Sunday, March 28, 2010

Energizer Night Race 2010

Baru sebentar tadi aku menamatkan larian malam 10km. Bermula jam 2055 dan tamat jam 2200. Bayar RM60, dapat baju lari, lampu energizer (boleh kayuh atau lari malam lepas ni), pencukur shick, sijil, medal, makanan dan baucar dan yang paling penting dapat lari beramai-ramai. Cuaca agak panas malam tu. Setelah 1/2 jam lari peluh pun keluar, baru terasa sedikit keselesaan. Selepas lari baru jumpa kenalan seperti Faizal, Cipo dan lain-lain. Mereka semua masuk 21km. 10km terasa agak pendek manakala 21km pula rasa cukup seksa. Mungkin kalau masuk 21km orang semua dah nak balik, aku baru tiba di garisan penamat.

Wednesday, March 24, 2010

Kayuhan Cherang Tuli

Semasa cuti sekolah lalu juga aku sempat berkayuh sekitar Kg Cherang Tuli, Pasir Putih, Kelantan.
Cuba ingin mencari balik satu lubuk yang jernih dalam suatu masa dahulu (60an) tapi tak jumpa. Yang jumpa sungai yang dah cetek dan keruh.
Justeru pembangunan, bukit menjadi mangsa. Tanah bukit diambil untuk menutup sawah/lembah untuk dijadikan perumahan.
Dulu bukit ini agak tinggi. Sekitar tahun 70an, jika kita berdiri di atas batu besar akan kelihatan dengan jelas Pantai Bisikan Bayu, Semerak 20km dari sini.
Jalan kampung dengan pasir putih begini sudah semakin kurang dan diganti dengar jalan tar.
Jalan kampung begini masih sesuai untuk berjoging di waktu pagi yang sunyi lengang.

Kayuhan Sawah Padi

Semasa cuti sekolah lepas aku sempat berkayuh di kawasan sawah padi sekitar Santan dan Chuping, Perlis.
Menyusuri batas tali air

Menghampiri jalan keretapi di Chuping

Melintasi jalan keretapi. Tiada pagar, tapi ada tanda amaran. Kehadiran keretapi boleh didengar. Perkembangan sistem pengangkutan keretapi agak perlahan di negara kita. Masih laluan tunggal sejak 50 tahun lalu.

Sawah luas terbentang sayup mata memandang, cukup cantik dengan bukit batu kapur.

Padi baru dituai

Bangau berkumpul di kawasan berair untuk menangkap ikan.

Permainan wau selepas musim menuai di musim panas ini masih lagi popular

Yang tua mengawal wau, yang muda menjadi penonton. Entah apa seronoknya berpanas, tapi dulu pun aku begini juga dan kadang2 membiarkan wau terbang di udara hingga ke malam.

Sunday, March 14, 2010

RUN10


Ride up North (RUN10) telah berlangsung pagi ini. Alhamdulillah aku selamat menghabiskan cabaran ini, 46km jauhnya dalam tempoh 3 jam 20 min. Kebanyakan laluan adalah lebar dan beralun merentasi kebun getah. Bukit tidaklah begitu tinggi tetapi agak curam, sebahagiannya kena guna teknik MTB (mari tolak basikal). Tiga bukit utama perlu dilepasi. 1452 telah mendaftar. 700 peserta pertama yang menamatkan kayuhan akan diberi medal. Bayar RM50 dan pulangannya satu jersey, 100+, air Suntonic, pisang dan yang paling penting ialah keseronokan kayuh beramai-ramai dan berkenalan.

Kayuhan dimulakan pada jalan raya dan laluan lebar. Bila tiba di laluan sempit peserta sudah agak terpisah. Makanan dan minuman yang disediakan semuanya lebih dari mencukupi. Tahniah kepada penganjur!!!

Laluan kebun getah muda bersebelahan ladang tebu.

MTB = Mari tolak basikal

MTB = Mari tolak basikal

Peserta semakin terpisah jauh apabila lebih separuh perjalanan.

Aku pun semakin keletihan, semakin jauh ditinggalkan.

Tamat juga akhirnya dengan semua 'check point' dilepasi.



Satu idea kreatif penganjur memberikan medal siap dengan kedudukan.

Saturday, March 6, 2010

LTdL 2010: Putrajaya-Genting

Pagi ini tak kayuh kerana nak ambil gambar LTdL di Kajang (Sprint 1). Rancangan asal nak ikut kayuh panjat Genting tapi petang ada kenduri kahwin rakan ofis pula pada sebelah petang. Jadi bagi mengekalkan stamina aku joging 1 jam di kompleks sukan Bangi sebelum ke Kajang menunggu LTdL di Sprint no. 1 (12.6km).
Lebih kurang jam 10:20 LTdL tiba di Sprint no 1 Kajang.
No. 1 dan 2
Anuar Manan memecut untuk tempat ke 3.
Anuar tersenyum lebar
Gambar oleh OMP production