Sunday, December 17, 2017

OWS Bagan Pinang

Buat latihan renangan di lapangan (OWS) bersama VOcean Walker di pantai Bagan Pinang, Port Dickson.







Saturday, November 25, 2017

Half Oceanman Langkawi

Alhamdulillah selesai dengan selamat acara Oceanman di Tanjung Rhu, Langkawi.






Tuesday, October 24, 2017

Pulau Ular, Cherating

Semasa cuti depavali (18 Okt) baru-baru ini kami kumpulan Ocean Walker yang terdiri dari 9 orang telah melakukan renangan dari pantai cherating bersebelahan Sanctuary Resort ke pulau Ular (pergi-balik) yang mengambil masa kira2 1jam 20min.



 Pada 19 Okt pula kami membuat renangan ringkas di pantai chendor pula. Juga baik untuk latihan renangan di laut.

Sunday, October 22, 2017

Putrajaya triathlon

750m renang, 20km kayuh dan 5km lari.




Terlambat mula rekod jam. ON masa tiba di boya pertama.



Saturday, October 7, 2017

Lapuran Aquathlon Putrajaya

Pada 17 Sep 2017 aku telah menyertai Aquathlon. Semasa berlari aku telah paksa diri berlari dengan lebih laju dari kebiasaan latihan. Kesannya berlaku tegangan pada lutut dan paha kanan. 3 minggu baru sembuh kecederaan tersebut. Faktor umur telah melambatkan penyembuhan.











Friday, September 8, 2017

Pulau Bagan Pinang

Pulau kecil tepi pantai Port Dickson cukup sesuai untuk latihan renang di lautan. Waktu yang sesuai ialah ketika air pasang. Pagi biasanya sekitar jam 0800 dan petang pula sekitar jam 1700.

Friday, August 11, 2017

Shah Alam International Enduride 2017

Telah berlangsung ahad lepas 6/8/2017. Jarak kayuhan 120km. Rekod Suunto Spartan menunjukkan jarak kayuhan 114km.




Monday, July 31, 2017

Kampar Majesty Ride

Semalam berlangsung kayuhan di atas.
Laluan kayuhan boleh dilihat pada pautan Kampar Majesty Ride

http://www.movescount.com/moves/move168810305

Antara yang menarik sekitar Kampar ialah satay dan durian. Gerai durian boleh didapati pada jalan menghala ke Ipoh.
Image may contain: outdoor
Telok Intan juga tidak jauh dari Kampar. Terdapat kedai gunting Cina yang menyediakan khidmat mencuci lubang telinga dengan harga cuma RM6. Mee rebus dan cendul Mastan Ghani juga sedap. Semua ini di sekitar Menara Condong. 
  Image may contain: cloud, sky, car and outdoor
Image may contain: motorcycle and outdoor
Image may contain: people sitting and food
Image may contain: sky and outdoor