Monday, April 28, 2008

Minggu ke 16

Isnin - rehat

Selasa, R (45)
pemanasan: 200 selang seli bebas/kuak dada
utama: 400, 4 x 100, 300, 3 x 100 - NFS 4/NFS 7
penyejukan: 200

Rabu
B (50) : pemanasan dan penyejukan 10min
pendakian di bukit 3 min, ulang 6 kali dengan NFS 7 (UKM)

R (20) : renang (UKM) pemulihan selepas kayuh.

Khamis
L (30) Lari sekitar rumah
B (60) Berbasikal gunung sekitar Sg. Merab/Teras Jernang


Jumaat
R (60)
pemanasan: 200 selanjar
utama: 4 x 500 pada Nafas 4
penyejukan: 200

Sabtu
L (65) Berlari ke Tasik Cempaka dan balik (Nfs 2-3).
B (60) Basikal jalan sekitar Bdr Baru Bangi.
pemanasan dan penyejukan 10min
pendakian di bukit 2-3 min, ulang 6 kali dengan Nfs 6-8.

Persediaan A Famosa triathlon: Satu bilik di Hotel Tampin (06-4411138) telah ditempah melalui telefon dengan kadar RM45 semalam. Omar dah bersetuju untuk jadi jurufoto. Aku dan Omar akan ke A Famosa untuk pendaftaran pada petang Sabtu 10/5/08.

Ahad
B (240) ikut PCC kayuh basikal gunung di Bandar Teknologi Kajang.

Kayuh dari rumah ke Taman Teknologi Kajang (30 minit). Kayuh bersama kumpulan PCC http://www.pcc-cycling.freeservers.com selama 3 jam. Kemudian berpisah di persimpangan ke Taman Universiti, aku terus pulang ke rumah (30 min).
Awal kayuhan dengan PCC dimulakan dengan pendakian sehinggakan kebanyakan terpaksa tolak basikal. Tegang urat labu betis walaupun berjalan tolak basikal. Kemudian menurun bukit curam, kelebihan kepada basikal berpenyerap hentak dual. Aku sendiri tak berani menuruni curam dengan berbasikal, aku tolak je. Lagipun lama tak main basikal gunung ni jadi gayat pulak bila tengok cerun curam. Agak memenatkan juga kali ni dengan cuaca semakin panas. Tiba di rumah jam 12:30 tghari. 1.5 liter air kosong, 7 biji kurma, 6 keping biskut tawar dan pepsi twist 0.5 liter dihabiskan.

Jumlah R(125), B (410), L (95) = 10.50 (sasaran 7.50). Minggu ini agak terlebih latihan.

Saturday, April 19, 2008

Bali

Basikal digunakan untuk mengutip sampah di Bali.

21-27 April
21/4 Isnin R (45). Renang di kolam hotel Mawar Putih, Legian, Bali. Hotel ini hanya 100m dari tempat letupan bom terbesar di Bali tahun 2002. Boleh masuk kolam se awal 0630 pagi sehinggalah malam jam 2300. Sebelum sarapan aku dah masuk kolam. Waktu tu pekerja hotel masih dok bersihkan kolam. Sebenarnya aku ke Bali untuk mengikuti Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti yang berkaitan ISO 17024 (akreditasi badan persijilan) dan ISO9712 (latihan dan persijilan Ujian Tanpa Musnah, NDT) yang di biayai oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi mengharmoni program latihan dan persijilan personel NDT negara-negara anggota yang terdiri dari Australia, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Korea, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura dan China. Australia (Aus Institute of NDT) merupakan negara pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan ISO 17024.
Sebahagian peserta bengkel ISO 17024.
22/4 Selasa
545-715 berjalan ke pantai dengan Isaac, 60 (Canada), David, 68 (Australia), Rena (Indon), Nitis (Indon) dan Romales (Msia).
725-740 renang di kolam.
1730-1830 L [60] lari di pantai
1900-1930 R di kolam
23/4 Rabu
610-700; L [50 min]
710-730; R [20 min]
Persembahan kebudayaan di Ubud.

24/4 Khamis
610-710 L 60
722-752 R 30
Petang, kami dibawa melawat ke Uluwatu untuk melihat matahari jatuh. Cantik tempat ini. Banyak kera di sini. Kaca mata aku hampir disambarnya.

