Tuesday, October 26, 2010

Joging sekitar Pasir Puteh

Di Pasir Puteh banyak tempat boleh joging - jalan kampung, kebun getah. Tak banyak kenderaan bermotor. Laluan di atas ialah sekitar Kg Kelubi, Sekolah Tok Janggut, Alur Pasir.

Sunday, October 24, 2010

Gua Musang

Dalam perjalanan pulang ke kampung (Jumaat) aku menginap satu malam di Kesedar Inn, Gua Musang. Bayaran RM70 termasuk makan pagi untuk 2 orang. Sebelum keluar aku dan isteri sempat joging sekitar Kesedar Inn menyusuri Sg Ketil. Kesedar Inn terletak berhampiran cabang Sg Ketil/Sg Galas bersebelahan istana hinggap. Tempat ini cantik jika dibangunkan menjadi kawasan rekreasi. Air sungai pun masih jernih.
Seterusnya singgah di rumah abang Pa, Ciku 3 makan bekwah anak perempuan ke 3 nya kawin. Sekitar jam 2 meneruskan perjalanan.
Selepas 1 jam bermotor rasa mengantuk singgah minum teh halia dan makan roti bawang di R & R, Kuala Krai. Tempatnya selesa dan angin sepoi mengurangkan rasa panas terik. Tiba di Pasir Puteh jam 4 ptg. Tujuan aku balik kampung kali ini agak berbeza dengan sebelumnya kerana kali ini kira mengambil giliran tugas menjaga ayah.

Saturday, October 16, 2010

Bangi-Lekas-Seremban-Labu-Nilai-Bangi

Pagi ini buat kayuhan jauh: Rumah-UKM-Bangi-Semenyih-LEKAS-Seremban-Labu-Nilai-Bukit Mahkota-Bangi-UKM-Rumah = 110km untuk tempoh 4.5 jam. Kayuh bersama kumpulan Maplay

Ahad kayuh basikal gunung bersama Zamani di Taman Cabaran. Buat 3 pusingan = 13km = 2 jam. Lepas kayuh borak ngan Lan dan daftar lumba XC pada 14 Nov.

MORE INFO CALL/SMS -
ASLAN - 017-2852855
Ahmad - 019-2683936
LIST OF PAID RACERS :
Name /No. Plate/Category/T-shirt size:
1) Mohd Omar Adibb/010/Junior/L
2 )Haziq B Azlan/009/Open/M
3 ) M.Shahrulnizam/ Open
4) Zamani Supartin / Veteran
5) Mohamad Pauzi Ismail / Veteran
6) Muhammad Abu Bakar / Veteran
7) Muhammad Izzuwani bin Ramlan Rose / Open
8) Jamallulil bin Abdul Ghani / Open
9)Rizaldee bin Razali / Open
10) Calvin Chin / Veteran
11) Cheston Chin Yuh Zhang / Junior
12) Budi Subari bin Mohd Ariffin / Open
13) Tengku Nur Hafizah binti Tengku Mohamed / Open Women
14) Tengku Mohamed bin Tengku Abdul Jalil / Veteran
15) Md Aiman Abbas bin Md Heikal / Junior
16) Alysha Abbas binti Md Heikal / Junior Women
17) Ainul Abbas bin Md Isaly / Junior
18)KAMAROLAZUAN ABD ROHIM/OPEN/
19)Mosyawir Abdul Ghani/OPEN/M/(FREE)
20)Adli bin Md Dahalan/VETERAN/S

Degup jantung turun naik dan mencapai lebih 150 ketika pendakian. Pusingan pertama agak lembab, tapi ke 2 lebih bertenaga. Pusingan ke 3 Zamani pelawa kurma, jadi rehat lama sikit.
Ada 2 bukit utama untuk setiap pusingan.

Peta laluan XC yang lepas dengan sedikit jalan potong. Khabarnya untuk lumba akan datang jarak satu pusingan ialah 4.8km. Lepas kayuh pergi renang 15min kemudian kayuh lagi 30 min dari ofis ke rumah (simpan kereta di ofis).

Friday, October 15, 2010

Joging sekitar Bangi

Tasek Cempaka
Komplek Sukan Bangi

Sunday, October 10, 2010

Kayuhrenang 101010

Kayuh basikal gunung 2 jam renang 1 jam. Di Sabah cuaca agak sejuk kerana setiap petang hujan. Bila balik semenanjung terasa melekit dan panas. Renang dapat menyejuk dan menyegar semula badan yang panas.
Semalam joging 90min sepanjang tepi laut Bandar Kota Kinabalu.
Puncak Kinabalu boleh kelihatan di pagi yang terang dari Kota Kinabalu kira-kira pada jarak 100km.

Saturday, October 2, 2010

Kayuhan hujung syawal 1431

Sebelum ke rumah terbuka, aku kayuh dulu ke Taman Cabaran Putrajaya. Buat 1.5 pusingan kemudian balik. Laluan agak licin kerana hujan. Jatuh meniarap di satu cerun, alhamdulillah tiada kecederaan serius. Tempoh kayuhan hari ini 3.5 jam.