Sunday, April 6, 2008

Swimathon 2008

8-13 Apr
Isnin - rehat/puasa B (30)
Selasa - L (30) Joging sekitar rumah, kecederaan kaki semakin pulih.
Rabu - R (76) Renang tanpa rehat dengan rentak sederhana kuak dada dan bebas sejauh 3km = 2.36km/jam di UKM (1730-1846).
Khamis - B (45) L (30)
Jumaat - Bertolak ke Marang, Terengganu.
Bertolak seawal jam 6:45 pgi dari Bangi bagi mengelakkan kesesakan melepasi KL untuk ke pantai timur. Tiba di Marang 1230, makan tengahari di Marang Water front nasi lauk ikan goreng. Kalau ke pantai timur ni makanan pilihan aku ialah ikan, sotong. Makanan laut di sini semuanya segar2. Daging atau ayam bukan lagi pilihan. Lepas tu solat jumaat di masjid berdekatan. Di Marang tahu sajalah kawasan Tn Guru Hj Hadi, masjid merata-rata, senang nak solat. Makanan kat Marang pun murah tidak seperti Kuala Terengganu atau Kemaman. Lepas solat baru cari tempat penginapan. Dapat menginap di Marang Guest House, chalet berdinding kayu dengan bayaran hanya RM60, berhawa dingin dan ada TV. Terus tidur sampai asar. Lepas asar pergi jalan2 kat jeti tengok orang ramai memancing sambil merenung pulau kapas. Dalam hati terfikir, eh sayup juga kelihatan dan hati mula berdebar dan terfikir boleh ke aku berenang ahad pagi ni.

Sabtu - Daftar swimathon.
Jam 0900 mula mendaftar untuk kategori lebih 50th dengan bayaran RM50. Bayaran ini termasuk tambang bot ke pulau kapas, makan malam, sarapan pagi, sekeping power bar perisa pisang, topi TMT2008, dll. T-shirt diberi setelah menamatkan renangan. Kira berpatutanlah bayarannya. Lepas daftar, jam 0945 menaiki bot ke pulau kapas, hanya 10 min dengan bot laju. Kemudian daftar masuk Duta Puri Chalet dengan bayaran RM140. Tengahari kawan ajak renang buat 'water confident' sambil melihat ikan berwarna warni, gamat, batu karang. Petang 1630 taklimat keselamatan diberikan oleh pihak polis marin dan Mr Chan. Beberapa tip diberikan supaya kita tidak tersasar dibawa arus. Cuaca agak panas petang tu, bimbang takut sakit kepala. Minum air banyak-banyak. Jam 1900 makan malam sepuasnya. Lepas isyak terus tidur. Jam 0:00 tersedar banyak nyamuk yang memasuki melalui pintu bilik air. Pasang ubat nyamuk kemudian boleh tidur lena. Ahad - R (159) - Kapas/Marang
Bangun 0500 solat tahajud minta doa keselamatan. Jam 0530 pergi sarapan. Tak ramai yang sarapan, yang pro tak kelihatan, rasanya mereka tak sarapan, mungkin mereka ambil power bar dan minum sahaja. Selepas buang air sepuasnya, mandi dan solat subuh. Jam 0630 daftar masuk swimathon dan tulis nombor di badan. Ada kawan tu asyik pi bilik air sakit perut, mungkin berdebar kot. Jam 0725 taklimat akhir diberikan oleh Mr Chan. Jam 0735 cabaran bermula. 2 bot marin, 2 Jet ski, 50 kayak dan sebuah helikopter mengawasi perenang. Seramai 196 peserta dari 11 negara mula berenang merentasi laut terbuka sejauh 6.5km.
Terdapat 2 pelampung sebagai tanda arah. Aku melepasi pelampung pertama selepas 1/2 jam dan selepas 1 jam melepasi pelampung ke 2. Selepas pelampung ke 2 ni pandangan aku agak kurang jelas mana arah mahu dituju. Pesanan Mr Chan ialah tuju pada bot marin. Tapi aku tak pasti mana satu. Aku cuba ikut kelompok perenang. Nampak seorang Mat Salleh ke kiri dan ke kanan. Mulanya nak gunakan dia sebagai panduan tapi nampaknya bahaya ni takut aku tersasar sama. Aku ikut kelompok Cina dan Melayu. Mereka ni muda-muda mata mungkin terang, banyak guna kuak dada, jadi ini orang boleh dipercayai walaupun sedikit perlahan tak apa. Ada ketika aku berenang seorang tetapi kemudiannya ada kelompok datang lalu aku pun mengikut kelompok ini (drafting) rasa lebih selamat dan hilang gayat. Agak lama selepas pelampung ke 2 baru nampak bot marin, rasa lega-arah dah betul. Semakin yakin dan mula memecut dengan gaya bebas apabila 3 belon di udara (tanda titik penamat) jelas kelihatan, bagaimanapun sesekali kena perlahankan juga, tangan terasa lenguh.
Di pertengahan pemandangan laut yang tak kelihatan lagi dasarnya cukup menarik. Seperti pandangan langit waktu malam gelap di langit tanpa awan dengan bintang berkerlipan. Terdapat kerlipan biru (kutu air) dan ada ketika terpaksa meredah kutu berwarna putih yang pedih dan gatal. Bagaimanapun pedih dan gatal tu hanya sementara saja. Terserempak juga beberapa obor2 tapi nasib sempat mengelak. Tepat jam 1014 aku tiba di garis penamat, dalam keadaan terhuyung hayang (mabuk laut) aku berjalan naik ke darat, seronok tak terkira seorang awet tolong sarungkan T-shirt penamat dan di gerbang si adik pula kalungkan medal penamat di leher. Puas!!!, mungkin tahun depan datang lagi.
Aku sasarkan 200 minit tapi alhamdulillah dapat 159 minit. Masa layak ialah 4 jam. Rasanya lebih laju berenang di laut (2.45km/jam) berbanding di kolam aku hanya mampu buat 2.36km/jam untuk jarak 3km.
Terima kasih kepada kawan yang memberi semangat, tunjuk ajar, pandangan dan idea. Mereka ialah Bazli, Omar, Rashin, Ibrahim, Solihin, Matta, Wan, Mr Chan, Azwar dan lain-lain aku lupa nak sebut. Bagaimanapun nasihat ku kepada yang sukakan apa2 jenis sukan agar mematuhi ajaran agama. Aku perhatikan ramai yang lalai. Matalamat tidak menghalalkan cara. Solat 5 waktu kena jaga, pergaulan lelaki perempuan kena jaga, supaya selain berjaya dalam sukan, sihat jasmani, kita juga ingin berjaya dunia dan akhirat. Kepuasan tiada penghujungnya jika sekadar menurut hawa nafsu. Akhirat kekal abadi dan ianya lebih baik dari dunia.
"Dan tiadalah kehidupan dunia itu kecuali hanya permainan dan lagha (hiburan yang melalaikan) dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka apakah kamu tidak berfikir? (maksud al-an'aam 32) "