Malam kami dibawa makan malam di Jimbarang, makan makanan laut.
25/4 Jumaat
630-730 R 60 di kolam.

Petang bersiar ke pantai Kuta sambil mengambil gambar.

Pandangan menarik waktu senja di pantai Kuta.Entah apa yang dijunjung oleh mak cik ni, mungkin ubat urut atau alat membuat tatoo. Banyak aktiviti di pantai ini, ada yang joging, memancing, berurut, bertatoo, bermain papan luncur, dll.

26/4 Sabtu

Lari ke pantai L (15) dan renang R (15) di laut bersama peluncur.
David Barnett ni guru kami bagi bengkel di atas. Beliau ialah Presiden, Institut NDT Australia dan pengerusi Lembaga Akreditasi. Walaupun sudah berumur 68 tahun, tapi masih cergas dan mampu memberi kuliah sehari suntuk. Setiap pagi beliau akan berjalan di pantai Kuta selama lebih 1 jam. Beliau mula bersenam seawal 5:30 pagi. Pernah 6 kali masuk marathon, tapi kecederaan lututnya tidak membolehkan beliau berlari lagi.
Setiap pagi ramai yang berjalan atau joging di pantai Kuta. Ramai orang putih terutama Australia yang melancung di sini.
Tengahari betolak pulang ke rumah. Seronok juga di Bali. Memang Bali tempat rehat. BALI=Banyak Libur.

27/4 Ahad B (120)

Kayuh bersama Zamani dan Abg Razak (Bukit Unggul, Teras Jernang, Sg. Merab, Kg Datuk Abu Bakar Baginda, Putrajaya, Dengkil, Bkt Unggul) walapun tak lama tapi cukup memenatkan.

Jumlah R (170) B (120) L (245) = 8.92 (sasaran 8.25)

Tuesday, April 15, 2008

Minggu ke 14

Isnin (7 r'akhir 1429)- rehat
Terasa lenguh bahu kesan renangan semalam. Kul 05:30 dah bangun. Antara kebaikan bersenam ni ialah mudah tidur awal dan mudah bangun awal. Nak beramal pun mudah.
Kul 0830 Bawa ayah pergi berurut di rumah Pak San, Sg. Petai. Alhamdulillah belum ada orang, kami dapat giliran no. 1. Sebentar kemudian tiba En. Sirajudin, bekas wartawan Utusan pun ingin berurut dengan Pak San sebelum kembali ke KL. Pulang dari rumah kami singgah di pasar Pasir Putih, beli laksan, laksa, kacang merah, jering rebus, kuih serunai dan buah pauh Siam. Kenangan teringat kembali. Arwah mek bila pergi pasar biasanya bawa balik kacang merah rebus gaul kelapa kesukaanku.
Petang bermain ikan karin (ikan laga) dengan ayah (78 tahun). Sejak mek meninggal dan ayah lumpuh sebelah tangan, dia agak kesunyian jadi ikan karin jadi temannya. Berbotol2 ikan karin diletakkan atas meja. Kadang2 aku tengok dia tenung begitu lama, entah apa yang ditengok aku pun tak tahu. Mungkin dia memerhatikan antara jantan dan betina mana satu yang ingin dipasangkan untuk disatukan dalam kolah besar supaya mereka dapat membiak, beranak pinak. Ayah ku memang jenis suka main tak suka dok diam, suka berjalan ke sana sini. Masa kecil aku belajar buat wau dengannya, belajar memotong padi, menoreh, mengutip getah, menangkap ikan di baruh (sawah) dan mengharung air banjir. Tapi dia tak pandai berenang, aku belajar renang bersama kawan2 semasa mandi di lubuk dan sungai.

Selasa (8 r'akhir) - B(60min) L (30min)
Berbasikal (roadbike) ke Sg Petai, Gaal, Wakaf Bunut, Kg Raja. Melalui baruh dan kebun getah. Masih ada baruh di Pasir Putih ni walaupun sudah mengecil begitu juga kebun getah. Sekarang orang berkereta proton gi mnoreh. Juga merentasi Sg Rasau dan Lubuk Dalam tempat aku lepak masa kecik. Kemudian joging sekitar kampung.
Balik kampung ni banyak kenangan lama dan idea baru diperolehi. Contohnya bagaimana nak biakkan ikan karin. Buatkan beberapa tuke (tiub dari buluh) dan letakkan dalam kolah/kolam. Nanti ikan karin akan berpasangan dan merendek dalam tuke seterusnya membuat bueh dan menghasilkan telur. Keadah ini juga digunakan untuk menangkap ikan sepila atau karin di baruh. Inilah permainan orang dulu2.

