Baru sebentar tadi aku menamatkan larian malam 10km. Bermula jam 2055 dan tamat jam 2200. Bayar RM60, dapat baju lari, lampu energizer (boleh kayuh atau lari malam lepas ni), pencukur shick, sijil, medal, makanan dan baucar dan yang paling penting dapat lari beramai-ramai. Cuaca agak panas malam tu. Setelah 1/2 jam lari peluh pun keluar, baru terasa sedikit keselesaan. Selepas lari baru jumpa kenalan seperti
Faizal, Cipo dan lain-lain. Mereka semua masuk 21km. 10km terasa agak pendek manakala 21km pula rasa cukup seksa. Mungkin kalau masuk 21km orang semua dah nak balik, aku baru tiba di garisan penamat.
No comments:
Post a Comment