Sunday, March 14, 2010

RUN10


Ride up North (RUN10) telah berlangsung pagi ini. Alhamdulillah aku selamat menghabiskan cabaran ini, 46km jauhnya dalam tempoh 3 jam 20 min. Kebanyakan laluan adalah lebar dan beralun merentasi kebun getah. Bukit tidaklah begitu tinggi tetapi agak curam, sebahagiannya kena guna teknik MTB (mari tolak basikal). Tiga bukit utama perlu dilepasi. 1452 telah mendaftar. 700 peserta pertama yang menamatkan kayuhan akan diberi medal. Bayar RM50 dan pulangannya satu jersey, 100+, air Suntonic, pisang dan yang paling penting ialah keseronokan kayuh beramai-ramai dan berkenalan.

Kayuhan dimulakan pada jalan raya dan laluan lebar. Bila tiba di laluan sempit peserta sudah agak terpisah. Makanan dan minuman yang disediakan semuanya lebih dari mencukupi. Tahniah kepada penganjur!!!

Laluan kebun getah muda bersebelahan ladang tebu.

MTB = Mari tolak basikal

MTB = Mari tolak basikal

Peserta semakin terpisah jauh apabila lebih separuh perjalanan.

Aku pun semakin keletihan, semakin jauh ditinggalkan.

Tamat juga akhirnya dengan semua 'check point' dilepasi.



Satu idea kreatif penganjur memberikan medal siap dengan kedudukan.

6 comments:

Perlis Power MTB Club said...

Congtratulation, dpt habiskan RUN 10...dpt medal?

abuomar said...

Terima kasih. Tahniah kepada anda juga. Satu penganjuran yang teratur dan baik. Ya saya dapat medal. Eluk tiba di garis penamat tayar bocor. Kena tolak basikal ke kereta. Tak tunggu lama terus balik Kangar, sebab ada urusan keluarga. Maklumlah balik sekejap.

Long Mie said...

En Abuomar, Jika ada saranan penambahbaikan utk next RUN, amat dialu-alukan.

abuomar said...

Terima kasih Long Mie,
Rasanya tak ada apa nak komen. Penganjuran yang baik. Cuma kalau ditambah lagi jarak atau bukit mungkin akan lebih mencabar. Atau gabungan laluan sawah padi dan kebun getah.

Ridwan said...

ASWW Dr., tahniah dapat lagi medal. Oh ya, nak joint Selangor MTB Challenge 2010 di Sg. Buloh april nanti? Utk Selangor Open 30km dan Veteran (>= 45thn) 25km.

abuomar said...

wsm,
Terima kasih ridwan. InsyaAllah jika lapang, saya ingin ikut lumba dalam Selangor MTB di Bukit Lagong. Saya dah hantar borang penyertaan tapi belum bayar. Saya masuk kategori veteranlah.