Wednesday, May 2, 2007

Tempat riadah di Perlis

Tangga untuk mendaki Bukit Cenderawasih
Lapang Sasar, Bukit Ayer

Bukit Cenderawasih/Sami



Bukit Kubu



Pemandangan dari puncak bukit Cenderawasih




Bila balik ke rumah mertua di Kangar, saya juga akan bersenam di waktu awal pagi atau petang. Untuk berenang kita boleh gunakan kemudahan kolam renang di Stadium Kangar, bayaran masuk cuma RM2 sahaja. Waktu penggunaan ialah jam 1600 hingga 1900. Saya juga pernah berbasikal jalan ke Wang Kelian dan ke Ladang Tebu (70km pergi-balik dari Kangar). Saya belum cuba lagi basikal bukit, tapi khabarnya ada beberapa laluan menarik di sekitar bukit bersempadan Thailand. Saya ada kawan dari persatuan MTB Perlis iaitu En. Mohd Fikri Ismail (guru Sekolah Menengah Teknik, Kangar) dan En Azman Abdullah (jurutera KTM). En. Fikri ni kira kaki MTB juga dan pernah mengembara ke China melalui Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa tempat lain termasuk Taman Negara, Brunei, Sabah dan Sarawak. En Azman pula veteran yang aktif bersukan 'triathlon'.


Di Bukit Kubu, Bukit Cenderwasih dan Bukit Ayer terdapat lalun untuk berjalan atau berlari. Kalau ingin berjalan bersama MB Perlis pergilah ke Bukit Ayer setiap hujung minggu. Minuman dan makanan ringan disediakan secara percuma.

8 comments:

Mohd. Fikri said...

slm sjtera,
teruja juga bila i baca blog nih! tahniah, u're special & smart person yg pernah i jumpa. ape tidaknyer, maklumat terperinci disediakan utk membantu kekawan. Kalaulah i di tempat u, rasanya banyak boleh berkongsi pendapat & pengalaman. banyak tempat off road kat perlis(4route dusun kt batu pahat, lubuk sireh, felda mata air, kg. wai, ulu pauh), kedah(bukit kaci-puncak janing, wang perah, bukit perak,gubir-landai) & perak(gantes, pos kemar,emp. temenggor & felda air ganda, pos dala, pos sg. sarok, pos poi)pahang(kuala tahan-kg. pagi) patut i kongsi sesama kita...

tamar said...

tima kasih atas komen sdr. insyaAllah bila balik perlis sy bawa MTB, nanti boleh kayuh sama org perlis.

mohd. fikri said...

Slm, utk makluman tn, pihak kelab ada buat kayuhan makan angin pd ari ahad minggu pertama tiaptiap bulan, jemput leee... satu lg, dah surf web kelab kami keee? Minta komen/ penambahbaikkan...
sekian, tk.

tamar said...

tolong bagi alamat web kelab tuan. Yang diberi hari rasanya silap tak boleh masuk.

mohd. fikri said...

slm sjtra,
mohon maaf lwt tengok msg nee...
tn taip ://perlismtb.tripod.com/ kalu guna google lg mudah...
sebarkn kekawan sealiran our web.
tk.

tamar said...

salam, terima kasih fikri. dah tengok laman anda, menarik. belum sempat nak layari semua, tapi artikel berhubung kawalan semasa jatuh basikal mmg menarik.

Fikri said...

slm,
mcmana result kt. bkt. merah lake town tempoh ari...

ade maklumat ttg xtvt/kejohanan terkini di sekitar utara...

masa kat bkt. merah tempohari dok ingat nk ikut man, tapi kekangan masa dgn xtvt yg dah plan awal...

tk.

Anonymous said...

waalaikum mussalam,
sy tak pi bukit merah. tahun ni nampaknya tak masuk triathlon, berehat. mungkin 2008 masuklah kot. tunggu umur lebih 50tahun.
nak tgk man punya keputusan boleh semak kat http://www.triathlonmalaysia.com/default.aspx.
+pauzi+