Sunday, June 28, 2009

Triathlon ATM Terbuka 2009

Ahad 5 Rejab 1430 - Triathlon terbuka ATM telah diadakan di Pantai Puteri (dulu pantai Kundur). Renang 1.5km (tapi aku rasa lebih jauh), Basikal 40km (sebenarnya 44km) dan Lari 10km. Seramai lebih kurang 150 peserta yang menyertai pertandingan ini, kebanyakannya tentera. Ada juga peserta Britain, Jepun dan Thailand. Alhamdulillah aku berpeluang menyertainya. Ini penyertaan pertama aku untuk tahun ini. Yuran penyertaan hanya RM60 sahaja. Seronok berpeluang untuk beraktiviti selama lebih kurang 4 jam. Paling seronok ialah berpeluang berenang di laut beramai-ramai. Kalau seorang tak berani aku berenang sejauh itu.

Renang dibuat secara loop 3 segi sebanyak 2 pusingan. 3 bola pelampung diletak di 3 sudut. Pelampung-pelampungnya agak kecil dan sukar untuk mengenal pasti kedudukannya semasa berenang. Cukup mencabar. Satu ketika aku terasa semacam tiada pergerakan dalam renangan terutama antara pelampung 2 hingga 3 (melintang di tengah laut).
Tempat penamat
Tempat mula (sebelah tempat penamat)
Melakukan pemanasan dan membasahkan badan
Berdebar juga nak masuk laut ni.
Peserta sedia untuk dilepaskan. Lepas dibuat dengan ledakan asap berwarna. Peserta 'relay' didahulukan.
Selepas 50 minit baru tamat acara renang, agak perlahan, mungkin banyak tersasar arah atau dihanyutkan arus atau dah lama tak renang laut.
Mula untuk berkayuh. Kayuhan 4 pusingan. Berpeluang menyucuk angin dengan pengayuh-pengayuh muda. Dapatlah rehat sikit.
Berlari, acara yang paling aku benci. Tak mampu berlari laju, banyak yang memotong aku dengan mudah.
Peserta terakhir yang tiba di garis penamat (aku lah tu), diiringi van ambulan. Mereka dah bosan tengok perlahannya aku berlari. Asyik dok tanya OK ke pakcik?
Penganjur sibuk membuat kiraan masa bagi menentukan kedudukan peserta.
Penyampaian hadiah, wang tunai, medal dan sijil.
Kedudukan bagi kategori lelaki 40 tahun ke atas. Ada 9 penyertaan. Horey, aku dapat no. 6 - dapat RM100, medal dan sijil.
Medal (depan) dengan logo Angkatan Tentera Malaysia. Bangga aku!!!
Medal (belakang)
Lepas makan tengahari sijil sudah sedia di ambil di meja urusetia. Makan pun sedap, nasi gulai kawah resipi tentera. Kira berbaloi jugaklah bayar RM60 dapat balik RM100, makan tengahari percuma dan T-shirt.
Peta laluan. Renang (segitiga hijau 2X750m), Basikal (merah 4 x 11km) dan lari (kuning 10km pergi-balik).

Keputusan ku: renang 52min., kayuh 90 min., lari 84 min. Keseluruhan 3 jam 47 min.

Terima kasih buat isteri yang setia menunggu dan mengambil gambar. Mejar Kalam ajak ke PD pula 2 minggu lagi. Nak pergi ke tak nak?

Sunday, June 21, 2009

Kayuhan Antara Negeri



Sabtu 26 J'akhir - Seperti yang dirancangkan sebelum ini kami membuat kayuhan antara negeri dari UKM, Bangi ke Pengkalan Balak, Melaka melalui Sepang, Bukit Pelanduk, PD dan Linggi. Tepat 0740 kami mula kayuh dari Unikeb, UKM. Kami singgah untuk berjumpa Abang Razak dan sarapan roti telur di Salak Tinggi. Abang Razak mula berkayuh dari sini. Kami terus kayuh tanpa henti sehingga ke Pengakalan Balak. Tiba di PD, angin lintang cukup kuat hingga hampir menumbangkan basikal kami. Kemudian diikuti hujan lebat. Dari Teluk Kemang angin kencang menolak kami hingga ke Linggi. Tanpa disedari angin belakang menolak kami sehingga mencapai kelajuan 38km/jam walaupun dalam hujan lebat. Kejar mengejar dan tarik menarik membuatkan kayuhan cukup menyeronokkan. Jam 1200 kami tiba di Pengkalan dengan kelajuan purata 27.6km/jam untuk perjalanan sejauh 110km. Kami menginap di calet Deruan Ombak.


Lepas mandi dan makanan tengahari kami menaiki kereta ke rumah Ishak Amin di Ayer Molek. Beliau ialah bekas pelumba jelajah zaman 1980an yang masyhur. Pernah mendapat medal gangsa bagi sukan Asia. Inilah medal terakhir yang dimenanginya yang belum dapat dimenangi sejak itu hingga sekarang.

Kemudian Abang Razak mengajak kami makan Mee Bandung di Parit Bulat (N1 55.053 E102 40.822), Johor. Mee Bandung ini cukup terkenal dan memang sedap. Ahad 27 J'akhir - Rancangan asalnya kami ingin berkayuh pulang ke Bangi. Tapi Rashin minta agar kami berkayuh sekitar Melaka sehingga tengahari kemudian pulang dengan kereta sokongan. Jika tidak katanya dia tidak berpeluang untuk berkayuh kerana terpaksa bawa kereta sokongan. Kami kayuh ikut laluan: Pengakalan Balak-Ramuan China-Lubuk China-Brisu-Masjid Tanah-Pengkalan Balak. Kami singgah makan cendul spesial (N2 21.142 E102 06.551) di Masjid Tanah.

