Friday, July 27, 2012

Kayuhan luar jalan dari pejabat ke rumah

Setelah tinggal lebih 6 bulan di rumah baru di Salak baru timbul idea untuk berkayuh dari pejabat ke rumah melalui denai luar jalan (off-road). Sebelum ini ada beberapa kali berkayuh dari rumah ke pejabat dan sebaliknya melalui jalan raya, akan tetapi dirasakan agak merbahaya kerana jalan agak sibuk dan kenderaan bermotor agak laju masing-masing ingin cepat ke pejabat. Justeru program kayuhan rumah ke pejabat terhenti sekian lama menyebabkan berat badan aku meningkat 3kg.
Idea ini timbul sehari sebelum puasa setelah teringatkan pernah berkayuh melalui sebagian denai dengan kumpulan Seri Putra yang diketuai Pak Din satu ketika dan kebetulan aku merakamkannya dalam GPS. Aku muat-turun semula jejak ini ke dalam GPS dan gunakan ia sebagai panduan.
Kena melintasi sungai kecil. Boleh angkat basikal dan melangkah atas batu, kebetulan air cetek.
Terdapat 2 pilihan laluan; pertama keluar ke jalan utama ke Nilai Spring dan pilihan kedua keluar ke Desa Vista. Pilihan pertama lebih mencabar kerana perlu melalui bukit yang lebih tinggi dan laluan  agak gelap di sebelah petang dan perlu melalui kawasan pemujaan yang agak seram. Aku tak pasti penganut agama apa, tapi ada 2 patung dan satu busut besar yang dibalut kain hitam dan sebuah rumah (tak nampak penghuni) dengan seekor anjing. Sepanjang laluan ada ladang getah dan ladang sawit dan ada penempatan seperti penempatan orang asli tetapi rasanya mungkin pekerja ladang (Indon) atau kedua-duanya.

Monday, July 2, 2012

Kemaman/Cherating

Kemaman, Terengganu dan Cherating, Pahang merupakan jiran. Kedua-duanya pekan industri minyak dan kimia di Gebeng dan Kerteh.  Di Kemaman tiada hotel-hotel besar tetapi hotel-hotel yang lebih mewah ada di Cherating. Bila ada kerja di Kemaman kebiasaannya hotel-hotel di Cherating menjadi pilihan kerana hotel-hotel di sini berhampiran pantai yang nyaman dan menarik. Bagaimanapun makanan yang sedap-sedap seperti sata, keropok lekor, nasi dagang, sup tulang ada di Kemaman. 
Kedudukan berjiran antara Kemaman dan Kemaman
 Chukai, Kuala Kemaman
Pantai Cherating