Sunday, May 27, 2007

Kem Lolo, Nuang

Sabtu 26/6/07 - Sekali lagi saya ke sana. Ini dah kali ke 4. Kali ini lebih ramai kawan yang ikut serta. Kali ini juga saya duduk lebih lama di kem Lolo, sambil makan dan mandi. Air jeramnya sejuk tetapi menyegarkan.

Kawan kita ni patut dicontohi. Beliau membawa pulang bungkusan makanan dan sisa.
Perhatikan sebelah kanan gambar atas, longgokan sampah semakin menimbun di kem Lolo

Air yang bersih dan menyegarkan.

Kumpulan kami termasuk kanak-kanak. Syabas, mereka mampu berjalan untuk tempoh lebih 4 jam tanpa apa-apa masaalah.

Friday, May 18, 2007

Gambar 1960an

Pelajar SK Kg. Raja, P. Puteh, 1969
Sekitar 1970an di Taman Tasik Perdana, KL.

Cabang Tiga Kg Saring, 1960. Kat belakang tu ada basikal. Masa tu basikal ialah kenderaan utama. Ada jugalah beberapa buah motosikal Honda 50cc kat kampong. Masa tu tengok TV pun kat kedai guna set penjana elektrik milik sendiri.



Tok Janggut

Meninggal 1915
Tok janggut
Rahimidin zahari

Kuharung sungai
Kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa
Kau tuduh penderhaka celaka?

Aku tak pandai berselindung
dengan kepang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling

Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela islam agamaku disendatemehkan

Tok janggut haji mat hasan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki

Aku pulang dari tanah makkah yang putih dan suci
Ingin ku lihat tanah darahku tanpa dijajah
Kubaca jamaluddin al afghani
Kuhafal reformis Muhammad abduh
Dan kugenggam ideology rasyid redha

Tok janggut haji mat hasan namaku
Anak kelantan kelahiran pasir putih
Kampung saring mahupun jeram
adalah padang permainanku
adalah gelanggang silat
tempat kau memperlimaukan diri

Aku pulang siap sedia sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku tak kurela kau kikis habis

Kuoleng mangkuk mimpi para tirani
Inilah nafasku
Angin bergegas menyebarkan tandus
Dan nah!
Darah matahariku akan terpercik
Ke tanah pasir putih
Rintih angin taufan sedialah kau akanku amuk
Kugetus jantung hatiku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati

Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam di perut tiram
Jauh pada dasar lautan


Wednesday, May 16, 2007

Spesis Herba di Nuang

Kereta-kereta pengunjung Nuang pada Sabtu 12/5/07. Sehingga tengahari hari tersebut terdapat 501 pengunjung yang mendaftar untuk bulan Mei.



Aurat Wanita


Sesekali eluk kita selingkan sedikit cerita kita dengan hal agama. Berikut ialah apa yang saya sempat catit semasa mengikuti kuliah Dr. Huda Mohsin di masjid Sg. Merab (Isnin malam). Beliau ialah pensyarah UKM dalam jurusan hadis. Mudah-mudahan boleh faham. Saya dah simpan lama dalam buku kecil saya. Jadi saya fikir eluk disebarkan, tak banyak sedikit pun jadilah. Silap salah harap dimaafkan.


Surah an-nur 31: walyadhribna bikhumurahunna.. yang bermaksud dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepal mereka..

[31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Perintah hendaklah dia menutup leher baju. Mereka melabuhkan jilbah (selindang besar) ke atas badan mereka.
Hadis – mendedah muka – ada sahabat wanita mendedah mukanya.
Tudung bukan lambang tetapi kehendak agama dari al-quran tidak seperti salib.

Tuesday, May 15, 2007

Tempat pelupusan sampah di kem Lolo

Mengutip sampah di persekitaran gunung Nuang. Kalau masing-masing bawa pulang sisa sendiri alangkah baiknya.
Beginilah sampah yang terkumpul dan dibakar di Kem Lolo. Hairan, pengunjung boleh membawa naik segala barang makanan dan alatan masak semasa pendakian tapi menjadi cukup berat semasa turun untuk membawa pulang sisa masing-masing. Sisa najis atau air kencing tak apalah kita tinggalkan kat hutan sebab ianya menjadi makanan makhluk lain. Tapi plastik, tin, botol tak ada makhluk yang berminat. Kalau beginilah keadaannya nampaknya generasi akan datang akan berkelah dalam sampah sendiri.


Wednesday, May 2, 2007

Bangi-Dengkil



Setelah 3 minggu tak berkayuh kerana banyak aktiviti luar daerah, pagi ni aku kayuh basikal jalan ke Dengkil dari rumah di Bangi. Tak jauh cuma 50km sahaja. Laluannya ialah rumah>Sg. Merab>Putrajaya>Dengkil>Sg. Merab>B B Bangi>Sg. Ramal>rumah.

Tempat riadah di Perlis

Tangga untuk mendaki Bukit Cenderawasih
Lapang Sasar, Bukit Ayer

Bukit Cenderawasih/Sami



Bukit Kubu



Pemandangan dari puncak bukit Cenderawasih




Bila balik ke rumah mertua di Kangar, saya juga akan bersenam di waktu awal pagi atau petang. Untuk berenang kita boleh gunakan kemudahan kolam renang di Stadium Kangar, bayaran masuk cuma RM2 sahaja. Waktu penggunaan ialah jam 1600 hingga 1900. Saya juga pernah berbasikal jalan ke Wang Kelian dan ke Ladang Tebu (70km pergi-balik dari Kangar). Saya belum cuba lagi basikal bukit, tapi khabarnya ada beberapa laluan menarik di sekitar bukit bersempadan Thailand. Saya ada kawan dari persatuan MTB Perlis iaitu En. Mohd Fikri Ismail (guru Sekolah Menengah Teknik, Kangar) dan En Azman Abdullah (jurutera KTM). En. Fikri ni kira kaki MTB juga dan pernah mengembara ke China melalui Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa tempat lain termasuk Taman Negara, Brunei, Sabah dan Sarawak. En Azman pula veteran yang aktif bersukan 'triathlon'.


Di Bukit Kubu, Bukit Cenderwasih dan Bukit Ayer terdapat lalun untuk berjalan atau berlari. Kalau ingin berjalan bersama MB Perlis pergilah ke Bukit Ayer setiap hujung minggu. Minuman dan makanan ringan disediakan secara percuma.

Rentas Desa












Biasanya setiap kali pulang kampung, aku tidak melepaskan peluang untuk berlari atau berjalan sekitar kampung. Sekitar kampung ku (Kg. Saring) ada sawah padi dan kebun getah. Ada beberapa tempat perkelahan berdekatan seperti Jeram Pasu, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Melawi dan Bukit Keluang. Semua tempat ini menarik untuk dikunjungi tetapi ramai yang tidak menghargai anugerah Tuhan ini. Sampah sarap seperti plastik dsbnya bersepah merata-rata. Di pantai Bukit Keluang kita dapat lihat sebuah pulau berhampiran, mungkin boleh dibuat acara 'swimathon' atau 'triathlon'. Kalau ke pantai saya akan mengambil peluang berlari di tepi pantai tanpa bersepatu.