Kira2 jam 1230 bertolak pulang ke Pasir Putih. Tiba jam 1530 di Pasir Putih. Cuaca agak panas petang ni suhu sekitar 36C. Cadang nak tidur tapi tak dapat lena. Bagaimanapun malam dapat tidur lena dan kepenatan kembali pulih.


Keputusan swimathon boleh dicapai di http://www.triathlonmalaysia.com/

Untuk kategori 50 tahun dan ke atas,

Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 107 dari 156 yang berjaya menamatkan renangan dalam tempoh kurang dari 4 jam.

Jumlah R (235) B (75) L (60) = 6.16 (sasaran 5.50)

13 comments:

AHW said...

ASM,
Tahniah dan Syabas kerana G dah berjaya berenang sejauh 6.5km dalam masa 2 j 39min. Berenang jarak jauh mememang memenatkan dari main beskal... kira2 bertarung nyawa gak tu.

Kelemarin saya bergatih bersama anak #2 menyusuri jalan di kedua2 belah Sungai Langat [sambung yg kita lalui minggu lepas]. Kalini jumlah km ialah 32 sahaja, lepas tu sambung lagi 11km sekitar perumahan sec 3. Pagi tadi pergi berenang di Bkt Unggul bersama famili. Mungkin dimasa2 depan boleh ikut G gi berenang dikolam sais olympic lak. Tapi banyak kena belajar lagi la.

Bravo!!!

maTTa said...

syabas doc,salute kat veteren mcm doc....cool,dah lama tak dapat ride dgn doc nie,so kalu kelapnagn ler kita ride same

abuomar said...

terima kasih atas ucapan tahniah dan doa sdr2 semua. alhamdulillah sy dapat menamatkan cabaran ini tanpa apa2 kecederaan. pada mulanya agak takut untuk berenang di laut terbuka ni. tetapi selepas melalui debaran takut, terasa cukup seronok dapat bermesra dengan laut. kulit terasa lebih lembut, berkilat dan berminyak setelah berendam air laut untuk tempoh lebih kurang 3jam.

coconutgrinder said...

salam..waa ada orang bangi gak join swimathon pulau kapas aaa...bole laa kita train skali nanti.. bulan 4 aritu baru masuk swimathon pulau kapas.. nanti bole laa kita train skali dekat kolam presint 6..
salam perkenalan..

abuomar said...

salam coconutgrinder,
awak tinggal kat mana? sy biasa renang kat presint6, uniten dan UKM. hari apa awak renang?

coconutgrinder said...

salam...
saya umah kat seksyen 7 bangi..saya selalu train kat presint 6 gak.. maybe kenai bazli kot?..hari training plak nak buat selalu ari rabu..
nanti bole laaa kita pi sekali.. set la ari apa yang bole kita pi train..ok tak bos?

abuomar said...

pengisar kelapa,
saya memang biasa renang dengan Cik gu Bazli. setiap rabu malam kami renang bersama di presint 6. tapi sekarang presint 6 semakin sesak.

coconutgrinder said...

owwhh... dah betoi laa tekaan saya.. aritu ada cik bazli mai umah saya..ada gak saya bertanya kat dia pasai tuan ni.. sekali dia ckp mmg dah start dok berenang pun kat p6 tu..takpa.. nanti dapat laa saya join balik...saya terbaca isteri tuan orang perelih..belah mana aa?? kim salam kat dia noo..saya pun orang perelih gak...

abuomar said...

isteri sy asal kg salang belakang sekolah keb kg salang. jalan nak pi padang besar.

coconutgrinder said...

ooo..dekat jugak laa ngan area umah saya..tuan bila nak train swimming lagi?

abuomar said...

insyaAllah selasa malam nanti sy pi berenang presint 6

coconutgrinder said...

salam bos... mlm esok(rabu 12.8.09) ajak turun train kat presint 6..bos turun tak?..ahad depan plak dia ajak pi train kat blue lagoon di pd.

abuomar said...

waalaikum mussalam,
Esuk saya masih kat Kuantan kerja luar. Ahad ni saya masuk PCC presidential ride kat Broga.