. so happy for you and sad for myself.

abuomar said...

won,
pada mulanya memang saya dah tak nak kayuh. faizal pun mesej saya. sya kata, kat bangi masih hujan dan guruh. kira2 jam 8, hujan semakin reda. kul 820 sy cuba kayuh dalam hujan renyai. sy fikir jika hujan semakin lebat sy akan berpatah balik, tapi hujan semakin reda dan sy teruskan kayuhan kerana fikir masih sempat ke kelawang.
maaf...

johar said...

Salam Tn...Terer la tn ni berkayuh sorang2 sampai k.klawang.Sibuk tak jalannya.Saya pun tak berani rasanya.
Dari bbb laluan masuk kemana,saya tak mahir sangat jalan yg dilalui tu.Boleh terangkan sikit.

abuomar said...

waalaikum mussalam,
dari bbbangi saya masuk ke Kajang Hill golf, iaitu laluan bawah jalan k/api tak jauh dari simpang lampu isyarat jln reko/bangi. Seterusnya melalui kajang techpark dan keluar kat billion. Ini jln pintas utk ke semenyih dari bangi. kalau ikut bangi lama ke semenyih kira extra 6km.
laluan ini tak banyak kereta, kecuali jalan utama ke semenyih. kemudian selepas tekala jalan semua sunyi tak banyak kereta sehinggalah ke kelawang, lenggeng, beranang, jalan 6 kaki, dsb semua laluan ada banyak pokok dan teduh.
sebenarnya ni dah kali ke 3. kali pertama solo, kedua dengan anak dan ke 3 semalam solo.

maTTa said...

salam,ala terlepas nak join doc layan road nie,ingat ahad tu dah x jadi kayuh,kalu tau doc pegi gak saya join jer...syok tgk map route nie,x panas sgt

abuomar said...

Salam, minta maaf Matta. Bila hujan ni susah nak buat keputusan, nak pi ke tak nak pi. InsyaAllah lepas raya, buat lagi. Engkau masuk tak PCC presidential ride kat broga nanti pada 16/8/09. Ini pun cukup mencabar 60km off-road. Aku dah daftar. Aku tengok senarai lebih 500 akan ikut.

maTTa said...

insyalah saya join pcc ride tu,br nak g bayar minggu ni

abuomar said...

eluklah tu. khabarnya broga loop menarik. sy pernah berkayuh sebahagian dari loopnya.