Makan tengahari di Pengkalan Balak sebelum bertolak pulang ke Bangi. Nasi ayam goreng di sini cukup sedap. Begitu juga cucur udang, rojak buah dan goreng pisang makan bersama kicap pedas.
Restoran terapung ikan bakar di Kuala Linggi sudah sedia untuk dikunjungi.
Rumah kampung cantik di Kuala Linggi.

Sunday, June 14, 2009

Sg Pening-Pening (4)


Hari ni 20 Jamadil akhir aku, Omar, Amir dan MKA berkayuh di Sg Pening-Pening. Tahun ni kira kali ke 4 aku berkayuh di sini. Aku memang suka Sg Pening, laluannya panjang dan mencabar.
Menuju puncak pada ketinggian 300m.
MKA
Berehat makan roti canai di Kampung Pasir.Rupanya secara diam-diam pacat ini senang enak menghisap darahku. Aku biarkan sehingga ia kenyang. Katanya kalau dicabut semasa pacat sedang menghisap, darah akan lambat beku. Cecair mulut melambatkan pembekuan darah. Cuba lihat gambar 'close-up' di atas terdapat cecair jernih berlendir dari mulutnya.
Peta laluan kami pagi ni sejauh 22km, 8km/jam, 2 jam 55 minit. Bukit ini merupakan cabaran besar. Setakat ini terpaksa buat MTB (mari tolak basikal) pada kebanyakan pendakian (~3km).

Sabtu 19 J'akhir - berkayuh ke Presint 20 dan Presint 6 melalui Sg Merab. Berenang di Presint 6, buat kuak dada 300m, gaya bebas 1150m dan kupu-kupu 50m = 36minit. Gaya kupu-kupu walaupun penat tapi seronok. Aku akan terus berlatih gaya kupu-kupu dengan mengkaji video dari You Tube. Lepas berenang balik rumah ikut Kg Limau Manis. Kg Limau Manis ni sesuai untuk latihan bukit. Offroad nya pun boleh tahan juga tapi aku tak ada kawan untuk menerokainya. Banyak laluan sudah tidak digunakan.





Wednesday, June 10, 2009

UKM-Linggi


Kami bercadang ingin membuat kayuhan antara negeri dari UKM, Bangi ke Linggi, Melaka (~100km).
Tarikh: 20 Jun 09 (pergi) 21 Jun 09 (balik)
Tempat jumpa: Unikeb, Bangi. Masa: 0730
Semua kaki kayuh dijemput.

Maklumat lanjut boleh hubungi 013-3809631

Monday, June 8, 2009

Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga balik kampung (9-13 J'akhir). Rabu petang (9 J'akhir)kami bertolak ke Kelantan melalui Gua Musang. Perjalanan agak lancar dari Bangi hingga Lipis. Selepas tu jalan mulai sesak sehinggalah ke Machang. Tak sangka ingatkan bila dah malam tak adalah banyak kenderaan di jalan. Jalan Lipis hingga ke Kelantan memerlukan pelebaran segera. Begitu juga kemudahan pengangkutan awam lain seperti keretapi perlu penambahbaikan agar sesuai dengan keperluan semasa.

Khamis pagi kami sempat mendaki 75% Gunung Tebu di Jertih. Kali ini ramai saudara mara yang ingin ikut serta.
Bergambar bersama adik2 ipar dan anak-anak saudara. Mereka agak teruja dengan pendakian. Bagaimanapun sebahagian agak kecewa kerana tak dapat tiba di puncak. Kami perlu turun awal kerana ada yang ingin pulang cepat kerana ada urusan.
Langit terang dengan sedikit awan menyebabkan suasana agak melekit dan cepat berpeluh.
Meredah denai berpandukan GPS.


Denai ke Gunung Tebu sejauh 7km. Kami sempat tiba di km 4.6 kira-kira pukul 11 pagi dan kemudian berpatah balik.
Berendam di kaki bukit (Lata Belatan) cukup menenangkan.
Air yang jernih bersih lagi suci tidak memedihkan mata
Terjunan boleh dibuat pada lubuk dengan kedalaman kira-kira 2m.
Semua puas dan seronok bermain air yang jernih bersih, di kaki Gunung Tebu. Kita harapkan kebersihan sungai ini terus dijaga. Masih ramai yang tidak menghargai kebersihan yang ada.



Seterusnya lepas solat jumaat kami bertolak pula ke Kangar. Pemandangan di puncak Titiwangsa cukup menarik. Lebuhraya Timur-Barat pun tidak setenang dulu, sudah sibuk dengan kenderaan.
Kali ini aku tak bawa balik basikal, jadi tak dapatlah nak jelajah Kangar. Cuma sempat berenang di kolam renang awam sebelah stadium dan mandi di Bukit Ayer. Sungai-sungai tiada yang secantik di Kelantan atau Terengganu. Airnya cetek dan keruh. Seperti di Kelantan cuaca terutama tengahari cukup panas. Pemandangan ladang tebu di Chuping seumpama ladang di Australia. Berkayuh di sini tentunya cukup mencabar.

Tuesday, June 2, 2009

Melaka

Ahad hingga Selasa minggu ini aku ada mesyuarat di hotel Avillion Legacy, Melaka. Hanya sempat joging saja awal pagi. Pagi Isnin dan Selasa dapatlah joging bersama Wan Abdullah dari Petronas sepanjang sungai Melaka dari hotel hingga lah ke muara. Nak berenang di hotel, kolam agak kecil dan penuh dengan kanak-kanak.
Menara Taming Sari
Eye on Malaysia
Laluan joging tepi Sg Melaka
Lobi hotel Avillion