Rabu (9 r'akhir) - balik ke Bangi. R(45min). Petang renang di UKM.

Khamis (10 r'akhir) - puasa, B (45min)-pergi balik pejabat

Jumaat (11 r'akhir) - L (45min)

Sabtu (12 r'ahir) - B (210). Kayuh bersama Zamani ke Lenggeng. Dia masih kuat, sakit paha ku mengejarnya. Tengahari gi kenduri rumah Dr Huda. Petang R (50min) di UKM.

Ahad (13 r'akhir) - B (60) L (25). 0700 Berbasikal ke Sg. Merab/Jenderam Hilir kemudian lari sekitar rumah. Tengahari bertolak ke Bali untuk urusan kerja.

Jumlah R (95) B (375) L (100)=9.50 (sasaran 9.25).

Sunday, April 6, 2008

Swimathon 2008

8-13 Apr
Isnin - rehat/puasa B (30)
Selasa - L (30) Joging sekitar rumah, kecederaan kaki semakin pulih.
Rabu - R (76) Renang tanpa rehat dengan rentak sederhana kuak dada dan bebas sejauh 3km = 2.36km/jam di UKM (1730-1846).
Khamis - B (45) L (30)
Jumaat - Bertolak ke Marang, Terengganu.
Bertolak seawal jam 6:45 pgi dari Bangi bagi mengelakkan kesesakan melepasi KL untuk ke pantai timur. Tiba di Marang 1230, makan tengahari di Marang Water front nasi lauk ikan goreng. Kalau ke pantai timur ni makanan pilihan aku ialah ikan, sotong. Makanan laut di sini semuanya segar2. Daging atau ayam bukan lagi pilihan. Lepas tu solat jumaat di masjid berdekatan. Di Marang tahu sajalah kawasan Tn Guru Hj Hadi, masjid merata-rata, senang nak solat. Makanan kat Marang pun murah tidak seperti Kuala Terengganu atau Kemaman. Lepas solat baru cari tempat penginapan. Dapat menginap di Marang Guest House, chalet berdinding kayu dengan bayaran hanya RM60, berhawa dingin dan ada TV. Terus tidur sampai asar. Lepas asar pergi jalan2 kat jeti tengok orang ramai memancing sambil merenung pulau kapas. Dalam hati terfikir, eh sayup juga kelihatan dan hati mula berdebar dan terfikir boleh ke aku berenang ahad pagi ni.

