Friday, July 27, 2012

Kayuhan luar jalan dari pejabat ke rumah

Setelah tinggal lebih 6 bulan di rumah baru di Salak baru timbul idea untuk berkayuh dari pejabat ke rumah melalui denai luar jalan (off-road). Sebelum ini ada beberapa kali berkayuh dari rumah ke pejabat dan sebaliknya melalui jalan raya, akan tetapi dirasakan agak merbahaya kerana jalan agak sibuk dan kenderaan bermotor agak laju masing-masing ingin cepat ke pejabat. Justeru program kayuhan rumah ke pejabat terhenti sekian lama menyebabkan berat badan aku meningkat 3kg.
Idea ini timbul sehari sebelum puasa setelah teringatkan pernah berkayuh melalui sebagian denai dengan kumpulan Seri Putra yang diketuai Pak Din satu ketika dan kebetulan aku merakamkannya dalam GPS. Aku muat-turun semula jejak ini ke dalam GPS dan gunakan ia sebagai panduan.
Kena melintasi sungai kecil. Boleh angkat basikal dan melangkah atas batu, kebetulan air cetek.
Terdapat 2 pilihan laluan; pertama keluar ke jalan utama ke Nilai Spring dan pilihan kedua keluar ke Desa Vista. Pilihan pertama lebih mencabar kerana perlu melalui bukit yang lebih tinggi dan laluan  agak gelap di sebelah petang dan perlu melalui kawasan pemujaan yang agak seram. Aku tak pasti penganut agama apa, tapi ada 2 patung dan satu busut besar yang dibalut kain hitam dan sebuah rumah (tak nampak penghuni) dengan seekor anjing. Sepanjang laluan ada ladang getah dan ladang sawit dan ada penempatan seperti penempatan orang asli tetapi rasanya mungkin pekerja ladang (Indon) atau kedua-duanya.

2 comments:

Cikgu Zaliha said...

Ter jumpa ur blog ketika ingin mgetahui MTB .....mcm nak join Sukan ini..tp tak tahu caranya..tp Ada MTB just kayuh ditaman perumahan.seronok I baca ur blog melihat semangat cycling...wanita veteran

abuomar said...

Salam Cik gu Zaliha,
Saya kayuh solo dan kadang-kadang ikut kumpulan dari Kajang, Bangi, dll. Hari ini masuk UPM MTB jambori. Saya kira kategori veteran, kayuh perlahan2 sehingga sampai penamat.