Sunday, June 21, 2009

Kayuhan Antara Negeri



Sabtu 26 J'akhir - Seperti yang dirancangkan sebelum ini kami membuat kayuhan antara negeri dari UKM, Bangi ke Pengkalan Balak, Melaka melalui Sepang, Bukit Pelanduk, PD dan Linggi. Tepat 0740 kami mula kayuh dari Unikeb, UKM. Kami singgah untuk berjumpa Abang Razak dan sarapan roti telur di Salak Tinggi. Abang Razak mula berkayuh dari sini. Kami terus kayuh tanpa henti sehingga ke Pengakalan Balak. Tiba di PD, angin lintang cukup kuat hingga hampir menumbangkan basikal kami. Kemudian diikuti hujan lebat. Dari Teluk Kemang angin kencang menolak kami hingga ke Linggi. Tanpa disedari angin belakang menolak kami sehingga mencapai kelajuan 38km/jam walaupun dalam hujan lebat. Kejar mengejar dan tarik menarik membuatkan kayuhan cukup menyeronokkan. Jam 1200 kami tiba di Pengkalan dengan kelajuan purata 27.6km/jam untuk perjalanan sejauh 110km. Kami menginap di calet Deruan Ombak.


Lepas mandi dan makanan tengahari kami menaiki kereta ke rumah Ishak Amin di Ayer Molek. Beliau ialah bekas pelumba jelajah zaman 1980an yang masyhur. Pernah mendapat medal gangsa bagi sukan Asia. Inilah medal terakhir yang dimenanginya yang belum dapat dimenangi sejak itu hingga sekarang.

Kemudian Abang Razak mengajak kami makan Mee Bandung di Parit Bulat (N1 55.053 E102 40.822), Johor. Mee Bandung ini cukup terkenal dan memang sedap. Ahad 27 J'akhir - Rancangan asalnya kami ingin berkayuh pulang ke Bangi. Tapi Rashin minta agar kami berkayuh sekitar Melaka sehingga tengahari kemudian pulang dengan kereta sokongan. Jika tidak katanya dia tidak berpeluang untuk berkayuh kerana terpaksa bawa kereta sokongan. Kami kayuh ikut laluan: Pengakalan Balak-Ramuan China-Lubuk China-Brisu-Masjid Tanah-Pengkalan Balak. Kami singgah makan cendul spesial (N2 21.142 E102 06.551) di Masjid Tanah.

Makan tengahari di Pengkalan Balak sebelum bertolak pulang ke Bangi. Nasi ayam goreng di sini cukup sedap. Begitu juga cucur udang, rojak buah dan goreng pisang makan bersama kicap pedas.
Restoran terapung ikan bakar di Kuala Linggi sudah sedia untuk dikunjungi.
Rumah kampung cantik di Kuala Linggi.

21 comments:

maTTa said...

tahniah semua otai2 yg join ride ke melaka....

abuomar said...

salam matta,
Terima kasih. Kami cadang pada 12-jul nak buat kelawang loop. Jom ikut sekali. Unikeb-semenyih-tekala-peras-titi-kelawang-lenggeng-beranang-jln 6'-bangi-ukm.

aliff muhammad said...

Salam,
Jauh Dr.dan Encik Won berjalan! :)

abuomar said...

salam aliff,
jom ikut kayuh bersama kami, lagi meriah. kayuhan berkumpulan seterusnya ialah kelawang loop, insyaAllah.

won said...

dr, i am enjoying all my rides with you and our cycling friends cycling together to new places (places that i have never been before). i am also experiencing and learning a lot more about cycling from our cycling sifu. i am looking forward to our next ride to wherever it takes me to. thank you to our cycling friends for taking care and teaching me.

maTTa said...

doc 12 julai ader trialthon pd ler,kalu doc wat sblm tu best ler join

aliff muhammad said...

Salam,
Dr., nantilah Aliff belum ada RB lagi. Nak bawa MTB tu, jenuhlah nak kejar Dr.dan Encik Won kita!

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Pangalaman berkayuh dalam hujan lebat

won said...

juga pangalaman berkayuh dengan angin lintang cukup kuat hingga hampir menumbangkan basikal kami ditepi laut di PD.

abuomar said...

Salam semua
won,
abg razak is the best sifu. he was a national rider. you should ride with him and learn how to draft. don't challenge him?
matta,
serba salah pula saya. asalnya tak nak masuk PD tri sebab nak masuk ATM tri. tapi ATM tri pun sy tak dapat masuk kerana ada kerja di UTEM dari 25-28 jun. kau masuk ke PD tri?.
alif
ada sy jumpa seorang kayuh MTB, sy guna RB tapi tak dapat kejarnya.
zizi
ahad hari tu kau patut ikut kami kayuh. kenapa menghilang?

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

doc ptg sabtu jugak saya balik ker KL

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Ada urusan kerja ker Miri urgent.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Maaf Doc

abuomar said...

Zizi,
No problem. Kerja lebih penting dari kayuh. Rezeki tu. Kayuh bila lapang je. Yang penting jangan berhenti terus walaupun sibuk. Cuba cari masa lapang. Kayuh atau senaman lain baik untuk kesihatan dan kecergasan kita.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

doc

Terima kasih atas nasihat itu.Nanti kita kayuh sesama lagi.

johar said...

Salam doc...Hebat tu,nak tanya macamana nak tingkatkan stamina sampai dpt kayuh ke Melaka
Saya mudah tercungap2 bila naik bukit ,kalau slow2 tu bolehlah,dah veteren la

abuomar said...

wsm en johar,
Utk permulaan kayuh pelan2 tapi lama. Cuba kayuh 50km dulu. Penat berenti. Tea break @ lunch time berenti rehat macam biasa. Lepas tu kayuh lagi. Lama2 sampailah. Kena sabar. Mental mau kuat. Nanti baru dpt ketagih kayuh.

heero yui said...

"kelajuan purata 27.6km/jam untuk perjalanan sejauh 110km" - dasat korang mmang power power semua

abuomar said...

heero,
bangi-melaka kebanyakannya rata. sebenarnya kami pernah buat purata 33km/j utk jarak 130km bagi laluan bangi-bagan lalang-morib-dengkil-bangi. tapi ikut kumpulan yg ramai. kalau pandai draf dan pandai buat giliran menarik memang boleh laju.

Anonymous said...

dr....bila nak datang melaka lagi.....saya dah jual rumah air molek tuu....sekarang saya duduk rumah lain yang saya beli lelong lagi lepas jual rumah air molek tu.....my new address 84 Lorong Indah 1, Taman Perkota, 75350 Melaka......apa pun ...thanks keran sudi mampir ke rumah den tempoh ahri.....Ishak Amin

abuomar said...

Salam Sdr Ishak,
Terima kasih atas kunjungan ke blog saya dan alamat rumah yang diberikan. InsyaAllah ada rezeki saya ke sana lagi. Bulan ni saya kurang sihat sikit.
Baru-baru ni ada pelajar UTeM berkursus di tempat saya. OK semuanya berdisiplin dan rajin belajar.