Sabtu - Daftar swimathon.
Jam 0900 mula mendaftar untuk kategori lebih 50th dengan bayaran RM50. Bayaran ini termasuk tambang bot ke pulau kapas, makan malam, sarapan pagi, sekeping power bar perisa pisang, topi TMT2008, dll. T-shirt diberi setelah menamatkan renangan. Kira berpatutanlah bayarannya. Lepas daftar, jam 0945 menaiki bot ke pulau kapas, hanya 10 min dengan bot laju. Kemudian daftar masuk Duta Puri Chalet dengan bayaran RM140. Tengahari kawan ajak renang buat 'water confident' sambil melihat ikan berwarna warni, gamat, batu karang. Petang 1630 taklimat keselamatan diberikan oleh pihak polis marin dan Mr Chan. Beberapa tip diberikan supaya kita tidak tersasar dibawa arus. Cuaca agak panas petang tu, bimbang takut sakit kepala. Minum air banyak-banyak. Jam 1900 makan malam sepuasnya. Lepas isyak terus tidur. Jam 0:00 tersedar banyak nyamuk yang memasuki melalui pintu bilik air. Pasang ubat nyamuk kemudian boleh tidur lena. Ahad - R (159) - Kapas/Marang
Bangun 0500 solat tahajud minta doa keselamatan. Jam 0530 pergi sarapan. Tak ramai yang sarapan, yang pro tak kelihatan, rasanya mereka tak sarapan, mungkin mereka ambil power bar dan minum sahaja. Selepas buang air sepuasnya, mandi dan solat subuh. Jam 0630 daftar masuk swimathon dan tulis nombor di badan. Ada kawan tu asyik pi bilik air sakit perut, mungkin berdebar kot. Jam 0725 taklimat akhir diberikan oleh Mr Chan. Jam 0735 cabaran bermula. 2 bot marin, 2 Jet ski, 50 kayak dan sebuah helikopter mengawasi perenang. Seramai 196 peserta dari 11 negara mula berenang merentasi laut terbuka sejauh 6.5km.
Terdapat 2 pelampung sebagai tanda arah. Aku melepasi pelampung pertama selepas 1/2 jam dan selepas 1 jam melepasi pelampung ke 2. Selepas pelampung ke 2 ni pandangan aku agak kurang jelas mana arah mahu dituju. Pesanan Mr Chan ialah tuju pada bot marin. Tapi aku tak pasti mana satu. Aku cuba ikut kelompok perenang. Nampak seorang Mat Salleh ke kiri dan ke kanan. Mulanya nak gunakan dia sebagai panduan tapi nampaknya bahaya ni takut aku tersasar sama. Aku ikut kelompok Cina dan Melayu. Mereka ni muda-muda mata mungkin terang, banyak guna kuak dada, jadi ini orang boleh dipercayai walaupun sedikit perlahan tak apa. Ada ketika aku berenang seorang tetapi kemudiannya ada kelompok datang lalu aku pun mengikut kelompok ini (drafting) rasa lebih selamat dan hilang gayat. Agak lama selepas pelampung ke 2 baru nampak bot marin, rasa lega-arah dah betul. Semakin yakin dan mula memecut dengan gaya bebas apabila 3 belon di udara (tanda titik penamat) jelas kelihatan, bagaimanapun sesekali kena perlahankan juga, tangan terasa lenguh.
Di pertengahan pemandangan laut yang tak kelihatan lagi dasarnya cukup menarik. Seperti pandangan langit waktu malam gelap di langit tanpa awan dengan bintang berkerlipan. Terdapat kerlipan biru (kutu air) dan ada ketika terpaksa meredah kutu berwarna putih yang pedih dan gatal. Bagaimanapun pedih dan gatal tu hanya sementara saja. Terserempak juga beberapa obor2 tapi nasib sempat mengelak. Tepat jam 1014 aku tiba di garis penamat, dalam keadaan terhuyung hayang (mabuk laut) aku berjalan naik ke darat, seronok tak terkira seorang awet tolong sarungkan T-shirt penamat dan di gerbang si adik pula kalungkan medal penamat di leher. Puas!!!, mungkin tahun depan datang lagi.
Aku sasarkan 200 minit tapi alhamdulillah dapat 159 minit. Masa layak ialah 4 jam. Rasanya lebih laju berenang di laut (2.45km/jam) berbanding di kolam aku hanya mampu buat 2.36km/jam untuk jarak 3km.
Terima kasih kepada kawan yang memberi semangat, tunjuk ajar, pandangan dan idea. Mereka ialah Bazli, Omar, Rashin, Ibrahim, Solihin, Matta, Wan, Mr Chan, Azwar dan lain-lain aku lupa nak sebut. Bagaimanapun nasihat ku kepada yang sukakan apa2 jenis sukan agar mematuhi ajaran agama. Aku perhatikan ramai yang lalai. Matalamat tidak menghalalkan cara. Solat 5 waktu kena jaga, pergaulan lelaki perempuan kena jaga, supaya selain berjaya dalam sukan, sihat jasmani, kita juga ingin berjaya dunia dan akhirat. Kepuasan tiada penghujungnya jika sekadar menurut hawa nafsu. Akhirat kekal abadi dan ianya lebih baik dari dunia.
"Dan tiadalah kehidupan dunia itu kecuali hanya permainan dan lagha (hiburan yang melalaikan) dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka apakah kamu tidak berfikir? (maksud al-an'aam 32) "

Kira2 jam 1230 bertolak pulang ke Pasir Putih. Tiba jam 1530 di Pasir Putih. Cuaca agak panas petang ni suhu sekitar 36C. Cadang nak tidur tapi tak dapat lena. Bagaimanapun malam dapat tidur lena dan kepenatan kembali pulih.


Keputusan swimathon boleh dicapai di http://www.triathlonmalaysia.com/

Untuk kategori 50 tahun dan ke atas,

Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 107 dari 156 yang berjaya menamatkan renangan dalam tempoh kurang dari 4 jam.

Jumlah R (235) B (75) L (60) = 6.16 (sasaran 5.50)